Safiyya melangkah keluar dari pejabat apabila tamat waktu bekerja.Dia menuju ke arah keretanya.
Dia mula memandu kereta pemberian mamanya.
Entah dimana silapnya, dia mula memasuki arah bertentangan.Disaat itu,ada sebuah lori.
Keretanya dan lori itu hampir bertembung.Mujur dia sempat mengelak namun keretanya yang sudah hilang kawalan itu menuju ke tepi jalan dan melanggar pokok.
Dia sudah berlumuran darah di kepalanya.Orang ramai mula memberhentikan kereta untuk memberi pertolongan.
Safiyya dihantarkan ke HKL.Arisya yang kebetulan bertugas di bahagian kecemasan,segera membantu.
Terkejut dia melihat sahabatnya begitu.
🌸🌸🌸
Panggilan telefon menyentakkan Mak Kiah yang sedang mencuci sayur-sayuran di dapur.
Dia menuju ke arah depan.Ternyata telefon Puan Suraya yang berbunyi.
"Su,fon Su berbunyi ni.." ujar Mak Kiah.
"Mak Kiah angkat lah.." kata Puan Suraya yang sedang mengoreng ikan.
Mak Kiah segera menekan punat hijau.
Tidak lama kemudian,talian dimatikan.Kelihatan wajah Mak Kiah sedikit suram.
Ada apa-apa yang berlaku ke?
"Kenapa,Mak Kiah?" soal Puan Suraya.
"Fiyya.."
"Kenapa dengan Fiyya?"
"Fiyya,dia..dia kemalangan.." kata Mak Kiah.
"Allah.."
Puan Suraya terasa ingin terjatuh namun dia bertahan di kerusi.Terkejut dia mendengar khabar anak sulungnya itu.
"Su..Su pergi hospital dulu.Mak Kiah jaga rumah.Kalau Fawwaz dengan Sofi tanya,jangan bagitahu mereka ye.." pesan Puan Suraya.
Dia segera naik ke atas lalu dia menyarung tudung dan mengambil handbag.
Segera dia memandu keretanya.Apabila sampai di hospital,kelihatan Farhana sedang menunggu di ruang menunggu.
"Farhana,macam mana dengan Fiyya?" soal Puan Suraya cemas.
"Masih kat dalam.Ni pon nasib baik Risy yang call.." balas Farhana.
"Ya Allah,Fiyya.Kenapa boleh jadi macam ni?"
"Mama sabar ehh?Insya-Allah,Fiyya okay.."
Farhana memeluk Puan Suraya untuk menyalurkan kekuatan.Diusap-usap belakang Puan Suraya.
Tidak lama kemudian,Arisya keluar dari ruang kecemasan itu.
"Risy,macam mana dengan Fiyya?Fiyya okay kan?" kata Puan Suraya.
Berat hati Arisya ingin memberitahu keadaan sahabatnya itu.
"Mama,Risy akan cuba sedaya upaya Risy.Keadaan Fiyya sekarang ni sangat kritikal.Cuma apa yang Risy boleh cakap buat masa ni,Fiyya dalam keadaan koma.."
"Koma?Ya Allah.."
"Risy.."
Mata Farhana mula berkaca.Tidak percaya apa yang dikatakan sahabatnya itu.
"Fiyya akan sedar semula kan?"
"Bergantung pada pesakit.Aku yakin Fiyya orangnya kuat.Dia akan sedar cuma lambat atau cepat je.Kita sama-sama doakan Fiyya ehh?"
"Boleh mama nak tengok Fiyya?"
"Boleh,silakan.."
Mereka bertiga masuk ke dalam bilik yang menempatkan Safiyya.Kelihatan Safiyya terbaring lemah di atas katil.
Mujur tiada apa yang teruk cuma kepalanya sahaja yang berbalut.Luluh hati seorang ibu melihat anaknya terbaring begitu.
"Fiyya,cepat sedar ehh?" ujar Farhana sambil menahan air matanya dari jatuh.
"Weh,kita keluar dulu lah.Biar mama jaga Fiyya.." ajak Arisya.
Farhana hanya menganggukkan kepalanya.
"Ma,kitaorang keluar dulu.." ujar Arisya.
"Ye lah.." balas Puan Suraya.
Matanya kembali ke arah Safiyya.
"Fiyya,kenapa buat mama macam ni?Lagi seminggu je majlis Fiyya.Mama nak cakap apa kat Fawwaz?"
Puan Suraya buntu mahu membalas apa jika Fawwaz Rizqi bertanya.
Selesai sahaja maghrib,Puan Suraya tiba di rumah.Kelihatan Fawwaz Rizqi sedang menonton berita terkini.
"Ehh,mama?Mama pergi mana balik lambat?" soal Fawwaz Rizqi apabila tersedar dengan kepulangan Puan Suraya.
"Err..mama jumpa kawan.."
"Ma,Fiyya mana?Fawwaz tak nampak dia pon.Kereta pon tak de.."
"Fawwaz,erm..mama nak cakap sikit ni.."
Puan Suraya duduk di sofa ruang tamu itu.
"Ada apa,ma?Macam serius je.."
"Memang serius Fawwaz.Pasal Fawwaz dengan Fiyya.."
"Pasal kami?Kenapa dengan kami?"
"Mama nak batalkan pernikahan ni.."
Fawwaz Rizqi tercengang.
"Tapi kenapa ma?"
"Erm..Fiyya tak nak kahwin.Dia cakap dia tak sedia lagi nak galas tanggungjawab isteri.."
"Fiyya cakap macam tu?"
Sofiyya yang berdiri di tangga itu hanya mendengar perbualan mamanya dan Fawwaz Rizqi.
"Tak!Fawwaz takkan batalkan pernikahan ni.Persiapan semua dah siap,ma.Okay,kalau Fiyya tak nak kahwin dengan Fawwaz,Fawwaz akan kahwin dengan Sofi!" tekad Fawwaz Rizqi.
Sofiyya tercengang.
Sape sedih?😭
YOU ARE READING
DIA Bidadari Di Hatiku
Novela Juvenil#2019 Coverby:@nurshaziera 🎀SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRI🎀 Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila mendapat tahu dia berketurunan raja. Ya,dia!Dia Tengku Fawwaz Rizqi! Tapi,entah kenapa Safiyya seakan...