🌸bab 10🌸

4.3K 145 1
                                    

Puan Suraya bersiap-siap mahu berjumpa Tengku Raziq.

Dia turun ke bawah apabila selesai bersiap.

"Ma,lawanya.Nak pergi mana?" soal Sofiyya.

Safiyya yang sedang menonton tv hanya mendengar perbualan adik dan mamanya.

"Mama nak pergi beli cincin dengan Tengku Raziq.Sofi nak ikut?Fiyya?" kata Puan Suraya.

"Sorry,ma.Fiyya tak nak.Mama pergi jelah dengan Sofi.." kata Safiyya kemudian berlalu naik ke bilik.

Puan Suraya dan Sofiyya hanya memerhati.Faham sangat dengan perangai Nurul Safiyya binti Nizam itu!

Keras kepala.Degil.

"Sofi nak ikut?"

Sofiyya menganggukkan kepalanya.Tersenyum Puan Suraya.

"Pergi lah bersiap.Kejap lagi uncle datang.."

Sofiyya menuju ke biliknya.Shawl berwarna biru laut itu dililit ke kepalanya.

Setelah bersiap,dia turun ke bawah.Kelihatan mamanya sedang berbual dengan Tengku Raziq.

Mungkin sewaktu dia bersiap tadi,Tengku Raziq telah pun sampai.

Dia memandang pula ke arah Fawwaz Rizqi.Segak sahaja lelaki itu.

Baju mereka pun match.Sofiyya tersenyum sendirian.

Dia mendekati mamanya.

"Sofi,dah siap?" kata Puan Suraya.

"Dah,ma.."

"Sofi je ke?Fiyya tak ikut?" soal Tengku Raziq.

Serba salah Puan Suraya dibuatnya.

"Tak pe,saya faham.Erm..jom lah.Nanti kita gerak lambat,lambat pula kita sampai.."

Mereka berempat masuk ke dalam Vellfire hitam milik Tengku Raziq.

Safiyya hanya melihat di tingkap biliknya.Perasaan bencinya terhadap Tengku itu semakin mendalam.

Fawwaz Rizqi sempat memandang ke arah tingkap bilik Safiyya.

Safiyya yang perasan,cepat-cepat dia menutup langsir biliknya.Haraplah lelaki itu tidak melihat auratnya.

🌸🌸🌸

"Sofi,cantik tak cincin ni?" soal Puan Suraya sambil menunjukkan cincin yang dipegangnya.

"Semua cantik,ma.Lagi-lagi kalau mama yang pakai.." bodek Sofiyya.

Puan Suraya tersenyum.Fawwaz Rizqi hanya mendengar.

Dia membelek-belek cincin silver yang berada di hadapan matanya itu.

"Cantik cincin tu.Untuk buah hati ke?" usik Sofiyya.

"Tak lah.Cincin ni untuk bakal bidadari hati aku.."

Walaupun beza mereka hanya setahun,rasa panggilan 'kau aku' sudah okay.Tidak perlu rasamya dia bahasakan dirinya abang.

"Wah!Siapa bidadari di hati kau tu?" soal Sofiyya ingin tahu.

"Aku tak jumpa lagi.Nanti kalau dah jumpa,kau orang pertama yang aku akan bagitahu.." kata Fawwaz Rizqi.

Tengku Raziq memandang ke arah anak tunggalnya.

"Belum lepas SPM lagi dah gatal ye anak daddy ni.." ujarnya.

"Mana ada Fawwaz mengatal.Fawwaz cuma beli sebagai spare je lah.."

"Hurm..biarlah awak.Kalau dia ni nak kahwin pon,dah boleh sangat dah.." sampuk Puan Suraya pula.

"Saya tak izinkan.Dia nak kahwin kena habiskan pengajian dia dulu.Bila dah kerja baru boleh kahwin.." bantah Tengku Raziq.

"Jom lah kita pergi restoran dulu.Fawwaz dah siap kan?" kata Puan Suraya.

"Dah.."

Mereka beredar dari kedai emas itu.Mereka masuk ke dalam sebuah restoran.

Puan Suraya terpandang ke arah sekumpulan budak perempuan yang sedang sakan bergelak ketawa.

"Safiyya.." ujarnya.

Serta-merta kumpulan itu terdiam.Safiyya memandang mamanya.

"Kenapa tak bagitahu mama Fiyya nak pergi sini?"

"Fiyya jalan-jalan dengan dorang pon takkan tak boleh?Bukannya pergi mana pon.Pergi makan dengan tengok wayang je.." balas Safiyya.

"At least call me!Whatsapp mama!"

"Ma,dah lah.Jangan lah marah ayong macam ni.." kata Sofiyya menenangkan mamanya.

"Kita makan kat meja situ.." ajak Tengku Raziq.

Safiyya hanya memerhati mereka berempat.

"Fiyya,kau tak minta izin mama kau ke?" soal Arisya.

"Tak.." balas Safiyya bersahaja.

"Kau ni.Mana boleh macam tu.Erm..dorang tu dari mana?Siap ada Tengku Fawwaz lagi.." ujar Farhana sedikit teruja.

"Mana lah aku tahu.Aku tak ambik port pon pasal dorang.."

"Jangan-jangan dorang pergi beli barang hantaran tak?Tengok macam banyak je barang yang dorang beli tu.." kata Natalia pula.

Safiyya hanya mendengar.Matanya memandang ke arah meja mamanya.

Serentak itu,Fawwaz Rizqi juga memandang ke arahnya.Sempat dia menjeling lelaki itu.

"Erm..jom blah dari sini.Aku malas lah nak lama-lama kat sini.." ujar Safiyya.

"Ala,kau ni spoil lah.Aku nak usya Fawwaz.Haih,hensemnya dia.." kata Arisya.

"Ishh,korang ni.Aku tengok dia biasa je.Setakat muka macam tu,berlambak lah kat sekolah kita.Sepupu dia tu pon boleh tahan.."

"Aqeef tu?Hurm..boleh lah.Tapi Fawwaz lagi hensem.Fiyya,bagi lah aku usya dia lama sikit.."

"Kau ni.Kat sekolah kau dah usya dia.Kat sini pon nak usya lagi?Hurm..aku panggil tok kadi terus lah.Kahwin je.Senang.Kau nak usya sampai bila-bila pon boleh.."

"Jomlah.Aku tak sabar ni.."

Farhana dan Natalia sudah ketawa melihat keghairahan Arisya.

"Banyak lah kau!Jom.."

Tangan Arisya ditarik keluar dari restoran itu.




DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now