🌸bab 65🌸

4.1K 138 5
                                    

Sampai sahaja di rumah,Puan Salmah dan Safiyya turun dari kereta.

Safiyya membuka bonet kereta untuk mengambil barang-barang yang di dalam bonet itu.

"Fiyya,barang-barang tu kejap lagi boleh ambil.Masuk lah dulu.." ujar Puan Salmah.

"Tak pe,nek.Sikit je barang ni.." balas Safiyya sambil sedang memunggah beg pakaian.

Setelah selesai memunggah barang-barang ke dalam rumah,Safiyya duduk berehat di ruang tamu.

Mujurlah mereka sudah menjamu selera di kedai makan yang berdekatan.

Sedang dia duduk berehat,dia teringat kejadian sebelum pulang tadi.

Flashback

"Fiyya,boleh kita cakap?" ujar Fawwaz Rizqi.

Safiyya mula meliar memandang sekeliling.Takut ada yang memerhati mereka.

Terutamanya Sofiyya.Cukup lah dia buat adiknya itu cemburu.Dia tidak mahu adiknya cemburu lagi.

"Dorang semua kat dalam.Jangan risau.Tak lama pon.."

"Ad..ada apa?"

Gugup Safiyya ingin bercakap dengan Fawwaz Rizqi.Dia yakin lelaki di hadapannya ini sudah mengetahui tentang ingatannya.

"Kau tak marah aku?"

"Marah?Buat apa aku nak marah kau?"

Pelik Safiyya dengan soalan Fawwaz Rizqi.

"Tentang perkahwinan kita.."

"Tak.Aku tak marah.Buat apa aku nak marah?Dah takdir.Lagipon kita memang tak sesuai.Nanti roboh pulak rumah.."

Fawwaz Rizqi ketawa kecil.Sempat pula gadis ini buat lawak.

"Sofi beruntung memiliki seorang kakak yang baik hati macam kau.Aku pon beruntung sebab ada kakak ipar sebaik kau.."

"Tak,Fawwaz.Aku yang beruntung dapat adik sebaik Sofi.Aku tahu Sofi dah lama cintakan kau.Kalau tak disebabkan accident tu pon,aku tetap akan batalkan perkahwinan kita.Aku takkan hancurkan hati adik aku sendiri.Lagipon betul cakap kau,permintaan mama memang mengarut.."

"Fiyya,aku nak minta maaf.."

"Maaf?Soal apa?Kalau soal perkahwinan kau dengan Sofi,tak perlulah kau nak minta maaf.Aku yang patut minta maaf.Aku tak patut bencikan keluarga kau.Aku tak sempat minta maaf kat Tengku Raziq.Macam-macam aku dah cakap kat kau dengan daddy kau,Fawwaz tapi percayalah.Bukan aku yang rancang pasal kematian daddy kau.Kalau kau still anggap aku yang buat,aku tak boleh nak buat apa dah.Aku tak de bukti yang kukuh kan?"

Safiyya cuba menahan air matanya dari jatuh.

"Tu sebab aku nak minta maaf.Aku tak patut tuduh kau macam tu.Erm..okay lah.Aku masuk dulu.."

Fawwaz Rizqi mula mengatur langkah.

"Fawwaz.." ujar Safiyya.

Langkah Fawwaz Rizqi terhenti seketika.Dia berpaling memandang Safiyya.

"Terima kasih.."

"Terima kasih?"

"Terima kasih sebab..sebab bahagiakan adik aku.Bahagiakan keluarga aku.Aku akan ingat jasa kau pada keluarga aku sampai bila-bila.."

"Sama-sama.."

End flashback

"Jauh termenung?Fikir apa?" tegur Puan Salmah.

Tersentak Safiyya apabila neneknya menegur.

"Erm..nenek.Tak de pape lah.."

"Betul tak de pape?" duga Puan Salmah.

"Betul.Erm..dah masuk zohor ni.Fiyya solat dulu lah.."

Safiyya segera melarikan diri ke dalam bilik.Puan Salmah hanya memerhati.

🌸🌸🌸

Sofiyya menuju ke halaman rumah.Tangannya mengusap lembut perutnya yang membukit.

"Safira,kalau mama tak sempat tengok Safira,Safira jagakan papa untuk mama ye?" ujarnya sendirian.

"Apa pulak Safira kena jagakan papa?Papa boleh cari mama baru untuk Safira kan?" kata Fawwaz Rizqi yang tiba-tiba muncul lalu duduk berhadapan dengan isterinya.

Sofiyya memandang wajah suaminya.

"Abang betul-betul maksudkan ke?"

Fawwaz Rizqi ketawa.Sofiyya mengerutkan dahinya.

"Abang ni.Sofi tanya ni.Abang boleh gelak pulak.."

"Okay-okay.Abang tak gelak dah.Sayang ni,takut sangat abang kahwin lain.Abang ni setia tau.Abang bergurau je tadi.."

"Ingat lawak ke?Abang,kalau Sofi tak sempat tengok wajah Safira.."

Belum sempat Sofiyya menghabiskan kata-katanya,Fawwaz Rizqi segera memotong.

Tidak suka isterinya bercakap yang bukan-bukan.

"Sayang cakap apa ni?" pintas Fawwaz Rizqi.

"Sofi cakap je.."

"Abang tak sanggup kehilangan sayang.Sayang nyawa abang tau?"

Sofiyya tersenyum.

"Erm..abang,abang dengan ayong borak apa pagi tadi?Macam serius je.."

Fawwaz Rizqi terkelu.Tidak menyangka isterinya nampak dia dengan Safiyya berbual pagi tadi.

"Sayang jangan fikir bukan-bukan ye?Abang cuma minta maaf je.Ye lah,sayang yang cakap kat abang.Jangan benci ayong kan?"

"Ohh,pasal tu.Erm..abang tak siasat ke siapa yang buat kat daddy macam tu?"

Tipulah kalau dia tidak siasat.Dia sudah tahu siapa yang melakukan semua itu.

"Abang?Abang dengar tak Sofi cakap ni?"

Pelik Sofiyya melihat suaminya yang berdiam diri.

"Erm..masih dalam siasatan.Sayang jangan risau ye?"

"Okay.."







DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now