Dear My Karmila 2 : Petang Yang Gelap
"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."
◾◾◾◾◾
DAH macam samseng jalanan cara Irham memandu kereta. Habis dipecut setiap kereta yang ada di depannya. Karmila pula sudah bertambah gila melihat Irham saat ini. Lagi bertambah gila apabila terfikirkan tentang Dion. Ya Allah, janganlah berlaku apa-apa pada lelaki itu. Dia takut. Sungguh dia sangat-sangat takut.
Dilihat Irham sedari tadi asyik meramas kasar rambutnya. Jika lelaki itu sendiri risau memikirkan Dion, dia juga sama. Karmila tersentak apabila matanya menangkap kereta putih milik Dion. Mahu saja dia menjerit kerana akhirnya berjaya menjumpai Dion.
"Itu dia!"
"Iya, Karmila."
"Cepat kejar dia!"
"Kita kan ada dekat belakang kereta dia sekarang."
"Diamlah!"
Karmila menjeling Irham di sebelahnya. Lelaki itu juga sama menjeling Karmila. Jika Irham sebal dengan kelam-kabut Karmila, Karmila pula sebal dengan perangai Irham yang suka sekali cari gaduh dengannya.
Karmila menjeling lagi Irham yang tiba-tiba saja berhenti di belakang putih milik Dion. Lalu matanya jatuh pada kereta lelaki itu. Sekarang baru dia sedar sesuatu. Dion tiada di dalam keretanya. Ke mana lelaki itu pergi? Karmila semakin diserang rasa yang tidak enak.
"Mana Dion, Irham?"
"Jom keluar, kita cari dia."
Karmila akur dan terus membuka pintu kereta. Dia melangkah keluar dan mengikuti Irham yang sudah berjalan ke depan. Meliar matanya mencari Dion di kawasan itu. Di mana agaknya Dion? Baru saja Karmila mahu bertanya sesuatu pada Irham, lelaki itu bertindak terlebih dahulu. Automatik jari Karmila melekap di bibirnya saat matanya jatuh pada jari di bibir Irham. Lelaki itu minta padanya supaya diam. Tanpa menyoal apa-apa, Karmila mendiamkan dirinya.
"Uyai sihat?"
Kedengaran suara Dion yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri kini. Karmila mencari punca suara itu dari mana. Lalu kepalanya terhenti pada taman bunga yang terletak di depan matanya. Di situ, terlihat Dion sedang berbual dengan seorang gadis bertudung yang duduk di atas kerusi roda. Cantiknya gadis itu. Patutlah Dion sanggup stalk setiap hari. Gadis itu ditemani seseorang. Mungkin temannya. Dion pula tidak duduk di bangku yang tersedia di situ, malah memilih untuk berdiri di depan gadis muda yang diberi nama Uyaina.
"Uyai ingat, abang tak akan datang."
"Abang pernah ke tipu Uyai? Tak pernah kan? Bila abang cakap yang abang akan datang, abang betul-betul akan datang."
"Kerja abang macam mana?"
"Tak apalah kena buang kerja pun. Banyak lagi kerja abang boleh cari. Uyai jauh lebih penting dari kerja abang."
"Betul ke yang Uyai ni jauh lebih penting dari kerja abang?"
Soalan dari Uyaina itu membuatkan Karmila tersentak cukup hebat. Ya Allah, Uyaina. Sedar tak apa yang kau cakap sekarang ni?
"Uyai tak percayakan abang?"
Dilihat Uyaina mula mengeluh berat mendengar soalan dari Dion. Lalu mata lelaki itu jatuh pada satu beg kertas di tangan Uyaina.
"Untuk abang."
"Apa ni, Uyai?"
Soal Dion, sedikit teruja. Tanpa menunggu masa, terus dibelek isi di dalamnya. Melihat kotak baldu di dalamnya, senyuman Dion mati serta-merta. Lalu pandangan lelaki itu tertunak pada Uyaina.
YOU ARE READING
Dear My Karmila 2 [C]
Mystery / ThrillerBuku Kedua Dear My Karmila. Sila baca DMK sebelum anda tertanya-tanya tentang jalan cerita ini :) • • Sebaik saja Khairul pergi, Karmila diganggu dengan kehadiran seorang lelaki yang dia sendiri tidak pasti siapa. Yang penting lelaki itu persis sepe...