20 | Segalanya Bermula

1.9K 229 144
                                    


Dear My Karmila 2 : Segalanya Bermula

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

KARMILA meronta-ronta saat tubuhnya diangkat oleh Sebastian untuk dibawa keluar dari bilik. Air mata tidak berhenti mengalir seiring dengan pukulan pada dada lelaki itu.

"Lepaskan aku, Sebastian! Aku merayu!"

Sebastian hanya diam. Malah pukulan tangan kecil Karmila pada dadanya tidak terasa sakit. Langkahnya tiba-tiba saja terhenti apabila tangan kecil itu mendarat di wajahnya. Wajah Karmila yang sudah basah dengan air mata itu dipandang lama.

"Sebastian, tolonglah.."

"Aku janji, aku akan ikut kau. Aku tak akan lari. Tapi..."

"Aku nak tengok Raja..."

"Tolonglah..."

Teresak-esak Karmila menangis di bahu lelaki itu. Tiada apa lagi yang dia mampu lakukan selain merayu kepada lelaki itu.

Karmila tersentak apabila tubuhnya diturunkan oleh Sebastian. Tanpa membuang masa, Karmila terus berlari masuk ke dalam bilik itu semula. Air mata dikesat dengan sebelah tangan. Pintu bilik ditolak dan dia menerpa ke arah Raja. Satu kerusi diambil dan Karmila naik ke atasnya. Terketar-ketar tangannya cuba membuka ikatan tali yang telah menjerut leher Raja. Kemudian Raja jatuh terjelepok di atas lantai. Karmila turun dari kerusi dan dia menghampiri Raja. Kepala Raja diletakkan di atas paha. Nama Raja dipanggil-panggil tanpa henti. Namun, semuanya sia-sia. Disentuh pipi itu berkali-kali. Semuanya masih sama.

Lalu nadi lelaki itu disentuh dengan kadar cepat. Karmila seakan mahu menangis. Kerana tiada denyutan. Leher Raja disentuh, masih tiada denyutan. Jantung juga sama. Karmila jelas terketar-ketar. Rawatan kecemasan diberikan. Diberi bantuan pernafasan untuk Raja. Air mata Karmila semakin mahu gugur. Semuanya masih sama. Lelaki itu dilepaskan. Raja sudah tiada.

Lelaki ini, lelaki yang menjaga dirinya selama ini, telah tiada.

"Kau tahu, Karmila? Disebabkan bangsat ini, rancangan aku untuk menculik kau terbantut. Aku dah berjaya dapatkan kau, tapi boleh pula orang dia bunuh orang aku."

Lelaki ini, lelaki yang sentiasa berlembut dengannya, telah tiada.

"Dia ni tak adalah segila yang aku sangka. Mudah sekali masuk dalam umpan aku."

Lelaki ini, lelaki yang merayu padanya supaya kekal di sini, telah tiada.

"Tengoklah. Mudah sangat dia mati, Karmila."

Lelaki ini, lelaki yang pernah berjanji untuk menjaga dirinya sebaik mungkin, telah tiada.

"Dia dah mati. Apa lagi yang kau harapkan?"

Lelaki ini, lelaki yang pernah menyanyi satu lagu istimewa untuknya, telah tiada.

"Ku tak bisa berhenti... untuk mencarimu..."

"Walau kini yang ada, aku tak mau..."

"Ya Allah, tolonglah..."

"Ku tak bisa berhenti... untuk mencintaimu..."

"Jangan tanyakan kenapa, kerna ku tak tau..."

Tubuh kaku itu dirapati dan satu ciuman singgah di dahi itu. Terketar-ketar bibirnya melekat lama pada kulit yang sudah hilang hangatnya.

"Seribu wanita menggoda, hanya kamu yang jadi Suri... hatiku..."

"Maafkan saya, Raja..."

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now