🌸bab 49🌸

3.4K 122 9
                                    

"Fiyya.." tegur seseorang.

Safiyya dan Natalia berpaling ke arah gerangan yang menegur.

"Awak siapa ehh?" soal Safiyya pelik.

"Aku Aqeef,your boss.."

"My boss?"

"Ye.."

"Sorry,saya tak ingat.."

Aqeef memandang Natalia seperti ingin penjelasan.Tidak faham apabila Safiyya berkata begitu.

"Qeef,nanti kita jumpa.." kata Natalia.

"Ehem!Korang ni ada pape ke?" usik Safiyya.

"Tak de lah.."

"Fiyya,kau tak nak kerja semula?" soal Aqeef.

"Maaf, Encik Aqeef.Saya nak ingatan saya pulih dulu baru saya kerja.Saya minta maaf sangat-sangat.."

"Tak pe.Aku faham.Okay lah,aku gerak dulu ye.."

Aqeef beredar dari situ.

"Hensem jugak ehh boss aku tu.." kata Safiyya.

"Amboi!"

Safiyya hanya tersengih.

🌸🌸🌸

Sofiyya termenung di balkoni bilik pada malam itu.Kata-kata Bella Airina terngiang-ngiang di telinganya.

"Mesti Fiyya rasa diperbodohkan ngan adik sendiri kan?Ye lah,adik yang dia terlalu sanjungkan sangat ni.Cuba you imagine Sofi,klau Fiyya tahu lepas tu dia dapat balik ingatan dia,agak-agak apa lah nasib you.."

"Tinggalkan Fawwaz.Tu je I nak.Tu pon kalau you nak rahsia ni tak terbongkar lah.."

"Sayang,are you okay?" tegur Fawwaz Rizqi.

"Abang,bila abang balik?Sorry,Sofi tak perasan.." kata Sofiyya serba salah.

Tangan suaminya disalam penuh hormat.

"Mana sayang nak perasan,dari tadi sayang termenung je.Fikirkan apa?"

"Tak de apa lah,abang.."

Sofiyya melangkah masuk ke dalam.Fawwaz Rizqi mengikuti langkah isterinya.

"Sayang,sayang kalau ada masalah,jangan lah pendam sorang-sorang.Abang susah hati tau tengok sayang macam ni.."

"Abang,Sofi okay.Sofi cuma terfikirkan nama anak kita.."

"Nama anak kita?"

Sofiyya menganggukkan kepalanya.

"Sofi nak kalau anak kita perempuan,Sofi nak namakan dia Nur Safira.Sedap tak abang?"

"Sedap.Macam nama mama dia tapi klau anak kita lelaki?Sayang nak letak nama apa?"

"Sofi serahkan pada abang.Sofi ikutkan je.."

"Macam tu pulak?"

Sofiyya tersengih.

"Abang pergi lah mandi.Sofi nak sediakan makan malam.Abang tak makan lagi kan?"

"Abang lupa nak cakap kat sayang.Mama call abang tadi ajak dinner sama-sama.."

"Lah,kenapa abang tak call Sofi?"

"Abang pon baru ingat sayang.Tak pe,sayang pergi siap dulu.."

Fawwaz Rizqi segera mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.

Sofiyya pula menyarung baju blouse dan juga segera mengosok tudung bawal.

Mereka tiba di rumah Tengku Raziq.

"Assalamualaikum.." ujar mereka serentak.

"Waalaikumusalam.." balas Safiyya.

"Ayong?Bila ayong balik ni?" kata Sofi terkejut.

"Baru je.Erm..jom masuk.." ajak Safiyya.

Mereka beredar ke meja makan.Banyak lauk-pauk yang sudah siap dihidangkan di atas meja.

Setelah selesai menjamu selera,mereka mula mengemas meja.

"Sofi,Sofi duduk je lah.Ayong boleh buat semua ni.." kata Safiyya.

"Ayong ni,sama macam Fawwaz.Semua tak boleh.Sofi okay.."

"Tu tandanya dia sayangkan Sofi.Sofi patut bersyukur tau dikurniakan suami sebaik Fawwaz tu.."

Fawwaz Rizqi yang masih di meja makan terdengar pujian Safiyya.

"Fawwaz,mama ada benda nak cakap.." ujar Puan Suraya.

"Ada apa,ma?"

"Kita borak kat luar?"

"Okay.."

Puan Suraya dan Fawwaz Rizqi beredar ke halaman luar.Sungguh nyaman udara pada malam itu.

"Macam serius je bunyinya.."

"Pasal Fiyya.."

"Ma,mama tahu kan Fawwaz dah kahwin?Fawwaz tak nak ada kena mengena dengan Fiyya dah.Fawwaz tak nak sakitkan hati Sofi.Sofi isteri Fawwaz,ma.."

Sungguh dia tidak mahu ada kena mengena lagi dengan Safiyya.Dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap isterinya.

"Mama faham tapi.."

"Ma,Fawwaz dah terima Fiyya sebagai kakak ipar Fawwaz.Hidup Fawwaz dah bahagia dah dengan adanya Sofi di sisi Fawwaz.."

"Mama faham.Mama cuma kesiankan Fiyya.Mama risau.Mama risau Fiyya tak dapat terima semua ni bila dia dah ingat nanti.." kata Puan Suraya.

"Fiyya akan terima semua ni sebab kami berdua tak pernah saling menyukai.."

"Fawwaz,Fiyya tu ego.Mama ni mama dia Fawwaz.Mama kenal anak-anak mama dan mama tahu,Fawwaz pon suka Fiyya kan?"

"Mama merepek apa ni?"

Fawwaz Rizqi mula cuak namun dia cuba berlagak tenang.Tidak menyangka Puan Suraya tahu isi hatinya selama ini.

"Tak pe lah.Mama faham.Cuma mama risau dengan Lysa.."

"Lysa?"

"Ye,haritu Fiyya keluar sendiri.Dia ada terjumpa Lysa.Lysa cakap yang bukan-bukan pada Fiyya.Mama pon risau jugak takut dia ceritakan hal sebenar pada Fiyya.."

"Tak pe,Fawwaz akan handle Lysa tu.Fawwaz takkan biarkan dia apa-apakan keluarga ni.Fawwaz buat semua ni pon sebab arwah papa pernah pesan pada Fawwaz.." jujur Fawwaz Rizqi berkata supaya ibu mertuanya itu tidak salah faham.

"Terima kasih,Fawwaz.." ucap Puan Suraya.










DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now