6 | HBK

2.3K 242 51
                                    


Dear My Karmila 2 : HBK

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

KARMILA menolak pintu pejabat milik Zara. Zara yang sedang sibuk berbincang bersama beberapa anggota penyiasat yang lain tersentak dengan kehadiran Karmila. Baru saja Zara mahu bertanya khabar, tetapi semuanya tidak menjadi setelah melihat raut wajah Karmila yang sudah memerah.

Kenapa dengan Karmila?

"Karmila?"

Zara masih belum bergerak mendekati Karmila yang sudah mula menangis teresak-esak. Dia mula dihimpit rasa bersalah.

Adakah Karmila sudah tahu tentang...

"B—betul ke Encik Izz dah tiada?"

Jeda

"Karmila..."

Zara mula mengambil langkah mendekati Karmila yang sudah basah dengan air mata. Baru saja dia mahu menyentuh bahu Karmila, Karmila menolak jauh tangannya.

"Jawab soalan aku, Zara!"

"Karmila..."

"Kau masih fikir aku pembunuh dia ke, Zara?"

Zara jelas tersentak mendengar soalan terakhir daripada Karmila.

Karmila pula, masih dengan tangisan panjangnya.

Dia lebih kepada kecewa sebenarnya. Sungguh dia tidak percaya, Zara sanggup sembunyikan semua ini darinya. Adakah Zara masih tidak percaya pada dirinya?

Adakah ini dinamakan sebagai seorang sahabat?

Zara jauh lebih teruk dari seorang kawan!

"Teruk sangat ke aku sampai kau sanggup sembunyikan semua ini dari aku, Zara?"

Bahu Zara ditolak-tolak.

"Karmila, aku..."

"Adakah sebabnya kerana aku isteri kepada seorang pembunuh, Zara?"

Zara tersentak hebat.

"Karmila..."

Karmila semakin menangis teresak-esak. Dadanya jelas terasa sangat sakit. Lututnya pula semakin lemah.

"Zara, aku..."

"Karmila!"

Zara pantas memeluk tubuh Karmila yang tiba-tiba saja lemah. Zara terus menyentuh wajah pucat milik Karmila. Ditilik lama wajah itu bersama perasaan yang cukup kacau.

Melihatkan keadaan Karmila sekarang membuatkan Zara semakin bingung. Apa yang sedang berlaku? Bagaimana Karmila tahu tentang berita tersebut sedangkan ia belum lagi disiarkan di kaca tv dan belum disebarkan ke media sosial?

* * *

KARMILA memilih untuk mendiamkan diri sebaik saja dia sedar dari pengsan. Wajah risau Zara dipandang sekilas sebelum matanya jatuh pada genggaman tangannya di atas paha.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now