26 | Bukti

1.8K 203 109
                                    

Dear My Karmila 2 : Bukti

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

KARMILA terdiam. Sinetron? Apa maksud Dion?

"Hmm hmphh?"

Karmila gagal bertutur dengan baik kerana mulutnya masih ditekup oleh Dion. Dia sendiri pun tidak faham dengan soalannya tadi. Mendengar soalan yang tak berapa cukup sifat dari Karmila itu, Dion berbisik lagi.

"Kau nak keluar dari sini, kan? Aku tengah cuba nak bawa kau berambus dari sinilah dengan Irham. Sekarang ni, aku nak kau acah-acah yang aku sentuh kau malam tadi. Faham?"

Karmila terdiam. Kalau nak keluar dari sini, kena buat semua ini ke? Apa kaitan sinetron dengan rancangan mereka sekarang? Siapa sebenarnya Dion dan Irham ini? Karmila tersentak apabila mulutnya yang ditekup itu ditolak lembut oleh Dion.

"Kau faham ke tak ni?"

Karmila menggangguk cepat. Jawapan Karmila membuatkan lelaki itu sedikit lega.

"Jangan menjerit. Faham?"

Karmila mengangguk lagi. Perlahan-lahan tekupan di mulut Karmila dilepaskan. Mengigil tubuhnya kerana terlalu dekat dengan Dion. Siapa je tak takut duduk dekat dengan lelaki yang hanya berlilit tuala saja di pinggang?

Karmila tersentak kerana Dion tiba-tiba saja menyentuh lehernya. Kenapa pula sentuh-sentuh leher orang ni? Bingung Karmila memandang Dion. Kemudian telinga Dion pula didekati oleh Karmila.

"Kenapa dengan leher saya?"

Soalan Karmila membuatkan Dion mengangkat wajahnya, menatap Karmila. Kemudian lelaki itu kembali jatuh pada lehernya semula.

"Aku nak buat tanda dekat leher kau ni. Bagi ada merah-merah sikit."

Namun, Dion mengangkat semula wajahnya. Terkejut bukan kepalang lelaki itu memandang Karmila. Sedang Karmila pula, melihat Dion dengan pandangan cukup aneh. Kenapa pula dengan lelaki ini?

"Kena-"

"Diam. Jangan cakap. Bibir kau berdarah ni."

Serentak itu juga bibirnya terasa disentuh dengan hujung jari Dion. Penuh hati-hati lelaki itu menyapu sisa darah di bibirnya. Tindakan lelaki itu membuatkan Karmila terkejut. Sebenarnya, dia tidak rasa pula sakit di bibirnya.

"Maafkan aku. Aku lupa, bibir kau bengkak teruk."

Karmila terdiam. Matanya jatuh pada jari Dion yang bermain di bibirnya.

"Mesti sakit kan?"

Suara Dion kedengaran lagi di gegendang telinganya.

"Rasa sakit dah kurang sikit sebab semalam Irham sapu ubat."

"Oh? Baguslah."

Karmila mati kata. Betul kata Irham, Dion ni memang nampak sangat kurang berminat dengan perempuan. Tak akan dia gay pula? Patutlah Irham tak risau lelaki itu tidur di dalam bilik ini dengannya. Nasib baik Irham menolak tawaran untuk tidur di sini malam tadi. Kalau tidak, Karmila sendiri tak tahu apa akan jadi padanya nanti.

Bunyi ketukan pintu menyentakkan Karmila dan Dion. Mereka berpandangan agak lama. Namun ianya tak lama kerana Karmila dikejutkan dengan hal lain. Sekelip mata tubuh kecilnya ditolak lembut Dion. Karmila dibaringkan. Bulat matanya melihat Dion.

"Kena-"

"Kau pura-pura tidur boleh? Tapi..."

Dion berbisik kecil sambil tubuh Karmila ditarik menghadap ke arah pintu. Kemudian tapak tangan Dion jatuh pada matanya. Karmila memejamkan mata, faham maksud Dion. Kedengaran lagi suara Dion berbisik.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now