25 | Lelaki Misteri

1.9K 220 150
                                    


Dear My Karmila 2 : Lelaki Misteri

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

KARMILA baru saja selesai mandi dan menukar baju. Cermin besar di dalam bilik itu ditilik lama. Jemarinya jatuh pada wajah sendiri. Wajahnya kini tak ubah seperti hantu. Penuh luka. Penuh bengkak.

"Tak sabar nak keluar dari tempat ni..."

Cermin ditinggalkan dan Karmila mula menaiki katil. Baru saja dia mahu baring dan berehat, pintu bilik itu terbuka. Dan jelas sekali Karmila tersentak hebat. Kerana lelaki itu bukan Irham yang dia harapkan. Dia...

"Dion?"

Karmila semakin tersentak apabila lelaki itu mula mengunci pintu sebelum melempar sesuatu pada Karmila. Mata Karmila terbuntang luas. Diperhatikan pakaian yang diberikan oleh lelaki itu.

"Ke—napa saya ke—na pakai ba—baju ni?"

Soalan Karmila tidak dijawab oleh Dion. Lelaki tampak tidak berminat mahu berbual dengannya. Malah lelaki itu sibuk dengan kamera di tangannya. Itu bukan kamera... Takka ke? Apa dia mahu buat dengan kamera itu? Karmila mula merasa takut. Dengupan jantungnya seakan mahu pecah. Perlahan-lahan Karmila menarik selimut dan membaluti seluruh tubuhnya. Sebagai langkah berjaga-jaga jika Dion mahu lakukan sesuatu yang tidak baik padanya. Saat itu juga Karmila mahu menangis. Mana Irham? Mana lelaki itu?

"Yang kau gelabah macam aku nak rogol kau ni, dah kenapa?"

Karmila jelas terkejut apabila suara lelaki itu mula menerjah. Cepat-cepat matanya jatuh pada Dion yang berkerut-kerut melihatnya. Tiba-tiba rasa takut Karmila hilang saat matanya bertembung dengan sepasang mata milik lelaki itu. Tak tahu mahu gambarkan macam mana. Tapi saat lelaki itu direnung, Karmila dapat merasakan lelaki ini baik. Walaupun Dion terlihat sangat menakutkan dengan tatu-tatu di badannya, Karmila tetap merasa selamat melihat lelaki itu ada di dalam biliknya. Sama seperti melihat Irham ada di sampingnya sebentar tadi. Siapa mereka ini?

"Kau bisu ke? Buang masa aku je tanya."

Karmila kembali tersentak apabila Dion kembali bertanya padanya. Cepat-cepat Karmila menggeleng. Liur ditelan. Dion pula, hanya diam melihat reaksi Karmila. Kemudian lelaki itu mula melangkah ke satu sofa di dalam bilik ini. Saat itu juga kedengaran kamera dihempas kuat ke atas lantai. Sekelip mata kamera itu pecah berderai. Hancur sehancurnya. Terhinjut bahu Karmila kerana terkejut. Bulat matanya melihat kamera yang sudah hancur sepenuhnya. Lalu matanya naik merenung Dion yang sedang membelek-belek kamera itu dengan hujung kasutnya. Kamera yang sudah hancur itu dipijak-pijak pula oleh Dion.

"Kenapa awak hancurkan kamera tu?"

Lelaki itu berpaling ke Karmila.

"Kenapa kau tak tidur lagi ni? Tu, selesa tak baju yang kau pakai tu?"

Automatik mata Karmila jatuh pada baju yang dimaksudkan oleh Dion. Sebenarnya, dia memang tak selesa pakai baju yang Irham bagi tadi. Perutnya terasa sedikit sempit. Tapi, pilihan apa yang dia ada. Sekurang-kurangnya Irham baik hati padanya. Malah lelaki itu sanggup keluar semata-mata mahu carikan makanan yang dia inginkan. Kemudian mata Karmila jatuh pula pada pakaian yang dilempar oleh Dion tadi. Baju siapa ini? Tak ubah macam pakaian pelacur pula.

"Saya okey..."

"Aku tanya ni, jawablah elok-elok. Kau fikir, aku tak perasan kau macam tak cukup nafas pakai baju tu?"

Karmila terdiam. Perlahan-lahan dia mengangguk. Setuju dengan apa yang Dion katakan tadi.

"Irham pun satu, bodoh tu simpanlah sikit. Tahulah tak pernah kahwin lagi."

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now