Farhana dan Natalia keluar dari bilik setelah selesai menunaikan solat subuh.
Disaat itu,Safiyya juga baru keluar dari bilik.Safiyya terus melangkah tanpa menegur mereka.
Mungkin masih merajuk kerana hal semalam.
Fawwaz Rizqi perasan perubahan pada mereka bertiga.Masing-masing diam di meja makan.
Selalunya ada sahaja yang dibualkan ketika bersarapan.Hari ini,hanya kedengaran suara Puan Salmah dan Sofiyya sahaja.
Setelah selesai makan,Safiyya segera bangun mengangkat pinggannya dan beredar ke dapur.
Sofiyya juga turut bangun.Dia mengangkat pinggannya dan pinggan suaminya.
Dia melangkah ke arah dapur.Kelihatan kakaknya sedang mencuci pinggan.
"Ayong,ayong okay?" soalnya.
"Okay je.." balas Safiyya.
"Tapi Sofi tengok ayong lain macam je hari ni.Korang gaduh ehh?"
"Dorang ada cakap pape kat Sofi ke?" kata Safiyya ingin tahu.
"Tak de cuma hari ni korang pelik.Langsung tak cakap pape.Tu yang Sofi tanya tu.."
"Dorang tak bagi ayong main kat tanah.Ayong bosanlah.."
"Dorang risaukan ayong lah tu.."
"Ala,luka ni sikit je,Sofi.Bukan teruk pon.."
Safiyya menunjukkan luka pada tapak tangannya.
"Memang lah sekarang sikit.Nanti dah teruk,jangan cakap kitaorang tak halang pulak.." ujar Farhana yang baru tiba di dapur.
Safiyya menjeling Farhana.
🌸🌸🌸
"Nek,kitaorang balik dulu.Fawwaz minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat lama kat sini.." ujar Fawwaz Rizqi sebelum menyalam Puan Salmah.
"Tak pe.Nenek faham kerja kamu.." balas Puan Salmah.
Puan Salmah sempat membisik sesuatu pada cucu menantunya itu.
"Jaga Sofi elok-elok.Dia tanggungjawab kamu.Lagi satu,nenek nak kamu lupakan Fiyya.Sofi lebih perlukan kamu.." bisik Puan Salmah.
"Okay,nek.."
Fawwaz Rizqi sempat memandang ke arah Safiyya.
"Sofi,jaga diri ye.." pesan Safiyya.
"Baik,ayong.Ayong pon jaga diri tau kat sini.."
Setelah bersalaman dengan Safiyya,tubuh kakaknya dipeluk erat.Kemudian,dia bersalaman pula dengan Farhana dan Natalia.
Setelah itu,Sofiyya dan Fawwaz Rizqi masuk ke dalam kereta.
Sepanjang perjalanan,masing-masing hanya diam.Fawwaz Rizqi memandang isterinya yang dari tadi diam.
"Sofi.." ujarnya.
"Ada apa,abang?"
"Sofi marahkan abang?Abang minta maaf,sebab abang,kita kena balik awal.." kata Fawwaz Rizqi dengan riak wajah serba salah.
"Tak pe.Sofi faham.."
"Lepas ni sayang tak payah kerja lah.Sayang duduk rumah je.."
"Tapi.."
"Tak de tapi-tapi sayang.Abang risaukan sayang.Lepas sayang bersalin,sayang nak kerja,abang izinkan.But not now.."
"Ye lah.Sofi ikut cakap abang.." balas Sofiyya mengalah.
"Beruntungnya abang sebab dapat memiliki seorang isteri seperti sayang.." ucap Fawwaz Rizqi.
"Abang ni.."
"Betul lah.."
Setelah hampir 3 jam perjalanan,mereka tiba di rumah Tengku Raziq.
Cadangnya ingin terus pulang ke rumah sendiri,namun mereka ingin singgah sebentar.
"Fawwaz,Sofi?Ya Allah,bila balik ni?Tak cakap kat mama pon.." ujar Puan Suraya yang nyata terkejut dengan kepulangan anak menantunya.
"Baru je,ma.." balas Sofiyya.
"Jom masuk.." ajak Puan Suraya.
"Ma,Sofi naik atas dulu ye.Pening kepala sikit.." kata Sofiyya sambil meminta diri.
"Sayang okay kan?" soal Fawwaz Rizqi.
"Sofi okay.."
"Nak abang temankan naik atas ke?"
"Tak pe lah.Sofi boleh naik sendiri.Sofi naik dulu ye.."
Sofiyya menuju naik ke bilik.Fawwaz Rizqi hanya memerhati isterinya.
"Fawwaz,mama nak minta maaf.." ujar Puan Suraya setelah kelibat Sofiyya sudah tiada.
"Kenapa ni?"
"Tentang Fiyya.Mama.."
"Ma,Fawwaz tak salahkan mama.Mama langsung tak salah dalam hal ni.." pintas Fawwaz Rizqi.
"Fiyya macam mana?Dia kenal kamu?" soal Puan Suraya ingin tahu keadaan anak sulungnya.
"Fiyya okay.Dia tak kenal Fawwaz pon.."
"Erm..kalau Fiyya dah ingat nanti,kamu akan terima Fiyya semula ke?Sofi macam mana?Anak kamu?"
"Fawwaz takkan tinggalkan Sofi dengan anak Fawwaz.Fawwaz sayangkan dorang.."
"Baguslah kalau macam tu.Mama bukan apa,mama kesian Sofi.."
"Mama jangan risaulah.Fawwaz takkan buat macam tu pada Sofi.." nekad Fawwaz Rizqi.
Puan Suraya tersenyum nipis memandang menantunya apabila Fawaaz Rizqi berkata begitu.
Tapi,bila difikirkan tentang anak sulungnya itu,hatinya jadi tidak tenang.Rasa serba salah menyelubunginya.
Dia berharap supaya Safiyya dapat menerima semua ini apabila anaknya itu sudah pulih nanti.
YOU ARE READING
DIA Bidadari Di Hatiku
Ficção Adolescente#2019 Coverby:@nurshaziera 🎀SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRI🎀 Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila mendapat tahu dia berketurunan raja. Ya,dia!Dia Tengku Fawwaz Rizqi! Tapi,entah kenapa Safiyya seakan...