19 | Hai

1.8K 206 150
                                    


Dear My Karmila 2 : Hai

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

ZARA meramas kasar rambutnya. Dia jelas tertekan. Lelaki di atas katil itu direnung sekilas sebelum Zara memejamkan matanya. Mahu saja dia menangis. Tak mungkin. Kenapa banyak sekali ujian yang dia perlu terima untuk selamatkan Karmila? Bagaimana dia mahu tahu di mana Karmila jika lelaki ini hilang ingatan?

"Tak mungkin..."

"Apa yang tak mungkin?"

Lelaki itu mencelah. Kelopak mata Zara terbuka semula dan dia berpaling ke wajah lelaki itu. Jelas sekali, lelaki itu masih lagi tampak bingung. Malah wajahnya berkerut-kerut melihat Zara. Melihat wajah itu membuatkan Zara sedikit terdiam. Tiba-tiba dia punya idea. Cepat-cepat dia menyeluk tangan ke dalam kocek seluar dan telefon miliknya dikeluarkan. Lelaki itu didekati. Kemudian, Zara cuba mencari gambar Karmila di dalam telefon miliknya.

"Ini..."

Terketar-ketar jemari Zara menunjukkan gambar Karmila kepada lelaki itu. Dan lelaki itu pula, terdiam melihat gambar Karmila.

"Ini Karmila."

Wajah lelaki itu terus berubah mendadak saat matanya jatuh pada gambar Karmila. Zara tersentak apabila telefon miliknya terlepas dari genggaman kerana ditolak kasar. Mujur telefon itu jatuh di atas katil, bukan di atas lantai. Dan lelaki itu cepat-cepat menutup kedua-dua telinga. Dia menggeleng-geleng.

"Dia... dia selalu ganggu tidur aku!"

"Bertenang!"

Zara terjatuh dari katil apabila tubuhnya pula ditolak oleh lelaki itu. Malah bantal dibaling ke arahnya. Sekelip mata, bilik itu huru-hara dengan jeritan lelaki itu. Zara cepat-cepat bangun saat matanya jatuh pada gelas kaca yang diambil oleh lelaki itu untuk dibaling ke arahnya.

"Bertenang, encik!"

Mujur gelas di tangan lelaki itu sempat disambar oleh seorang jururawat lelaki yang cepat bertindak. Pergerakan lelaki itu terkunci. Malah matanya merah merenung tajam Zara yang sudah mengigil tubuhnya. Kemudian masuk seorang doktor lelaki dengan membawa satu botol di tangannya.

"Lepaskan dia."

Serentak itu juga, pelukan pada lelaki itu dilepaskan oleh jururawat lelaki tadi. Lelaki itu dihampiri oleh doktor lelaki itu.

"Bertenang, encik. Saya ada di sini."

"Doktor, tolong aku... aku takut..."

Lelaki itu tidak lagi mengamuk seperti tadi. Malah dia memegang kejap lengan doktor lelaki itu. Kemudian dia menuding ke arah Zara yang masih belum keluar dari bilik itu.

"Dia orang jahat, doktor..."

Doktor itu hanya mengangguk mendengar penjelasan lelaki itu tentang Zara. Malah Zara hanya diam membisu, tidak menjawab apa-apa. Dia kasihan pada lelaki itu.

"Nanti saya bagi dia dekat polis, okey? Sekarang, kamu tidur ya?"

Lelaki itu menggeleng tak mahu.

"Nanti dia datang lagi, doktor..."

Maksudnya, Karmila.

"Tak. Dia tak datang ganggu kamu lagi. Sebab saya nak bagi ubat dekat kamu ni."

Penutup botol dibuka dan diberi minum kepada lelaki itu. Dan lelaki itu pula, hanya menurut. Sekelip mata, isi air di dalam botol itu habis diminum.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now