24 | Rumah Api

1.9K 204 154
                                    

Dear My Karmila 2 : Rumah Api

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

KIM SI HUN dari tadi tidak senang duduk. Sejak Zara dan beberapa anggota lain pergi ke lapangan terbang, jantungnya tidak henti-henti berdetak cukup kuat. Denyutan itu semakin kuat saat nama Karmila bermain di dalam kepala. Stereng kereta tidak dilepaskan. Walaupun dia jelas merasa tertekan mencari Khairil, namun dia tidak boleh lalai dalam memandu. Jika dia sendiri cuai, pasti berlaku kemalangan disebabkan sikapnya itu.

Karmila, kau di mana sebenarnya?

Betul ke, kau ada di Melbourne sekarang?

Kenapa aku tak percaya yang kau ada di sana?

Soalan itu asyik bermain-main di dalam kepala. Malah Kim Si Hun semakin terdesak mahukan jawapan untuk semua ini. Apa yang berlaku sebenarnya pada Karmila? Kenapa dia semakin merasa pelik dengan Khairil? Malah sejak kehadiran Khairil di sini, Kim Si Hun tidak begitu percaya dengan kata-kata lelaki itu. Entah kenapa, dia dapat rasa yang lelaki itu seperti tidak boleh dipercayai. Benarkah Khairil itu ada niat yang tidak baik pada Karmila? Atau, Kim Si Hun terlebih berfikiran negatif?

Kim Si Hun tersentak apabila ada sebuah motorsikal kuasa tinggi melintasi keretanya. Mahu saja dia biarkan motor itu berlalu pergi, namun semuanya tidak menjadi kerana dia mulai sedar soal sesuatu saat melihat motorsikal tersebut. Serentak itu juga Kim Si Hun menekan kuat pedal minyak dan terus mengejar motorsikal itu. Mujur di belakang tiada kereta atau pun motorsikal lain, jadi mudah untuk dia lakukan sesuatu dengan motorsikal yang jaraknya tidak jauh dengannya itu.

Apabila keretanya semakin hampir dengan motorsikal itu, Kim Si Hun memecut laju lalu memotong motorsikal. Stereng kereta ditarik ke kanan sebelum dia berhenti mendadak. Kim Si Hun tidak peduli jika belakang keretanya remuk kerana dilanggar oleh motorsikal itu. Tanpa membuang masa, Kim Si Hun segera keluar dan mendekati motorsikal tersebut. Terus dicengkam baju penunggang motorsikal itu. Walaupun lelaki itu masih belum membuka helmet, Kim Si Hun tahu lelaki itu pasti terkejut melihat dia tiba-tiba saja datang menyerang. Saat lelaki itu berjaya membuang helmet di kepalanya, berdesing telinganya mendengar soalan dari Kim Si Hun.

"Mana Karmila, Khairil?"

"Kenapa kau tiba-tiba datang serang aku, Si Hun? Aku dah bagi tahu Zara, dia tak ada bagi tahu kau ke?"

Kim Si Hun menggeleng laju.

"Aku tahu, cuma aku tak percaya pada kau."

"Kenapa? Kau fikir aku ni lelaki jahat? Ke sebab kau yang jahat sebenarnya?"

Baru saja Khairil mahu ketawa, rahangnya terasa sakit kerana ditumbuk oleh Kim Si Hun. Terteleng kepalanya ke tepi. Perlahan-lahan Khairil turun dari motor. Bibirnya yang sudah berdarah itu disentuh lembut. Khairil memejamkan mata, menahan rasa sakit yang menyerang tiba-tiba. Kemudian wajah bengis Kim Si Hun dicari semula.

"Apa masalah kau ni, Si Hun?"

"Kau jangan nak main gila dengan aku, Khairil. Aku dapat rasa yang Karmila sebenarnya tak ada di Melbourne!"

"Kalau betul dia tak ada di Melbourne, teruskan cari dia! Kau fikir, dengan tumbuk atau belasah aku macam ni, kau akan jumpa Karmila?"

Khairil mengesat darah di bibir. Wajah Kim Si Hun dipandang tajam. Bengkak hatinya dengan lelaki tak guna ini. Kalau Kim Si Hun tahu, pasti rosak rancangannya untuk hancurkan Karmila. Kim Si Hun kelihatan sedang meraup mukanya dengan kasar.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now