🌸bab 71🌸

4.1K 150 21
                                    

"Lah,ni kenapa monyok je?Sedih ehh aku nak balik dah?" ujar Hafiey.

Bukan dia perasan akan perubahan Safiyya.Sejak semalam lagi selepas dia selesai 'membeli-belah' namun didiamkan saja.

"Tak de lah.." balas Safiyya.

"Okay lah.Aku balik dulu.Kau tu jaga diri.Anything just call my number.You save right?" pesan Hafiey sebelum beredar masuk ke dalam keretanya.

Safiyya hanya mengangguk.Mereka bertiga mula masuk ke rumah setelah kelibat Hafiey sekeluarga hilang dari pandangan.

"Fiyya,mama nak cakap sikit.." ujar Puan Suraya.

"Cakap apa,ma?" soal Safiyya pelik.

"Duduk lah dulu.Tak menyabarlah Fiyya ni.."

Safiyya hanya menurut.Dia duduk di sebelah mamanya dan berhadapan dengan Fawwaz Rizqi.

"Apa dia,ma?"

Puan Suraya memandang ke arah Safiyya kemudian beralih ke arah Fawwaz Rizqi dan sedikit tersenyum.

"Macam ni,mama cadang..nak satukan Fiyya dengan Fawwaz.Fiyya setuju?"

"Apa?"

Berkerut dahi Safiyya mendengar cadangan mamanya.

"No!Fiyya tak setuju!Takkan mama nak Fiyya kahwin dengan 'adik ipar' Fiyya sendiri?Tak masuk akal lah,ma.Nonsense.." balas Safiyya tidak puas hati.

"Mama nak tebus balik kesalahan mama pada Fiyya dulu.Tu je.Lagipon Fawwaz ni dah jadi bekas adik ipar kamu.."

"Ohh,sebab apa?Sebab Sofi dah meninggal?Ma,Fiyya takkan khianati adik Fiyya sendiri.Dah lah,Fiyya tak dengar mama cakap pasal ni.Fiyya tak suka,lagi-lagi dengan orang yang mama nak sangat jadi menantu ni perancang pembunuhan terhebat.." ujar Safiyya sinis sambil matanya memandang ke arah Fawwaz Rizqi.

"Kau cakap apa ni,Fiyya?" soal Fawwaz Rizqi pelik.

Tidak faham dengan maksud di sebalik kata-kata Safiyya.

"Ehh,terasa ke?Okay lah,aku terus terang je lah.."

Safiyya mendekati Fawwaz Rizqi.

"Apa salah aku pada kau hah?Ohh,sebab aku punca daddy kau meninggal?So kau upah orang untuk rosakkan kereta aku pastu aku kemalangan.Kau ingat tak?Aku tak sangka,Fawwaz.Dulu kau cakap aku kejam.Ye,aku memang kejam tapi kau lagi kejam!Aku benci kau!"

Puan Suraya dan Fawwaz Rizqi terkejut mendengar kata-kata Safiyya.

"Kau sangat berjaya,Fawwaz.Disebabkan rancangan kau yang bagus tu,aku amnesia.Well done!Aku bersyukur aku masih ingat siapa diri aku,family aku dengan kawan-kawan aku.Aku lagi bersyukur aku tak ingat kau!Sebab bagi aku,kau tak penting!"

Safiyya sudah tidak tahan.Air matanya laju mengalir ke pipinya.

"Apa kau cakap ni?Aku langsung tak faham.."

"Tak payah pura-pura lah,Fawwaz.Semuanya dah terbongkar.Aku boleh je saman kau dan sumbat kau masuk jail tapi aku kesiankan anak buah aku.Aku still ada belas kasihan tapi kenapa kau tak buat sampai aku mati?Kau patut buat lebih teruk,Fawwaz!Kenapa perlu seksa diri dengan hidup aku macam aku ni?"

"Fiyya,siapa cakap dekat Fiyya pasal ni?" soal Puan Suraya pula.

"Ohh,mama tanya sebab mama nak back up dia kan?Ke sebab mama terlibat sekali?"

"Fiyya,takkan lah mama nak bunuh anak sendiri?"

"Ada je,ma.."

"Mama waras lagi,Fiyya.."

Safiyya mengeluh.Dia mengesat air matanya.Dia beredar dari situ.

Fawwaz Rizqi meraup wajahnya.Tiba disaat itu,dia teringat kata-kata Lysa Qyrina tempoh hari.

"Ohh,kalau kau pulak yang aku buat macam tu?"

Adakah Lysa Qyrina yang beritahu semua ini kepada Safiyya sehinggakan Safiyya menganggap dirinya punca disebalik kemalangan itu?

🌸🌸🌸

Safiyya memandang Safira yang sedang enak minum susu di atas katilnya.

Tangan Safira cuba memegang tangannya.

"Fiyya.."

Safiyya berpaling.

"Fiyya tak nak jadi mama kepada Safira?Tak pon ibu susuan dia?"

"Mama,dah lah tu.Fiyya tak nak.Stop lah cakap pasal hal tu.."

"Fiyya,Fiyya sayang Fira kan?Takkan Fiyya sanggup tengok Fira ni membesar tanpa mama?"

"Tapi still Fiyya bukan mama kandung dia.Lagipon Fawwaz tu ada rupa.Ramai yang nak kat dia.Kahwin je lah lagi satu.Apa yang susahnya?"

"Betul Fiyya nak Fawwaz kahwin lain?Tak menyesal?" duga Puan Suraya.

"Ye,ma.Buat apa Fiyya nak menyesal?Tak kisah pon.Suka hati lah nak buat apa.."

"Hurm..ye lah kalau dah Fiyya cakap macam tu.Nanti mama suruh dia cari sorang untuk jadi isteri dia.."

Safiyya hanya mendengar.

"Fira,kuatnya dia minum susu.." ujar Puan Suraya sambil melihat cucu sulungnya itu.

"Mama keluar dulu lah.Tidur.Dah lewat ni.."

"Okay,good night.."

"Good night too.."

Puan Suraya mula berdiri dan melangkah keluar dari bilik anaknya.

"Macam mana,mama?" soal Fawwaz Rizqi yang tiba-tiba muncul.

Terkejut Puan Suraya.

"Macam mana apanya?Kamu tahu kan perangai Fiyya?Sorry,mama tak boleh tolong.Fawwaz anggap je lah yang korang berdua memang tak de jodoh.Lagipon Fiyya ada suruh kamu cari yang lain.."

"Ma,Fawwaz cintakan Fiyya tapi Fawwaz faham kalau dia tak boleh terima Fawwaz.Fawwaz kejam,ma.."

"Jangan cakap macam tu.."

"Fawwaz akan lupakan Fiyya.Fawwaz harap Fiyya akan dapat jumpa lelaki yang dia betul-betul dia cintai.Hurm..Fawwaz masuk bilik dulu lah.Mama pon pergi lah tidur.."

Puan Suraya mengangguk.Dia hanya melihat anak muda itu masuk ke dalam biliknya.

Ye,dia sedar.Semua ini salah dia.Jika dia tidak memisahkan Fawwaz Rizqi dan Safiyya pasti mereka berdua sudah bahagia sekarang ini.








DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now