22 | Si Hero

2K 204 89
                                    

Dear My Karmila 2 : Si Hero

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

KERANA terlalu penat menangis, diiringi pula dengan bunyi-bunyi yang datang dari perut yang sudah sehari tidak makan. Minum air apatah lagi. Karmila tertidur di atas lantai sejuk. Sama seperti situasi dia dikurung oleh Megat dulu, tidurnya juga tidak dialas dengan bantal dan selimut. Tidurnya juga tidak begitu lena kerana menahan rasa sejuk yang semakin mencucuk tubuh kecilnya. Mengigil seluruh tubuh kerana terlalu lapar. Dia lebih rela bertahan lapar daripada diberi makan cacing merah. Tapi, dia tak cukup kuat juga untuk menahan rasa sakit itu lama-lama. Pasti gugur air mata setiap kali angin keluar dari tubuh kecilnya itu. Terlalu sakit. Terlalu lapar.

"Lapar..."

Dalam mata terpejam rapat, dan diulit mimpi yang tak begitu lena, Karmila tetap merasa lapar. Dia kecewa. Mimpinya untuk dapat makan banyak-banyak itu tidak kunjung datang. Mimpi itu hanya ditemani kegelapan dan kesunyian. Seakan memahami perasaannya ketika ini. Karmila menelan liur saat terbayang dia diberikan makanan yang sedap-sedap. Sedapnya. Terbayang dia sedang mengigit seketul ayam goreng. Meja di depan mata pula dihiasi dengan makanan yang dia sangat-sangat mahukan. Dan dia ditemani oleh lelaki yang dia sangat-sangat perlukan ketika ini. Khairul.

"Khai..."

Semakin gugur air matanya saat lelaki itu cuba mengesat butiran jernih di pipinya. Seakan memujuk dirinya agar tidak lagi menangis. Sebelah tangan pula erat digenggam oleh lelaki dicintai itu. Pandangan mereka bertaut. Senyuman di bibir lelaki itu tidak langsung hilang.

"I'm sorry, my Karmila..."

Karmila tersentak apabila lelaki itu perlahan-lahan bertukar menjadi debu. Terketar-ketar tangannya cuba menggapai semula tangan yang turut sama bertukar debu. Perlahan-lahan debu itu terbang meninggalkan Karmila. Perlahan-lahan juga Karmila mengejar debu itu. Air matanya semakin kuat. Tangisannya semakin panjang. Dia meraba-raba angin, cuba mencari bayang itu semula. Tak mungkin. Tak mungkin!

"Khai..."

Kelopak matanya terbuka sangat luas. Malah wajahnya sudah basah dengan air mata. Terpinga-pinga Karmila merenung sekeliling bilik itu. Teresak-esak Karmila menangis. Terhinjut-hinjut bahunya menahan sebak di dada. Dia bermimpi rupanya. Khairul akhirnya datang menjenguk dia di dalam mimpi. Karmila menggelengkan kepala. Dia tidak puas berjumpa Khairul di dalam mimpi. Malah dia langsung tidak sempat memeluk tubuh itu. Mahu merasa hangat tubuh itu menenangkan dirinya walau cuma dalam mimpi. Hanya Khairul dia mahukan saat ini.

"Ya Allah..."

Karmila memeluk tubuhnya.

"Boleh hadirkan semula suamiku..."

Pandangan Karmila kabur dengan air mata. Tersekat-sekat nafasnya mahu bersuara.

"Bolehkah dia kembali dalam hidupku..."

Tubuhnya semakin lemah, sama lemah dengan perasaannya kini. Dia mahukan Khairul. Dia sangat-sangat mahukan lelaki itu semula.

"Khai, saya lapar..."

"Anak kita lapar...."

"Kami perlukan awak, Khai..."

"Saya mahukan superhero saya semula..."

Mata terpejam rapat. Mengigil tubuhnya kerana menangis. Bergetaran bibirnya menyebut nama lelaki itu.

"Khai..."

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now