Prolog

2.9K 267 26
                                    


Dear My Karmila 2 : Prolog

Splash!

Bunyi percikan air memenuhi ruang bilik yang sudah sedia gelap. Karmila kembali mencari nafasnya yang hampir hilang. Bengkak matanya kerana terlalu lama menangis. Bibir pula terketar-ketar kerana terlampau sejuk.

Karmila kemudian menutup kelopak mata, cuba menahan sakit apabila rambutnya ditarik kasar sebelum kepalanya ditolak masuk ke dalam air semula. Karmila menjerit kecil apabila ada air yang tidak henti-henti masuk ke dalam rongga pernafasannya. Dia tidak sempat menahan nafas!

"Emph!"

Semakin kuat Karmila meronta, semakin dalam pula kepalanya ditolak masuk ke dalam air. Sebelah tangannya naik mencari tangan milik lelaki itu. Kemudian dicengkam kuat tangan kasar itu sehingga berdarah.

Karmila nekad.

Dia perlu selamatkan dirinya.

Kepada siapa lagi dia mahu berharap?

Tapi sayangnya, cengkaman itu tidak memberi kesan kepada lelaki itu.

Splash!

Kepalanya ditarik keluar dari air yang memenuhi kolam itu. Karmila mencari kembali nafasnya. Kepalanya pening. Air matanya sudah sebati dengan air yang semakin mencucuk organ tubuhnya. Tubuh itu jelas menggigil kesejukan.

"Lepaskan aku..." walaupun terketar-ketar, bibir yang sudah biru pucat itu masih mampu mengeluarkan suara.

Hilai tawa lelaki itu tidak dia hiraukan. Karmila terus merayu dan merayu.

"Lepaskan aku..."

"Sakit..." sambungnya.

"Sakit ke?"

Terketar-ketar Karmila mengetap gigi. Kemudian dia meronta-ronta apabila pipinya dicengkam kasar. Karmila memejamkan kelopak matanya. Tidak mahu bertentang mata. Dia kembali menangis apabila bibirnya disentuh lembut oleh jari milik lelaki itu.

"Pucatnya bibir kau. Kesiannya."

Bibir Karmila diusap lembut.

"Lepas!"

Karmila cuba melarikan mukanya.

"Hei!"

Dagu Karmila kemudian dicengkam. Mengalir air matanya kerana cengkaman itu terlalu sakit.

"Ni baru bibir kau aku kerjakan. Belum yang lain lagi."

Semakin kuat esakan Karmila. Dia sudah tidak tahan. Dia tidak kuat!

"Khai..."

Walaupun dia tahu pemilik nama itu tidak akan muncul selamatkan dirinya kembali seperti mana dia pernah diserang Joshua dahulu. Sekurang-kurangnya, dia mendapat sedikit kekuatan melalui nama itu.

Senyuman lelaki itu semakin lebar.

"Khai?"

Lelaki itu menaikkan kening sebelahnya.

"Kau tak perlu bazirkan tenaga kau untuk lelaki yang dah lama mati, Karmila."

"Khai..."

Karmila menjerit sakit apabila rambutnya ditarik kasar, menyebabkan tubuhnya terdorong ke belakang.

"Kau nak sangat jumpa dia kan? Kau rindu gila dekat dia kan?"

Kerana dia jugalah, aku gila seperti ini.

"Khai..."

Disebut nama itu tanpa henti. Air mata semakin deras mengalir. Tubuhnya sudah terlalu sakit kerana diperlakukan seperti binatang setiap hari.

Khai, saya tak kuat tanpa awak...

Cengkaman semakin kuat.

"Emph!"

Karmila memegang rambutnya yang semakin sakit kerana ditarik. Pedihnya tidak terkata, seperti mahu tercabut seluruh isi rambutnya.

"Mari, aku bawa kau jumpa dia..."

Karmila menggeleng.

"Dekat neraka!"

"Bum!"

◾◾◾◾◾◾◾◾◾◾◾◾◾◾

Vote | Share | Comments

Hello DMK Family! Maaf sebab buat korang tertunggu-tunggu ') Mira sibuk sikit awal bulan ni, tak sempat nak update apa-apa. Akhirnya hari ni ada peluang untuk buat semua tu :)

Jadi, macam mana dengan prolog? Apa yang dah jadi pada Karmila sebenarnya ni?

Psst...

Nak tahu? Stay tuned okey ♥

Dan terima kasih kerana sudi masukkan DMK 2 dalam RL korang ♥

Love you ♥

Jumpa di bab seterusnya!

Jumpa di bab seterusnya!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now