🌸bab 67🌸

3.9K 143 26
                                    

Panggilan telefon menyentakkan Safiyya yang sedang duduk di beranda rumah.

Tenyata Puan Suraya yang menghubunginya.Punat hijau segera ditekan.

"Assalamualaikum,ma.." ujarnya.

"Waalaikumusalam,Fiyya.Fiyya,datang hospital sekarang.Sofi,Fiyya.." kata Puan Suraya yang kedengaran begitu cemas.

"Kenapa,ma?Kenapa dengan Sofi?"

"Sofi dah nak bersalin,Fiyya.Dia tumpah darah.."

"Hah?!Okay,Fiyya dengan nenek datang sekarang.."

Talian segera diputuskan.Kelibat neneknya segera dicari.

"Nek.." ujarnya.

"Nenek.."

Dia tiba di dapur.

"Nenek.."

Puan Salmah yang sedang membasuh pinggan sedikit terkejut dengan panggilan Safiyya.

"Ada apa,Fiyya?Nenek kat sini.."

"Nek,kita balik KL.Sofi dah nak bersalin.Sofi tumpah darah.."

"Hah?Okay,nenek siap sekarang.."

Puan Salmah segera menghabiskan basuhan pinggan yang terakhir.

Setelah itu,mereka mula bersiap-siap.

🌸🌸🌸

Fawwaz Rizqi sudah mundar-mandir di ruangan menunggu.Kata doktor,Sofiyya tidak boleh melahirkan secara normal.

Dia harus melahirkan secara pembedahan.Ikutkan hati,ingin sahaja dia meredah masuk ruangan pembedahan itu.

"Fawwaz,duduklah dulu.Sofi lama lagi tu.." ujar Puan Suraya.

Risau pula dia melihat keadaan menantunya begitu.

"Ma,Sofi kat dalam.Fawwaz risau.." balas Fawwaz Rizqi.

"Ye,mama faham.Mama pon risaukan Sofi.Kita banyakkan berdoa untuk Sofi ye?Semoga urusan dia dipermudahkan.." pujuk Puan Suraya lagi.

Setelah hampir 2 jam,seorang doktor perempuan keluar dari ruangan itu.

Fawwaz Rizqi segera mendekati doktor itu.

"Macam mana isteri saya doktor?Anak saya?" ujarnya.

"Tahniah,encik.Encik dapat anak perempuan.Erm..isteri encik.."

Doktor perempuan itu terdiam seketika.

"Kenapa dengan anak saya,doktor?" soal Puan Suraya pula.

"Erm..maafkan saya,puan.Pihak kami dah cuba yang terbaik tapi Allah lebih sayangkan anak puan.." balas doktor perempuan itu.

Fawwaz Rizqi segera merempuh bilik pembedahan itu.Tidak percaya dengan kata-kata doktor itu.

Dia segera membuka kain yang menutupi wajah isterinya.

"Sayang.."

Tangannya mengusap-usap ubun-ubun isterinya.Air mata lelakinya jatuh.

"Kenapa tinggalkan abang?Sayang dah janji takkan tinggalkan abang.Abang tak kuat tanpa sayang.Macam mana abang nak besarkan anak kita tanpa sayang disisi abang?"

Puan Suraya juga melangkah masuk ke dalam ruangan itu.Bahu menantunya diusap perlahan.

"Fawwaz kena redha.Semua ni Allah dah tentukan.."

"Tapi kenapa Sofi yang kena pergi, ma?Kenapa Allah tak ambil nyawa Fawwaz sekali?"

"Istighfar,Fawwaz.Ingat Allah.Fawwaz kena kuat demi Safira.Safira amanah yang Sofi tinggalkan untuk Fawwaz.."

"Fawwaz tak kuat,ma.."

"Mama ada.Kita sama-sama jaga Safira.."

Setelah hampir 4 jam di dalam kereta,Safiyya dan Puan Salmah tiba di hospital.

"Ma.."

Puan Suraya yang sedang mendukung seorang bayi segera memandang ke arah Safiyya dan Puan Salmah.

"Fiyya.."

Esakan Puan Suraya mula kedengaran.Pelik Safiyya melihat mamanya begitu.

"Kenapa ni,Su?Sofi mana?Fawwaz?" ujar Puan Salmah pula.

Matanya meliar mencari kelibat cucu dan cucu menantunya.

"Sofi dah tak de,mak.Sofi dah tak de,Fiyya.."

"Ya Allah.."

Safiyya terkelu seketika.

"Fawwaz masih di tanah perkuburan.." sambung Puan Suraya.

"Fiyya,bawa nenek pergi kubur.Nenek nak tengok cucu nenek.." ujar Puan Salmah.

Safiyya hanya mengangguk.

Mereka tiba di tanah perkuburan.Kelibat Fawwaz Rizqi dicari-cari.

"Tu Fawwaz.." kata Puan Salmah apabila terlihat Fawwaz Rizqi yang sedang duduk di tikar berhadapan dengan kubur Sofiyya.

Mereka mendekati Fawwaz Rizqi.Puan Salmah menyentuh lembut bahu cucu menantunya.

Fawwaz Rizqi segera berpaling apabila ada tangan yang menyentuh bahunya.

"Nenek.."

Dia segera berdiri dan menyalam Puan Salmah.Safiyya hanya memerhati.

"Fawwaz tak kuat,nek.."

"Fawwaz sabar ye?Kita sama-sama doa supaya Sofi ditempatkan bersama-sama orang beriman.."

Fawwaz Rizqi menganggukkan kepalanya.

"Fawwaz balik lah.Jenguk anak Fawwaz.Fawwaz tak tengok Safira lagi kan?"

Fawwaz Rizqi menggelengkan kepalanya.

"Fawwaz balik ye?"

"Okay,nek.Fawwaz balik dulu.Assalamualaikum.."

"Waalaikumusalam.."

Safiyya duduk di tikar itu.

'Assalamualaikum,Sofi.Kenapa Sofi tinggalkan ayong?Sofi tak patut tinggalkan Fawwaz tau.Fawwaz perlukan Sofi.Safira pon sama.Safira comel tau.Muka dia macam Sofi..'

Safiyya menyeka air matanya yang mulai jatuh membasahi pipinya.

Setelah lama disitu,mereka mula meninggalkan perkarangan tanah perkuburan.


Sofi dah tak de😢Ramai btl nk team fiyya ngan hafiey😉Mn team fawwaz ngan fiyya ni?

DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now