2 | Mimpi

2.8K 292 65
                                    

Dear My Karmila 2  : Mimpi

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

KARMILA terjaga dari tidur lenanya. Punca dia terjaga juga kerana dia terdengar beberapa ketukan pintu di luar. Siapa yang datang? Dan, mana Khairil?

Karmila perlahan-lahan turun dari katil. Matanya kemudian jatuh pada perutnya. Sesekali, perutnya diusap penuh kasih.

Sudah masuk lima bulan.

Terukir senyum tawar di bibir Karmila. Dia terlalu rindukan Khairul. Karmila mulai sebak. Air matanya yang mula mengalir perlahan di pipi itu segera diseka. Entah bila air mata itu gugur, dia sendiri tidak tahu.

Pintu bilik dibuka dan dia mula melangkah keluar. Seketika matanya dilarikan ke ruang tamu.

Kosong.

Anak matanya dilarikan ke arah dapur pula.

Kosong.

Di mana Khairil?

Ketukan pintu yang semakin kuat itu sedikit membuatkan Karmila tersentak. Dia mula tidak sedap hati. Teragak-agak dia mahu membuka pintu.

"Karmila. Aku ni, Ezra."

Suara milik Ezra di sebalik pintu semakin membuatkan Karmila tersentak. Karmila berpusing ke belakang. Khairil! Ezra tidak boleh tahu lagi tentang Khairil!

Karmila menyusun langkah ke bilik. Dibuka setiap pintu bilik, cuba mencari kelibat Khairil di dalam setiap bilik yang terdapat di dalam rumah ini.

Pintu bilik pertama dibuka, tiada sesiapa di dalam. Karmila masih belum mengalah. Pintu bilik kedua dibuka hingga ke pintu bilik yang terakhir. Semuanya masih sama, tiada sesiapa di dalam. Karmila semakin gelisah kerana sehingga kini, kelibat Khairil dia langsung tidak nampak.

Di manakah lelaki itu?

Adakah dia bermimpi sebenarnya?

Tak.

Tak mungkin.

Semuanya jelas. Dia pasti Khairil itu wujud!

"Karmila?"

Karmila terkejut kecil mendengar suara Ezra di luar rumah. Karmila kembali ke ruang tamu. Sambil memikirkan sesuatu, mata Karmila jatuh pada hujung sofa rumahnya. Dia baru sedar akan satu hal.

Di manakah ros merah yang baru sahaja diberikan oleh Khairil kepadanya? Bukankah baru saja tadi dia letakkan ros merah itu di situ? Karmila mengerutkan dahi.

Karmila mula mencari ros merah itu di sekitar ruang tamu. Tiada. Bau ros merah juga tiada. Gilakah dia?

Karmila mengurut perlahan kepalanya. Jelas dia pening memikirkan semua hal itu. Benarkah apa yang berlaku padanya pagi tadi?

Bukankah pagi tadi Khairil ada datang berjumpa dengannya?

Bukankah pagi tadi dia menerima sejambak ros merah dari Khairil?

Bukankah pagi tadi Khairil...

Tiba-tiba saja dia teringatkan mesej yang diterima pagi tadi.

Selamat datang ke neraka.

Karmila semakin pening. Lalu dia menghampiri pintu utama. Kemudian tombol dipulas. Ezra yang sedang tersenyum itu, hanya dipandang kosong. Karmila mula merasakan kakinya semakin lemah.

Senyuman Ezra segera mati. Tubuh Karmila yang lemah itu dipeluk erat. Ezra semakin berkerut melihat keadaan Karmila yang tidak terurus.

"Karmila? Kau okey?"

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now