23 | 10kg

1.9K 210 208
                                    


Dear My Karmila 2 : 10kg

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

"MAAFKAN aku, Karmila."

Karmila menggeleng. Dia tak mahu dengar semua itu buat masa sekarang. Dia mahu keluar dari tempat ini bersama Khairil. Dia perlu cepat sebelum orang-orang Takka pulang. Ditarik tangan Khairil. Digenggam erat jemari lelaki itu.

"Jom lari, Khairil..."

"Jangan menangis, Karmila. Tolong jangan."

Karmila menunduk apabila pipinya diusap oleh lelaki itu. Kepalanya digeleng-geleng lagi. Dia takut. Mana mungkin dia tidak menangis melihat lelaki itu datang menyelamatkan dia di istana neraka ini. Dia terlalu bahagia sehingga menangis kecil.

"Khairil, bawa saya keluar dari sini. Saya takut..."

"Sekejap."

Karmila terus memberikan kakinya untuk Khairil membuka rantai besi yang memagari kaki kecilnya itu. Tangisan terhenti. Kemudian terasa tangannya diraih oleh Khairil. Karmila perlahan-lahan bangun apabila tubuhnya dipeluk oleh Khairil.

"Kau okey, Karmila?"

Khairil jelas merasa risau melihat Karmila sepertinya tidak kuat berdiri. Terlihat dengan jelas terketar-ketar wanita itu cuba berdiri dengan baik. Lututnya lemah sekali.

"Saya tak larat nak jalan..."

"Saya lapar..."

Air mata Karmila gugur lagi. Perutnya diusap-usap manja. Terketar-ketar bibirnya menahan tangis sendiri. Dia tak mahu menangis lagi. Nanti dia jadi semakin lemah. Pastinya memberi tekanan pada Khairil untuk membawanya keluar dari tempat ini.

"Aku dukung kau, okey?"

Baru saja Karmila mahu mengangguk tanda setuju, kedengaran suara milik seseorang di atas siling. Karmila jelas tersentak. Khairil apatah lagi. Automatik Khairil menarik Karmila supaya berdiri di belakangnya. Digenggam erat tangan wanita itu. Kerana terlalu takut, Karmila memeluk belakang tubuh Khairil. Mengigil tubuhnya merenung Takka yang sedang ketawa sinis di atas siling itu. Di tangannya terdapat sepucuk pistol. Pelukan di tubuh Khairil semakin diketatkan. Karmila menggeleng tanpa henti. Tolonglah jangan tembak.

"Tak sangka, hero pujaan puteri Karmila sudah datang. Bodoh. Kau fikir ni cerita Rapunzel ke, Karmila?"

"Apa yang berlaku pada Karmila tiada kaitan dengan fairy tale, Takka."

Kedengaran Khairil membalas ejekan Takka. Kelihatan dua lelaki itu sedang membalas pandangan tajam. Khairil semakin mengundur ke belakang saat Takka mula menuruni tangga, mendekati mereka. Karmila di belakang sudah pecah tangisannya. Dia takut. Dia sangat-sangat takut.

"Elok juga dua-dua ada dekat sini. Senang sikit aku nak buat kerja, kan?"

Takka tertawa kecil. Pistol di tangan diputar-putar sebelum ia terhenti tepat pada Khairil. Karmila mulai gugup. Air matanya gugur perlahan-lahan. Jangan apa-apakan Khairil. Tolonglah!

"Jangan!"

Entah apa merasuk Karmila ketika ini, terus ditolak tubuh Khairil menjauh darinya. Kini, dia berdiri di tempat Khairil berdiri sebentar tadi. Matanya jatuh pada pistol yang dihala ke arahnya oleh Takka. Mata dipejamkan. Khairil jelas tersentak. Belum sempat dia berlari mendapatkan Karmila semula, kedengaran pistol ditembak ke satu arah.

Bang!

Mengigil habis tubuh Karmila mendengar bunyi tembakan itu. Yang pasti, tiada peluru pistol menusuk masuk ke dalam tubuhnya. Sedangkan bunyi itu datang sangat dekat dengannya. Perlahan-lahan Karmila membuka kelopak mata. Saat itu juga bibirnya terbuka luas. Matanya terbentang sangat luas. Berair tubir matanya melihat Khairil.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now