🌸bab 5🌸

4.7K 172 3
                                    

Safiyya membuka matanya.Kepalanya yang terasa berat dipegangnya.

"Fiyya,Fiyya dah sedar?Kenapa Fiyya buat mama macam ni?" kata Puan Suraya.

Seharian dia menjaga anak sulungnya itu.Ikutkan Tengku Raziq mahu menolong menjaga sekali,tetapi ditegah Puan Suraya.

Dia takut Safiyya tidak menyukai Tengku Raziq menjaganya.Haru biru pula wad VVIP yang ditempah khas untuk Safiyya itu.

"Kenapa Fiyya ada kat sini?"

"Fiyya pengsan semalam.Fiyya ni buat mama risau je.."

"Ye ke mama risaukan Fiyya?Atau mama anggap Fiyya ni beban mama je?" kata Safiyya sinis.

"Fiyya,kenapa cakap dengan mama macam tu?" kata papanya yang baru tiba.

Malam semalam Puan Suraya ada menghubungi bekas suaminya itu namun bekas suaminya ada hal yang perlu diuruskan.

"Papa?"

Encik Nizam mendekati anaknya.Kepala anaknya diusap lembut.

"Erm..Su keluar dulu lah.." ujar Puan Suraya.

Encik Nizam mengangguk.

"Kenapa Fiyya cakap kat mama macam tu?Berdosa tau Fiyya tinggikan suara Fiyya dekat mama macam tu.Papa tak pernah ajar Fiyya macam tu tau?"

"Fiyya geram lah dengan mama tu.Sejak mama nak kahwin ni,Fiyya rasa dah jauh sangat dengan mama.Papa,pujuklah mama supaya rujuk balik.Fiyya nak keluarga kita yang dulu.Yang harmoni macam dulu.Papa sayang mama kan?" kata Safiyya.

"Fiyya,Fiyya kena ingat tau.Tak semua benda yang kita rancang kita dapat tau.Mungkin Tengku Raziq lebih baik dari papa untuk mama.Lagipon,papa dengan mama dah tak de pape hubungan.Papa tak de hak pon nak halang keputusan mama.."

"Memang lah.Tapi Fiyya nak keluarga kita bersatu kembali.Salah ke Fiyya nak macam tu?Kadang-kadang Fiyya tertanya-tanya,apa punca mama ngan papa bercerai.Papa tak sayang Fiyya ke?Tak sayang Sofi?"

"Mana ada ibu bapa yang tak sayang anak dorang,Fiyya.Papa sayang anak-anak papa.."

"Kalau papa sayang Fiyya,kenapa papa dengan mama tak rujuk semula?Apa yang papa dah buat sampaikan mama tak dapat terima papa semula?" soal Safiyya sekadar ingin tahu.

"Papa bukan ketua keluarga yang baik,Fiyya.Papa banyak kali hancurkan hati mama.Mungkin Tengku Raziq boleh jaga mama lagi baik dari papa jaga mama.Fiyya terima Tengku Raziq jadi papa Fiyya,ehh?" pujuk Encik Nizam.

"Papa,Fiyya nak papa kembali dengan mama.Boleh lah.." rengek Safiyya.

🌸🌸🌸

Fawwaz Rizqi membelek fonnya.Tengku Raziq duduk di sebelah anaknya.

"Fawwaz,jom ikut daddy pergi hospital.Kita lawat Fiyya.." ajak Tengku Raziq.

"Fawwaz malas lah,daddy.Fawwaz dah  janji dengan Aqeef nak jumpa.."

"Amboi,jumpa Aqeef tak malas pulak?" perli Tengku Raziq.

Fawwaz Rizqi hanya mempamirkan muka tidak bersalah.

"Daddy tak kisah kan?"

"Tak,pergi lah.Tapi jangan lewat sangat balik tu.." pesan Tengku Raziq.

"Okay,daddy.."

Fawwaz Rizqi bersiap untuk berjumpa dengan Aqeef.Mereka bertemu di taman kerana sudah berjanji mahu berjoging bersama-sama.

"Lambat lah kau.." kata Fawwaz Rizqi.

"Sorry.Ada hal tadi.." balas Aqeef.

"Jom lumba.."

"Jom.Siapa kalah,belanja makan.."

"No hal lah,bro.."

Mereka memulakan larian.Seperti biasa,Fawwaz Rizqi yang akan mendahului.

"Kau kalah.Belanja aku.." kata Fawwaz Rizqi dengan berlagaknya.

"Hurm..kau nak makan apa?"

"Macam biasa.."

"Okay.."

Mereka beredar dari situ.Sampai di gerai makan,mereka memesan makanan.

"Weh,apa cerita pasal daddy kau?Mama aku dah tanya dah bila majlis tu.."

"Daddy aku cakap maybe sebulan dua bulan lagi.Kau sabar je lah.."

"Bakal mummy kau tu siapa?"

"Kslau aku cakap ni kau jangan terkejut tau.Mak kepada Safiyya.."

Aqeef membuat muka pelik.

"Serius arhh?Wow,dahsyat lah.Habis tu dia boleh terima ke?"

"Hurm..memang tak lah.Aku tengok dia tu memang tak suka daddy aku nak kahwin dengan mama dia.Erm..aku nak tanya,papa dia still ada lagi ke?"

"Ada.Papa dia dah bercerai dengan mama dia.Mungkin sebab tu lah dia tak suka daddy kau.Dia tak nak ada yang ganti tempat papa dia kot.."

"Hurm..yelah kot.."

Makanan yang diorder pun tiba.Mereka mula menjamu selera.








DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now