38 | Erti Sebuah Bahagia

3.2K 213 388
                                    

Dear My Karmila 2 : Erti Sebuah Bahagia

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

PEGANGAN tangannya terlepas dari Khairul apabila terasa tubuhnya ditolak lembut ke satu arah. Bersama rasa sebak yang ditahan lama itu, Karmila perlahan-lahan mendekati lelaki yang sedari tadi sibuk berlatih untuk konsert kecil pada festival ini. CD besar di tangannya dilihat diputar unik mengikut pergerakan tangannya. Di lehernya tergantung headphone miliknya, dan menyerlahkan imejnya sebagai seorang DJ yang kini telah berjaya mencipta nama di bumi Indonesia ini.

"Assalamualaikum, Irham."

Lelaki yang membelakangi dirinya itu tiba-tiba berhenti memutar CD miliknya. Agak lama lelaki itu terdiam. Lantas membuatkan Karmila semakin terpukul mendengar luahan kecil lelaki itu.

"Ternyata emang susah sekali ya mau lupain kamu, Nur. Sampai bermimpi kamu memanggil aku. Kok bego banget sih aku ni. Mikirin isteri orang segala."

Luah Irham bersama tawa sedihnya. Karmila pula sudah menggelengkan kepalanya.

"Nuran..."

Sekali lagi lelaki itu terdiam agak lama. Dan pandangan mereka bertemu apabila Irham mulai berpaling ke belakang. Menatap wajahnya.

"Hei, Karmila? Apa kau buat dekat sini?"

Terkejut bukan kepalang lelaki itu melihat Karmila ada di depan matanya. Cepat-cepat dia mendekati Karmila dan menarik Karmila keluar dari tempat ini.

"Kau datang dengan siapa ni? Khairul tahu tak? Karmila, boleh tak kau jangan-"

"Khai yang bawa saya jumpa awak dekat sini. Dia bawa saya datang Indonesia untuk jumpa awak, Nuran."

Irham terdiam agak lama. Agak terkesan mendengar panggilan itu. Semakin terkesan melihat Karmila kini menyarung jaket hitam yang pernah dia berikan suatu ketika dahulu, ketika mereka saling mengenal dalam usia yang masih muda. Nur dan Nuran.

"Nuran..."

Pandangan mereka bertembung. Dilihat Karmila sudah menarik nafas beratnya.

"Saya tak tahu pun yang awak adalah Nuran, Irham."

Kata-kata Karmila membuatkan lelaki itu terdiam lagi. Dapat dilihat Irham cuba menahan sebak di dadanya.

"Aku juga tak tahu yang kau adalah Nur, Karmila."

"We don't talk anymore."

Ucap mereka serentak.

* * *

SAMPAI saja di kem itu, Karmila asyik mendiamkan diri. Meliar matanya, memandang pelajar-pelajar sekolah menengah dari Indonesia itu. Walaupun jumlah mereka sama saja dengan jumlah pelajar sekolah Karmila, tapi dia tetap merasa janggal. Mungkin kerana sekarang dia berada di negara Indonesia ini. Program pertukaran pelajar dalam kem ini sebenarnya menarik kerana dia akan mengetahui bagaimana corak persekolahan di Indonesia, dan apa bezanya dengan sekolahnya di Malaysia.

Kini Karmila masih menunggu namanya dipanggil untuk duduk di meja yang disediakan khas untuk dia dan seorang lagi pelajar dari Indonesia ini. Sepanjang kem ini berlangsung, pelajar dari Malaysia perlu berkumpulan dengan pelajar dari Indonesia. Tujuannya untuk tidak membuatkan pelajar dari dua negara ini merasa janggal dan mahu mereka kenal rapat antara satu sama lain.

Cepat-cepat Karmila melarikan matanya dari terus merenung seorang lelaki yang sedari tadi asyik menarik perhatiannya untuk terus merenung. Menarik bukan kerana lelaki itu terlihat tampan orangnya. Tetapi Karmila takut melihat raut wajahnya yang cekung itu. Seperti tidak cukup makan saja orangnya. Malah lelaki itu langsung tidak terkesan dengan jelingan para pelajar dari Indonesia itu. Terkejut bukan kepalang Karmila apabila lelaki itu tiba-tiba saja melihatnya ketika dia seronok sekali menilik seluruh wajah lelaki itu.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now