🌸bab 76🌸

3.9K 156 13
                                    

Safiyya dan Hafiey menuju masuk ke sebuah restoran.Kata suaminya itu,dia ingin membuat suprise untuk dirinya sempena perkahwinan mereka.

Baru dua hari bergelar suami isteri,sudah begini.Nampaknya,hari-hari seterusnya,hubungan mereka semakin rapat lah.

"Kau suka tak?" soal Hafiey setelah makanan yang dipesan tiba.

"Suka!Suka sangat tapi kenapa kau ajak aku makan dekat sini?"

"Saja.Aku nak kau ingat tempat ni.Tu je.Nanti kalau aku tak de,kau boleh datang sini.."

Safiyya memandang wajah suaminya.

"Kalau kau tak de,baik aku tak payah datang sini.Nanti aku makan sorang-sorang pulak.."

"Fiyya.."

"Hurm.."

"Aku cintakan kau.."

"Aku tahu.."

Hafiey tersenyum.

Pada masa yang sama,Fawwaz Rizqi dan Bella Airina turut makan malam di situ.

"Fawwaz,you tak nak rampas balik ke cinta hati you?"

Bella Airina mula menjadi batu api.

"Aku tak sekejam kau.." balas Fawwaz Rizqi pedas.

"Sweet betul kan dorang tu?" kata Bella Airina sambil memandang ke arah mereka.

"Aku bahagia kalau Fiyya bahagia.."

"You ni.Tak boleh ke you buka hati you untuk I?Untuk Lysa?Apa yang you pandang sangat dekat pompuan tu?"

Fawwaz Rizqi mengeluh perlahan.Dia meletakkan sudu dan garfu yang dipegangnya.

"Aku lagi tak faham dengan korang.Apa salah Fiyya pada korang?Yang korang nak kacau hidup dia kenapa?Dan disebabkan idea korang yang bernas tu,daddy aku jadi mangsa!"

Fawwaz Rizqi sudah berangin.Sudah lama dia bersabar dengan mereka berdua.

"Tu salah daddy you lah.Siapa suruh dia selamatkan pompuan tu?"

"Korang memang tak guna!"

Fawwaz Rizqi mula berdiri dan melangkah keluar dari restoran itu.

"Fawwaz!"

Bella Airina meletakkan duit 50 ringgit di atas meja dan mengejar langkah Fawwaz Rizqi.

Safiyya dan Hafiey yang sedang menjamu selera terhenti seketika apabila mendengar seseorang menjerit nama Fawwaz Rizqi.

"Siapa tu?" soal Hafiey.

"Tah.."

Safiyya malas mengambil tahu.Dari suara yang memanggil,rasanya dia dapat mengagak siapa gerangan yang menjerit itu.

🌸🌸🌸

Fawwaz Rizqi membetulkan tali lehernya.Hangat di tubuhnya kian terasa.Mungkin disebabkan matahari yang memancar ke arah wajahnya.

Pintu biliknya diketuk tiba-tiba.

"Masuk.." ujarnya.

Matanya memandang ke arah pintu yang dibuka.Hafiey rupanya.

"Kau buat apa kat sini?Bukan ke aku bagi kau cuti seminggu?Nanti apa pulak kata Fiyya.." ujar Fawwaz Rizqi sambil berdiri.

Hafiey tersenyum.

"Memang dah kena bebel pon dengan Fiyya pagi tadi.." balasnya tidak lama kemudian.

"Dah tu?Kau ni.Aku tak nak lah disebabkan aku,kau dengan Fiyya ada masalah pulak.Kau tu baru tiga hari kahwin tau.."

"Aku tahu lah.Kau tak payah risau.Tahulah aku handle si Fiyya tu.."

Fawwaz Rizqi mengangguk faham.Malas mahu berlebih-lebihan soal Safiyya.Takut Hafiey fikir bukan-bukan pula nanti.

"Kau ada masalah ke Fawwaz?Kusut je?Kalau ada,bagitahu lah aku.Mana tahu,aku dapat tolong apa yang patut.."

"Lusa aku nak pergi Desari.Aku risau nak tinggalkan Fira.Tak de apa lah.."

"Desari?Ada masalah ke kat sana?" ujar Hafiey ingin tahu.

"Ha'ah.Ada masalah sikit.Tu yang aku kena pergi sana.."

"Aku ikut.."

"Tak payah lah,Fiey.Susahkan kau je.Aku boleh handle lagi.."

"Tak pe.Syarikat ada masalah,mesti lah aku kena tolong.Apa guna aku jadi pekerja dekat sini kan kalau tak dapat membantu?"

Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Hafiey itu.

"Thanks,Fiey.Tak sia-sia aku ambik kau jadi pekerja kat sini.."

"Sama-sama.."

Tepat jam 6 petang,Hafiey tiba di rumah.Kelihatan Safiyya menunggunya di hadapan pintu rumah.

"Tunggu aku ke tu?" ujar Hafiey.

"Tak lah,aku tunggu buah kelapa tu jatuh.." gurau Safiyya.

"Mana pokok kelapanya?Aku tak nampak pon.."

Safiyya tersengih.

"Ye lah,tunggu kau lah.Tunggu siapa lagi?"

"Mana lah tahu.Kau tunggu seseorang ke?"

"Tak de maknanya.Aku ni isteri kau,mestilah aku tunggu kau.."

Puan Suraya yang baru tiba bersama Safira memerhati mereka berdua.

"Borak apa tu?Fiyya,ajak lah suami tu masuk.Hafiey kan baru balik kerja dah ajak borak.Tunggulah dia mandi dulu.." ujarnya.

"Jemput masuk Raja Muda Hafiey.." kata Safiyya.

"Terima kasih,Permaisuriku.." balas Hafiey.

Mereka berdua masuk ke dalam.Puan Suraya hanya tersenyum melihat anak dan menantunya.


Ramai btl x suka perkahwinan Fiyya ngan Hafiey ye?😉Maaflah buat korg sakit hati.Apalah jd kat Fawwaz ngan Hafiey kat Desari tu ye?Stay tuned,okay?😍

DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now