10 | Ros Hitam

2.1K 212 72
                                    


Dear My Karmila 2 : Ros Hitam

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

KARMILA terbaring lemah di atas katil. Dari pagi lagi dia terperuk di dalam biliknya sendiri. Bubur yang terletak di atas meja langsung tidak terusik. Hanya segelas susu segar sahaja habis diminum olehnya. Karmila menyentuh dahinya sendiri. Suhu badannya masih panas. Karmila kemudian mengeluh lemah. Sudah seminggu dia menghabiskan masa duduk di dalam bilik sahaja. Dan, sudah seminggu juga dia demam.

Tingkap bilik dipandang sekilas sebelum kepalanya jatuh ke lantai bilik. Karmila menarik senyum kelat. Kini, dia jauh lebih tenang. Malah jika nama Sebastian meniti di mana-mana pun, dia tak akan menangis seperti dulu lagi. Kerana lelaki itu sudah tidak menganggu dirinya lagi. Sebenarnya, Sebastian masih mencari dirinya sejak peristiwa di pantai itu berlalu. Karmila banyak kali juga cuba mengelak dari berjumpa dengan lelaki itu lagi. Namun selepas tiga hari berlalu, Sebastian senyap tanpa khabar berita. Walaupun sedikit hairan, Karmila tetap merasa bersyukur. Sekurang-kurangnya, dia tidak perlu bertemu dengan lelaki itu lagi.

Karmila mengusap perutnya. Senyum kecil terbit di bibir kecilnya. Dia sebenarnya tidak sabar mahu melihat anak kecil itu. Dia tidak sabar mahu memeluk tubuh comel itu nanti. Tercuit juga dia untuk tahu bagaimana rupa anaknya nanti. Adakah wajah anak kecil itu sepertinya? Atau, seperti ayahnya? Senyuman Karmila mati. Dia tersentak kecil. Dia mulai menyedari sesuatu. Bagaimana agaknya keadaan anaknya nanti tanpa Khairul di sisi? Bagaimana agaknya reaksi si anak jika dia tahu siapa ayahnya ketika dia sudah besar nanti? Air mata Karmila mulai bergenang. Dan, adakah anaknya diterima semua orang? Mahukah mereka berkawan dengan anaknya nanti?

"Kau tu anak pembunuh!"

"Ayah kau tu pembunuh tahu tak! Orang jahat mana boleh kawan dengan orang baik!"

"Kenapa tak mati dari dulu je?"

Karmila menggeleng kepala melihat bayangan yang berada di depan mata. Setitik air matanya gugur ke bawah. Matanya masih bulat merenung bayangan demi bayangan yang hadir di depan mata. Kelihatan tiga orang anak kecil sedang mengejek dan memarahi anaknya. Malah dia dapat melihat dengan jelas sekali, anaknya sedang dibuli oleh mereka. Suara tangisan kecil milik anaknya kedengaran kuat di telinga.

"Tidak..."

Karmila memejamkan mata. Kedua telinga ditutup dengan tapak tangannya. Dia menggelengkan kepala tanpa henti. Karmila cuba mengusir bayangan itu pergi. Dia tahu, dia sedang berhalusinasi sekarang. Dan, dia perlu hentikan semua itu sendiri. Saat itu juga, terngiang-ngiang pesanan Khairil untuknya.

"Pejam mata, mimpikan Khairul bersama anak kau."

Karmila kembali membuka kelopak matanya. Lalu dia memalingkan tubuhnya ke belakang. Segaris senyuman terukir saat matanya jatuh pada kemeja hitam milik Khairul yang terletak di sebelahnya. Serentak itu juga, bayangan Khairul menerpa di minda. Kelihatan Khairul sedang memandang ke arahnya bersama senyum. Dengan penuh perasaan, lengan kemeja hitam itu dipeluk erat. Perlahan-lahan dia memejamkan mata.

* * *

"ADA apa-apa perkembangan?" soalnya sebaik saja bertemu dua mata dengan lelaki itu. Gelengan kecil daripada lelaki itu membuatkan Zara semakin merasa serabut. Muka diraup kasar.

"Tak apa. Nanti kalau kau dapat apa-apa maklumat, maklum pada aku segera." Zara terus melangkah masuk ke dalam pejabat selepas menerima satu anggukkan daripada lelaki itu. Dalam melangkah, Zara sempat mengeluh kecil.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now