36 | Bayangan Rindu

2.8K 254 703
                                    

Dear My Karmila 2 : Bayangan Rindu

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

PAGI itu, Karmila membiarkan saja Dion menyuap dia makan. Dibuka mulutnya setiap kali Dion menyuap makanan. Karmila termenung, lantas dia melihat bayangan Khairul merenungnya bersama senyuman manis di bibir. Karmila menahan sebak di dadanya. Indahnya jika lelaki itu masih hidup. Andai saja Khairul masih ada di sisinya, pasti tiada siapa tergamak melakukan semua ini terhadapnya. Dan dia ternyata jauh lebih bahagia dari hari ini.

Dia benar-benar rindukan lelaki itu.

"Hei, kenapa menangis ni?"

Dion jelas tersentak melihat Karmila tiba-tiba saja menangis kecil. Terhinjut-hinjut bahu wanita itu menahan tangis sendiri.

"Saya rindukan Khairul..."

Dion terdiam mendengarnya. Lalu dibiarkan Karmila meneruskan ayatnya lagi. Mungkin wanita itu perlukan seseorang untuk mendengar luahan hatinya.

"Saya tahu, orang lain mesti akan kata yang saya ni masih tak redha dengan pemergian suami saya, Dion. Tapi..."

Tersekat-sekat nafas Karmila kerana menangis.

"Perempuan mana je kuat teruskan hidup macam ni, Dion? Suami saya pembunuh, Dion. Sampai bila-bila dia dianggap pembunuh..."

Tertunduk Dion mendengarnya. Dia benar-benar terluka melihat Karmila menangis seteruk ini. Nampaknya wanita itu sangat merindui suaminya.

"Siapa je kuat teruskan dengan bayi ni, Dion? Khairul tinggalkan saya dalam keadaan saya sedang mengandung..."

Karmila menggelengkan kepalanya.

"Sejak dia tak ada, semua perkara saya kena buat seorang diri. Saya tak ada suami yang boleh penuhi permintaan saya untuk makan macam-macam. Saya tak ada suami yang boleh teman saya pergi ke hospital. Saya tak ada suami yang..."

Nafasnya tersekat-sekat lagi.

"Saya tak ada suami yang sanggup berjaga malam untuk jaga anak bila saya tak cukup tidur nanti..."

Karmila bertindak memukul kepalanya.

"Hei, Karmila. Janganlah macam ni."

"Bagi tahu saya, Dion. Macam mana saya nak yakinkan anak saya nanti yang ayah dia bukan seorang pembunuh?"

Dion terdiam. Dia sangat terpukul dengan soalan dari Karmila.

"Lepas Khairul pergi, saya fikir Khairil itu adalah pengganti terbaik Khairul. Tapi ternyata saya seribu kali silap, Dion. Kerana dia adalah punca hidup saya musnah selepas Sebastian..."

Karmila tersentak apabila wajahnya mulai disentuh oleh Dion. Dibiarkan lelaki itu menyeka air matanya yang berguguran itu.

"Saya hampir diculik oleh Sebastian, Dion. Tapi, saya diculik pula oleh lelaki yang saya fikir sangat-sangat gila. Tapi kenapa bila saya mula belajar menerima dia dalam hidup saya, dia malah pergi tinggalkan saya?"

"Karmila..."

"Dan apa yang paling saya tak akan lupakan, Khairil mandikan saya dengan minyak petrol. Dia hampir mahu membakar saya dan anak saya hidup-hidup, Dion..."

Tubuh Karmila mula mengigil saat dia mula teringatkan memori itu.

"Lepas saya jumpa awak dan Irham, saya fikir saya mungkin boleh mengecap bahagia. Tapi saya salah lagi, Dion. Irham tak mahukan saya..."

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now