4 | Melawan

2.6K 268 68
                                    


Dear My Karmila 2 : Melawan

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

KARMILA termenung seorang diri. Kanvas kosong di depan mata hanya dipandang sepi. Berus yang sudah basah dengan pewarna berwarna hitam masih dalam genggaman tangan. Titisan cecair hitam itu dibiarkan mengotori lantai bilik lukisannya.

Deringan telefon bimbit langsung dia tidak ambil peduli, meskipun kini sudah masuk kali kesepuluh telefon itu berbunyi nyaring minta diangkat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Deringan telefon bimbit langsung dia tidak ambil peduli, meskipun kini sudah masuk kali kesepuluh telefon itu berbunyi nyaring minta diangkat. Karmila buat-buat tidak dengar.
Dia mahu bersendirian.

Kini, terlalu banyak perkara bermain di dalam fikiran.

Tentang Khairil.

Sudah sehari dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Puas dicari namun hasilnya tetap sama. Lelaki itu tetap tidak dijumpai.

Benarkah dia tidak bermimpi?

Atau kini, dia masih bermimpi?

Tapi, jika tidak.

Ke mana agaknya pergi lelaki itu?

Adakah lelaki itu hilang kerana dia sudah mungkir janji?

Karmila menyoal di dalam hati.

Sedang sibuk memikirkan hal itu, mata Karmila jatuh semula pada kanvas yang dari tadi tidak sabar mahu dirinya dilakar indah. Kemudian karmila merenung berus di tangan, juga lantai yang kini sudah kotor dengan cecair hitam pekat.

Tanpa menghiraukan keadaan lantai yang semakin kotor itu, Karmila mula mencelup berus yang hampir kering itu ke dalam bekas yang masih berisi cecair hitam. Selepas itu, berus itu disapu ke atas kanvas tersebut.
Sambil melakar sesuatu, Karmila tiba-tiba saja teringatkan kes kehilangan Encik Izz.

*************

"ZARA!"

Karmila terus mendekati Zara yang baru saja keluar dari bilik siasatan. Wajah sugul Zara ditatap sekilas. Lalu bahu Zara disentuh.

"Zara, macam mana? Encik Izz tak apa-apa kan?"

Dia tidak tahu apa-apa tentang keadaan Encik Izz. Kerana ketika polis sampai di tempat kejadian, Karmila terus dibawa pergi oleh beberapa anggota polis lain. Semua itu demi keselamatan dirinya, juga keselamatan kandungannya.

Dan, dia berharap yang Encik Izz selamat.

Zara menggeleng lemah.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now