13 | Pertemuan Serentak

2.1K 215 70
                                    


Dear My Karmila 2 : Pertemuan Serentak

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

KARMILA terdiam. Skrin telefon direnung lama. Sebelah tangan naik menyentuh dada sendiri. Perasaan takut dan kasihan mulai menghantui diri sendiri. Satu jari bergerak, menolak skrin telefon ke kanan. Tertera gambar yang sangat-sangat menakutkan. Kejamnya manusia hari ini. Nyawa diambil seolah ianya tiada harga. Memilih untuk membunuh seperti tiada jalan lain untuk selesaikan masalah. Gila.

Kemudian dia menolak lagi skrin ke kanan, mahu melihat gambar lain pula. Lalu, tertera pula gambar seorang gadis yang sangat manis senyumannya. Gambar yang diedit dengan beberapa stiker kartun-kartun comel itu sangat menyentuh hati Karmila. Kasihan gadis ini, nyawa diambil saat umurnya baru menginjak 17 tahun. Dibunuh pula atas sebab yang sangat-sangat gila.

Satu kes pembunuhan telah berlaku di Utica, New York pada 14 Julai lalu. Mangsa, seorang bintang media sosial dikenali sebagai Bianca Devins telah dibunuh oleh Brandon Andrew Clark, seorang lelaki yang sangat obses dengan gadis muda itu. Atau boleh dipanggil, stalker tegar Bianca Devins. Menurut kronologi kes ini, Bianca dan Brandon telah keluar bersama untuk menonton satu konsert di bandar. Difahamkan, Bianca dan lelaki yang berumur 21 tahun itu sudah lama berkawan, dan lelaki itu merupakan antara kawan Bianca yang paling dipercayai oleh keluarga Bianca sendiri.

Di konsert tersebut, Bianca telah mencium seorang lelaki, yang mana lelaki itu bukanlah Brandon. Disebabkan hal itu, Brandon sangat marah pada Bianca, sedangkan mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa selain kawan rapat. Brandon difahamkan sangat marah kerana cintanya pernah ditolak oleh gadis itu. Bianca, bintang Internet dengan 35,000 pengikut di dua laman Instagram, dipercayai bertengkar dengan Brandon selepas mereka pulang menyaksikan konsert sebelum Bianca dibunuh di rumah lelaki itu.

Apa yang mengerikan dan sangat-sangat menakutkan, lelaki itu telah memuat naik satu gambar di laman Instagram miliknya, yang mana gambar itu adalah gambar seorang wanita yang telah dikelar lehernya. Kapsyen yang tertulis "I am sorry, Bianca." sebelum dia cuba membunuh diri sendiri. Apa yang menyedihkan, mayat Bianca ditemui di luar keretanya pada pagi Ahad selepas orang ramai mula mengongsikan gambar dimuat naik Brandon itu di media sosial.

Pada mulanya, ramai tidak percaya bahawa gadis di dalam gambar tersebut adalah Bianca, kerana gadis di dalam gambar yang berlumuran darah itu tidak seperti Bianca yang mereka kenal. Tetapi, setelah diamati gambar tersebut, mereka jelas tersentak. Kerana gadis di dalam gambar mengerikan itu mengenakan solekan yang sama dengan Bianca ketika menghadiri konsert pada malam itu. Malah, pemilik aplikasi Instagram turut dikecam hebat kerana membiarkan gambar mayat Bianca Devins yang dimuat naik Brandon itu selama 12 jam sebelum memadamkannya. Gambar ngeri mayat Bianca itu dibiarkan lebih 12 jam di sebalik penapis imej sensitif di Instagram sehingga platform berkenaan bertindak membuangnya.

Malah, polis Utica memberitahu BuzzFeed News, Brandon terus memuat naik hantaran ke Instagram Stories ketika ditahan polis yang mengacukan senjata terhadapnya. Jurucakap Instagram memberitahu Mail Online: "Kami membuang imej itu malah selepas itu akaun berkenaan juga kerana melanggar polisi kami.

"Untuk mengelak bahan itu daripada tersebar, kami menggunakan teknologi yang membolehkan kami mencari cubaan lain untuk memuat naik imej terbabit secara proaktif dan terus membuangnya secara automatik sebelum dilihat sesiapa."

"Kami juga menyemak semula tanda pagar dan akaun yang mendakwa mengongsikan bahan berkenaan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya mengikut polisi kami."

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now