Dear My Karmila 2 : Pelarian
"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."
◾◾◾◾◾
NAFAS Karmila terhenti. Semakin terhenti apabila wajahnya ditekup sesuatu. Karmila meronta-ronta kecil. Tangannya meraba-raba ke udara. Nafasnya jelas terasa sesak ditekup begini. Baru saja dia mahu melepaskan diri, terasa tubuhnya dipusing dan dipeluk erat oleh tubuh itu. Tubuh Karmila terus kejung. Semakin kejung apabila matanya tenggelam dalam sepasang mata yang sangat jijik baginya. Serentak itu juga air matanya mengalir.
Takka.
"Hai, lama tak jumpa. Makin cantik kau sekarang. Bertudung. Pakai baju labuh macam ni. Kau buatkan lelaki macam aku tak boleh duduk diam lah."
Jantung Karmila hampir saja gugur apabila terasa tudung di kepalanya dicabut kasar.
"Kan cantik kalau terbuka macam ni je. Buat apa nak tutup."
"Hmmmphhh!"
Karmila meronta-ronta lagi. Air matanya semakin gugur apabila Takka tidak lepas merenung seluruh tubuhnya. Ya Allah, tolonglah! Dia sangat-sangat takut!
Karmila cuba menoleh ke Dion, mahu memanggil lelaki itu, namun ternyata kudrat kecilnya tak akan mampu melawan Takka yang sudah menariknya masuk ke dalam bilik. Rontaan Karmila semakin kuat. Dia sudah menangis teresak-esak.
"Kau nak takut apa? Dion dan Irham mesti dah pernah makan kau, kan? Apa salahnya kalau aku pun nak juga?"
Karmila menggelengkan kepalanya saat bibir lelaki itu sudah singgah di tepi telinganya. Desah nafas Takka kedengaran jelas, tanda lelaki itu benar-benar sedang lapar. Tubuhnya jelas mengigil hebat. Terketar-ketar lutut Karmila waktu ini.
Irham...
Mana awak...
Karmila memejamkan matanya. Tidak sanggup melihat tubuhnya menjadi mangsa kerakusan nafsu binatang Takka. Tiada apa lagi yang dia boleh lakukan selain berdoa. Perlahan-lahan air matanya gugur. Lututnya terasa lembik. Nafasnya sudah sesak. Jantungnya berdengup cukup kencang.
"Kau nak aku buat apa dulu dekat kau, hmm?"
Karmila menggelengkan kepalanya dengan mata yang masih terpejam rapat. Mahu memukul lelaki itu, kedua tangannya sudah dikunci oleh lelaki ini. Mahu menendang, Takka sudah menahan tubuhnya di dinding.
"Hmphhh..."
"Hmm, apa tu? Tak dengar lah?"
Takka tersengih nakal. Seronok pula melihat wanita ini menangis di depan mata. Suaranya menjerit kecil itu betul-betul buatkan dia semakin tak boleh menahan nafsunya lagi. Kalau Sebastian sendiri boleh jadi bodoh dengan melepaskan wanita ini pada Dion dan Irham, dia tak akan sesekali jadi sebodoh Sebastian. Dia mahukan Karmila!
Perlahan-lahan tekupan di wajah Karmila dibuang, lalu diganti dengan sebilah pisau tepat ke leher wanita itu. Baru saja Karmila mahu menjerit memanggil Irham dan Dion, namun semuanya sia-sia. Lehernya kini diacah dengan pisau. Air matanya kembali gugur. Tegak Karmila merenung Takka. Tidak berani memandang ke mana-mana lagi.
"Kalau kau menjerit, aku bunuh anak tak guna kau ni."
Karmila semakin menggeleng apabila terasa perutnya diusap oleh Takka, tanda lelaki itu tidak bermain dengan ugutan gilanya.
"Tolong lepaskan aku, Takka..."
Karmila memejamkan mata saat jemari lelaki itu bermain di wajah pucatnya.
YOU ARE READING
Dear My Karmila 2 [C]
Mistério / SuspenseBuku Kedua Dear My Karmila. Sila baca DMK sebelum anda tertanya-tanya tentang jalan cerita ini :) • • Sebaik saja Khairul pergi, Karmila diganggu dengan kehadiran seorang lelaki yang dia sendiri tidak pasti siapa. Yang penting lelaki itu persis sepe...