Setelah selesai memasukkan beg pakaian ke dalam kereta,Safiyya menuju ke kereta suaminya.
"Kau betul tak nak naik aku?" soal Fawwaz Rizqi.
"Betul lah.Kalau aku naik kau,kereta aku macam mana?"
"Okay,kau gerak dulu.Aku ikut kau dari belakang.."
"Ishh,ingat kita ni budak-budak ke nak ikut dari belakang?" perli Safiyya.
"Yelah,takut kau melencong tempat lain.Kau tu bukan boleh percaya sangat.."
Fawwaz Rizqi meluru masuk ke dalam kereta.Begitu juga Safiyya.Apabila isterinya sudah menggerakkan kereta,Fawwaz Rizqi segera mengikuti dari belakang.
Mereka berdua berhenti seketika di R&R.Itupun Fawwaz Rizqi yang mengwhatsapp Safiyya.Yelah,tidak satu kereta kan?
Safiyya keluar dari keretanya.Dia berlalu ke arah kereta Fawwaz Rizqi yang diparkir sebelahnya.
"Kau nak makan apa?" soalnya tatkala Fawwaz Rizqi membuka tingkap.
"Makan kau,boleh?" usik Fawwaz Rizqi.
"Kau nampak ni?" kata Safiyya sambil mula mengangkat tangannya dan mengacah ingin menampar lelaki itu.
Risau dia jika ada yang mendengar kata-kata Fawwaz Rizqi.Malu dia nanti.
"Amboi,tangan naik nampak?" tegur Fawwaz Rizqi sambil tersengih.
"Bukan setakat tangan aku je boleh naik.Kaki aku pon boleh tau tak?Kau ni,malu lah sikit.Kalau orang dengar tadi macam mana?"
"Macam tu lah.."
Fawwaz Rizqi segera menutup tingkap dan keluar dari kereta.Serentak itu,tangannya yang gatal merangkul pinggang Safiyya.
"Ishh,Fawwaz!" rungut Safiyya.
"Ye lah-ye lah.Peluk sikit je pon nak marah.Nanti aku peluk Dania,kau yang meraung.."
"Dania ye?"
"Tak-tak.Aku gurau je.."
🌸🌸🌸
Safira yang sudah pandai berjalan sedikit demi sedikit itu mendekati neneknya.Puan Suraya tersenyum melihat cucu sulungnya itu.
Pantas dia mendukung si kecil.Safira tersenyum dalam dukungan neneknya.
"Pa.." ujarnya sepatah.
Maklumlah gigi baru tumbuh sedikit.
"Ye,papa dengan mama balik hari ni.Kejap lagi dorang sampai.."
Puan Suraya sudah dimaklumkan tentang kepulangan mereka.Bersyukur dia kerana Fawwaz Rizqi berjaya memujuk Safiyya.
Pada sebelah petang,kedengaran orang memberi salam.Puan Suraya segera ke muka pintu.Terjengul wajah pengantin baru itu.
Safiyya segera memeluk erat mamanya.
"Fiyya minta maaf,ma.Fiyya tahu Fiyya tak patut buat mama macam tu.."
"Shh,sayang.Mama tak marahkan Fiyya cuma mama tak suka Fiyya buat macam ni.Kenapa buat mama risau?"
Fawwaz Rizqi hanya mendengar.Mereka masuk ke dalam rumah.
Tersenyum Fawwaz Rizqi melihat puteri kecilnya yang sedang tidur di atas sofa itu.
"Fiyya naik dulu lah,ma.." ujar Safiyya sebelum menuju ke tangga.
"Fawwaz pon naiklah.Mama faham korang penat.." kata Puan Suraya.
"Tak pe lah,ma.Fawwaz nak tengok Fira kejap.Lama tak jumpa.Rindu.." balas Fawwaz Rizqi.
Safiyya yang sudah tiba di dalam bilik meletakkan beg pakaiannya.Dia menanggalkan shawl yang menutupi kepalanya.
Diletakkan shawl itu di atas katil.Dia membaringkan tubuhnya buat seketika.
Tidak lama kemudian,Fawwaz Rizqi masuk ke dalam bilik.Dia hanya melihat isterinya yang sedang baring itu.
"Kau ni dah mandi ke belum?" soalnya.
Safiyya membuka matanya apabila terdengar suara suaminya.
"Kau ni dah tahu nak tanya lagi.." balas Safiyya yang masih baring itu.
"Aku tanya pon salah?"
"Memang lah tak salah tapi soalan kau tu dah tahu jawapannya.Masih nak tanya lagi ke?"
"Aku suka dengar suara kau.."
Fawwaz Rizqi tersengih.
Safiyya mula membangunkan dirinya lalu dicapai tuala yang bersangkut di belakang pintu.
"Hah,nak pergi mana tu?"
"Ishh!Nak pergi mandi.Kenapa?Ada masalah ke Tengku Fawwaz Rizqi?"
"Okay,Puan Nurul Safiyya dibenarkan masuk.."
Safiyya segera masuk dan menutup pintu bilik air.Kini,giliran Fawwaz Rizqi pula yang baring di atas katil.Tidak lama kemudian,dia terlelap.
Safiyya keluar setelah selesai mandi dan memakai pakaian.Dia mendekati suaminya.
"Fawwaz,bangun.Nak masuk asar dah ni.Tak elok tidur.." katanya sambil mengejut suaminya.
"Apa kau ni?" balas Fawwaz Rizqi yang masih mamai.
"Bangunlah.Asar nak masuk dah ni.."
Fawwaz Rizqi menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal.Dia mula membangunkan tubuhnya.
"Kau dah siap mandi?" soalnya sambil menenyeh matanya yang masih belum celik sepenuhnya.
"Dah lah.."
"Kenapa tak tunggu aku?Kalau tak boleh kita mandi sekali.."
"Dah,pergi mandi.Jangan nak merepek je tahu.."
Safiyya beredar ke meja solek.Dia mengeringkan rambutnya dengan tuala yang dipegangnya.Sikat diambil.
Sempat Fawwaz Rizqi memerhati isterinya.Tersenyum dia.Kemudian,dia melangkah ke dalam bilik air.
Fawwaz Rizqi mula berdiri di atas sejadah setelah selesai mengambil wuduk.Solat jemaah dimulakan.
YOU ARE READING
DIA Bidadari Di Hatiku
Fiksi Remaja#2019 Coverby:@nurshaziera 🎀SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRI🎀 Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila mendapat tahu dia berketurunan raja. Ya,dia!Dia Tengku Fawwaz Rizqi! Tapi,entah kenapa Safiyya seakan...