16 | Suri & Raja

1.9K 215 84
                                    


Dear My Karmila 2 : Suri & Raja

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

FIKIRANNYA kosong setiap hari. Karmila termenung sambil mengusap manja perutnya. Sejak dia tersedar dari pengsan, dia tidak tahu sudah berapa lama sebenarnya dia berada di sini. Matanya jatuh pada kawasan sekeliling. Ruangan bilik ini terlalu gelap dan sunyi. Tiada bunyi. Tiada suara manusia bergema. Tiada cahaya. Di manakah dia sebenarnya? Tempat apakah ini? Kenapa bilik ini terlalu menakutkan? Malah, setiap kali dia bangun dari tidur, dia pasti akan meraba-raba sekeliling bilik itu. Dia cuba mencari tombol pintu. Dia cuba mencari tingkap. Dia cuba mencari pintu. Namun semuanya tiada. Seolah-olah dia berada di satu tempat yang sangat pelik dan sangat menakutkan.

Bermimpikah dia?

Bermimpikah aku?

Tapi, tak mungkin ini mimpi. Kerana yang dia tahu, setiap kali dia tersedar dari tidur, pasti dia disapa dengan bau makanan yang terletak tidak jauh dari tempatnya berbaring tanpa sebarang alas. Ada makanan ditinggalkan untuknya. Dan, dengan makanan itu juga Karmila dapat meneruskan hidup meskipun ia hanya dua keping roti kosong bersama sebotol air mineral. Jika dia terlalu lapar, apa yang mampu dia lakukan hanya menangis dan merayu-rayu sambil meraba-raba dinding agar dia diberikan makanan. Apabila rayuannya dan tangisannya tidak dihiraukan, Karmila memaksa dirinya untuk tidur. Hanya dengan tidur saja dia dapat menahan rasa lapar.

Selalu juga dia mengigil kesejukan kerana tidurnya tidak di alas dengan apa-apa. Dia hanya diberi tidur beralaskan lantai sejuk semata-mata. Malah, sudah lama juga tubuhnya tidak disapa dengan air mandian dan pakaian bersih. Dia tidak ubah seperti pengemis. Tetapi bezanya dengan pengemis adalah, sekurang-kurangnya pengemis bebas ke mana-mana. Tidak seperti dirinya, terkurung di sini. Adakah dia pengemis istimewa sehingga dikurung di sini? Adakah dia pengemis yang tidak layak hidup bahagia sehingga diperlakukan seperti ini?

Dia sebenarnya sangat kecewa kerana hingga ke hari ini, tiada siapa yang datang menyelamatkan dirinya yang sedang terkurung seorang diri di tempat menakutkan ini. Dia sebenarnya sangat terkilan. Kehilangan dirinya seakan tiada siapa yang peduli. Mana Zara? Mana anggota polis? Kenapa sampai sekarang Zara tak muncul? Dan, mana Khairil? Mana lelaki itu sekarang? Bukan ke Khairil selalu muncul pada waktu yang sukar dijangka? Mana dia? Kenapa tidak muncul-muncul seperti selalu? Karmila sering tertanya-tanya akan hal itu. Kadang-kadang dia menangis juga.

Karmila buntu. Dia jelas buntu. Dia sudah tidak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk keluar dari tempat ini. Hanya ada satu cara untuk dia keluar dari semua ini. Bunuh diri. Ya, dia harus membunuh diri untuk lepas dari semuanya. Tetapi, dia tak akan sanggup lakukan hal terkutuk itu. Dia tidak sanggup.

Kerana jika dia bertindak untuk bunuh diri, dia akan membunuh satu nyawa lagi. Anak di dalam kandungannya akan turut sama terkorban jika dia memilih tindakan bodoh itu. Karmila cepat-cepat menggeleng apabila terbayang dia cuba membunuh diri sendiri di dalam bilik itu. Dia nekad. Walau apa sekalipun akan berlaku selepas ini, dia harus kuat dan berani.

"Anak mama mesti lapar, kan?"

Karmila mulai mengusap manja perutnya yang sudah berbunyi itu. Dia kemudian memejamkan mata bersama keluhan kecil. Cuba memikirkan cara untuk mendapatkan makanan. Awal pagi tadi saja dia diberi makan dua keping roti dengan sebotol air mineral. Sekarang sudah petang. Sudah semestinya dia sangat lapar. Kelopak mata dibuka semula dan matanya jatuh pada perut. Satu senyuman kelat ditarik perlahan.

"Sabar ya, sayang. Mama cuba minta makanan."

Perlahan-lahan Karmila bangun dan dia mula meraba-raba dinding. Dengan mata buta buat masa sekarang membuatkan pergerakan Karmila amatlah terhad. Langkah diatur perlahan ke depan dan ke belakang. Setelah penat berjalan dalam keadaan cukup gelap ini, Karmila cuba membuka suaranya. Dinding bilik itu cuba ditampar-tampar dengan tapak tangannya yang kotor itu.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now