Dua minggu kemudian,
Sekali lagi Safiyya memakai pakaian pengantin.Setelah siap,dia dibawa turun oleh tiga orang sahabatnya itu.
Semua hadirin tertumpu ke arah Safiyya yang berjalan ke arah mereka.Tersenyum Puan Suraya dan Puan Salmah melihat Safiyya.
Setelah selesai bacaan doa,Safiyya segera berdiri lalu menuju naik bilik.Biarlah orang nak cakap apa pun!Dia sudah tidak kisah.
Dia membaringkan tubuhnya di atas katil.Tidak lama kemudian,pintu biliknya dibuka dari luar.
"Fiyya,apa kau dah buat ni?" ujar Farhana tidak puas hati dengan tindakan Safiyya.
"Aku buat apa?Akad nikah dah selesaikan?Nak apa lagi?"
"Fiyya,kenapa kau dah berubah ni?Patutnya kau happy kau kahwin dengan orang yang kau cintai.." kata Natalia pula.
"Apa dia?Orang yang aku cintai?Lawak lah korang ni.Ye,dulu memang ye but not now.Tak payah lah buat lawak tengahari ni.Aku tak terasa nak gelak.."
Mereka bertiga sudah tidak tahu mahu berkata apa lagi.
"Kitaorang keluar dulu lah.." kata Arisya sambil mengajak Natalia dan Farhana keluar dari bilik itu.
"Okay.Aku pon mengantuk ni.Tidur dulu.." sengaja Safiyya berkata begitu.
Safiyya menarik selimut menutupi tubuhnya.Dia bangun semula bagi menukar pakaian pengantinnya.
Mujur dia cuti solat.Jadi bolehlah dia tidur lama sedikit.Dia malas memikirkan apa yang berlaku di tingkat bawah.Pasti semua orang dah balik.
Puas hatinya membuat Fawwaz Rizqi begitu.Dia tersenyum gembira.Tubuhnya diiringkan ke kanan.Selimut ditarik menutupi tubuhnya.
🌸🌸🌸
Fawwaz Rizqi yang masih berpakaian pengantin berdiri sambil berpeluk tubuh di halaman luar.
"Selamat pengantin baru,Fawwaz.." ujar Lysa Qyrina.
Fawwaz Rizqi memandang gerangan yang menegurnya.
"Thanks.."
"Kesian kau.Fiyya tak patut buat kau macam tadi.."
Lysa Qyrina menyembunyikan senyumannya.Dia sebenarnya langsung tidak kesian pada lelaki itu namun dia terpaksa berkata begitu.
Dia tidak boleh terima kenyataan yang lelaki yang dicintainya ini berkahwin dengan Safiyya.Dia ingatkan hubungan mereka telah berakhir.Namun bersatu juga.
Dia harus mencari idea lain bagi memisahkan mereka.Namun,nasib baiklah Safiyya membenci Fawwaz Rizqi.Senanglah kerjanya!
"Erm..aku dah nak kena balik ni.Jumpa lagi.."
Lysa Qyrina berura-ura mahu pulang.Dia menuju ke keretanya.Fawwaz Rizqi hanya memerhati.
"Woi,mata jaga!" ujar Danish Emir yang tiba-tiba muncul bersama Hykarl Arriz.
Riezq Farhan tidak dapat hadir kerana resortnya yang baru dirasmikan pembukaannya bulan lepas tiba-tiba ada masalah.Dia hanya mengucapkan tahniah melalui aplikasi whatsapp sahaja.
"Apa korang ni?" kata Fawwaz Rizqi.
"Apa?Kitaorang just tegur kau je.Takut Fiyya nampak.Lagi masalah.." kata Hykarl Arriz pula.
"Biarlah kalau dia nampak pon.."
"Kau ni tak baik tau.."
"Habis apa yang dia buat tadi tu baik sangat lah?"
"Sabar,Fawwaz.Orang tengah marah.Nanti dia dah sejuk,dia okaylah.." pesan Danish Emir.
"Hurm..korang doakan aku tau?"
"Insya-Allah.."
"Erm..aku masuk dululah.Panas.Nak mandi.."
"Good luck,bro.."
Fawwaz Rizqi hanya menganggukkan kepalanya.Dia beredar masuk ke dalam rumah dan menuju ke anak tangga.
Dia masuk ke dalam biliknya.Sebelum masuk ke dalam bilik Safiyya,dia harus wangi-wangi dahulu.Mana tahu Safiyya akan okay?
Setelah selesai membersihkan diri,dia menuju ke bilik Safiyya.Sempat dia berdoa sebelum membuka pintu bilik Safiyya.
Dia tersenyum sendirian melihat Safiyya yang sedang lena tidur itu.Dia mendekati isteri yang baru dinikahinya itu.
Wajah putih bersih Safiyya ditatap lama.Rambut isterinya diusap-usapnya perlahan.
Safiyya mengerakkan tubuhnya.Dia terkejut melihat 'suami'nya berada di dalam bilik.
"Kau buat apa kat sini?Siapa bagi kebenaran kau masuk bilik aku ni?" ujar Safiyya tidak puas hati dengan kehadiran Fawwaz Rizqi di dalam biliknya.
"Bilik kau,bilik aku jugak.." kata Fawwaz Rizqi selamba.
"Kau keluar!" arah Safiyya.
"Okay,aku keluar.Boleh je kan kau cakap baik-baik dengan aku?Tak perlu nak marah-marah.."
Fawwaz Rizqi bangun lalu membuka pintu bilik.Dia melangkah keluar dari bilik itu.
Sempat Safiyya menjeling Fawwaz Rizqi.Suka je masuk bilik orang!Huh..
"Fiey,Fiyya nak minta maaf.Fiyya buat semua ni untuk mama.Sofi,maafkan ayong.Ayong tahu semua salah.Ayong dah khianati Sofi.." ujarnya sendirian sambil perlahan-lahan air matanya mengalir.
Alhamdulillah mereka selamat dijabkabulkan😅Sorry ye kpd yg tidak puas hati😉Hati Fiyya still macam batu untuk beberapa chapter😢Harap bersabarlah dgn perangai Fiyya😂
YOU ARE READING
DIA Bidadari Di Hatiku
Fiksi Remaja#2019 Coverby:@nurshaziera 🎀SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRI🎀 Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila mendapat tahu dia berketurunan raja. Ya,dia!Dia Tengku Fawwaz Rizqi! Tapi,entah kenapa Safiyya seakan...