3 | Fight Me

2.8K 290 139
                                    


Dear My Karmila 2 : Fight Me

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

KARMILA tersentak, lalu ditolak jemari Khairil daripada terus menyentuh wajahnya.

"Apa maksud awak?"

Bersungguh-sungguh riak wajah Karmila tika itu. Kerana dia sangat mengharapkan jawapan yang tepat bagi soalannya.

Apa maksud Khairil?

Permulaan? Permulaan kepada apa?

Tidak henti-henti soalan itu bermain di fikiran Karmila.

Sementara Khairil, masih dengan riak wajah yang kosong.

Kosong.

Sangat kosong.

Malah senyumannya pula semakin sinis.

"Abaikan. Salah aku kerana terlanjur berkata."

Tenang saja Khairil membalas.

Sudu yang masih terisi dengan ais krim itu disua ke bibir Karmila kembali.

Karmila masih mendiamkan diri. Dibiarkan sudu yang sudah menyentuh bibir merahnya. Kerana fokusnya matanya kini adalah,

Khairil.

"Tak nak?"

Soal Khairil apabila Karmila masih tidak membuka mulut. Keningnya diangkat sebelah.

Karmila mengetap gigi.

"Jawab soalan saya dulu."

"Oh, yang mana? Aku ada terlepas soalan ke?"

Riak wajah Khairil seakan terkejut. Terus sudu dimasukkan ke dalam mangkuk ais krim.

Lalu dia memandang Karmila.

"Boleh aku tahu, soalan apa yang aku terlepas tadi?"

PRANG!

Mangkuk kaca yang masih ada sisa ais krim itu, pecah berderai di atas lantai kerana Karmila.

Nafasnya turun naik. Agak tercabar dengan Khairil.

Dia tahu, Khairil sengaja pura-pura tidak tahu tentang apa yang dia ingin tahu!

"Apa masalah kau, Karmila?"

Soal Khairil sebelum dia mula bangun.  Sisa mangkuk yang sudah pecah itu direnung dengan riak biasa. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Kemudian wajah Karmila dicari.

Satu senyuman diberikan kepada Karmila.

Sinis.

"Perempuan memang macam ni ke? Mengamuk, mangkuk jadi mangsa? Dah rasa hebat lah?"

Soalan sarkastik yang keluar dari bibir Khairil membuatkan Karmila tersentak.

Dia kemudian turun dari katil. Wajah Khairil direnung tajam. Terketar-ketar bibirnya kerana terlalu marah.

Sebenarnya, dia terlalu sebak.

Tangisannya mahu pecah.

Tapi, dia tidak boleh mengalah terlalu awal.

Dia tidak boleh terus menangis dan terus menjadi wanita lemah di depan Khairil.

"Jangan cabar saya, Khairil!"

Jari Karmila naik, menuding tepat ke muka Khairil yang berdiri tidak jauh darinya.

Khairil tergelak.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now