Safiyya menuju ke dapur.Dia membuka peti sejuk.Setelah selesai mengambil apa yang patut,dia menutup semula peti sejuk itu.
Dia memusingkan badannya.Disebabkan terkejut dengan kehadiran suaminya,dia hampir-hampir mahu terjatuh.
Mujur Fawwaz Rizqi bertindak cepat memegang pinggang isterinya.
"Fawwaz!" kata Safiyya geram.
"Sorry lah.." kata Fawwaz Rizqi kemudian kembali menstabilkan kedudukan isterinya.
Safiyya meluru ke singki.Diletakkan sayur-sayuran itu dalam singki.Kemudian,dia mencuci sayur-sayuran itu.
Fawwaz Rizqi mendekati Safiyya.Pinggang Safiyya dipeluknya.
"Apa ni,Fawwaz?Lepaslah.Aku nak masak ni.Kau nak makan ke tak?Kalau tak nak,aku masak untuk aku sorang je.."
Safiyya melepaskan pelukan Fawwaz Rizqi.Dia mangambil periuk nasi lalu diisi dengan beras.
Dia kembali ke singki.Fawwaz Rizqi masih lagi belum berganjak dari situ membuatkan Safiyya tidak puas hati.
"Kau buat apa lagi kat sini?" soalnya.
"Aku nak temankan kau masak je.Tak salah kan?"
"Sibuk je!"
Fawwaz Rizqi hanya memerhati isterinya memasak.Setelah itu,dia membantu menghidangkan lauk-pauk ke meja makan.Nak ambil hati isteri kan?
Safiyya mula ke meja makan.Fawwaz Rizqi segera menarikkan kerusi untuk isterinya.
Safiyya mencedok nasi ke pinggan Fawwaz Rizqi kemudian ke pinggannya.
Baru beberapa kali suapan,Fawwaz Rizqi berlari ke arah singki.Terkejut Safiyya.
Dia mengosok-gosok belakang suaminya.Makin risau dia dengan keadaan Fawwaz Rizqi.
"Kau okay tak?"
"Okay cuma aku rasa sebu.Loya betul tekak ni.Aku ada salah makan ke?"
"Nak cakap masakan aku lah tu kan?Dah,lepas ni,tak payah makan masakan aku.."
Fawwaz Rizqi tersengih.Merajuk lagi isterinya rupanya.
"Fiyya,masakan kau sedap.Cuma aku tak tahulah kenapa dengan aku.Aku minta maaf,okay?Erm..boleh tak,kau buatkan aku bubur?"
"Tak nak lah.Nanti kau muntah lagi.."
"Hei,sampai bila nak merajuk ni?"
"Suka hati lah.."
Fawwaz Rizqi membasuh mulutnya.
"Kau nak pergi klinik tak?"
"Kau risaukan aku ehh?" duga Fawwaz Rizqi.
"Tak lah.Aku tanya je.." nafi Safiyya.
"Aku tahu kau risaukan aku.Tak pe lah,aku nak rehat je.Nanti baiklah tu.."
"Okay,aku siapkan kau bubur kejap.."
🌸🌸🌸
Safiyya tersenyum setelah keluar dari klinik.Betul kata Arisya.Dia sudah ber'isi' sekarang ini.
Lysa Qyrina dan Bella Airina memerhati Safiyya di dalam kereta.
"Aku gerak dulu.Kau standby.." kata Lysa Qyrina.
Bella Airina menganggukkan kepalanya tanda faham.
Lysa Qyrina mendekati Safiyya kemudian dia bertegur sapa dengan Safiyya.
YOU ARE READING
DIA Bidadari Di Hatiku
Fiksi Remaja#2019 Coverby:@nurshaziera 🎀SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRI🎀 Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila mendapat tahu dia berketurunan raja. Ya,dia!Dia Tengku Fawwaz Rizqi! Tapi,entah kenapa Safiyya seakan...