14 | Selamat Datang

1.7K 196 35
                                    


Dear My Karmila 2 : Selamat Datang

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

SKRIN telefon masih menyala. Malah masih lagi tertera sebaris nama milik Zara. Kedengaran sayup-sayup suara Zara memanggil Karmila di talian. Sementara Karmila, sudah mengeras. Berdiri kaku di situ. Berair matanya merenung lelaki yang masih berdiri di depan mata. Terketar-ketar tangannya mengenggam pisau. Pergerakan Khairil diperhatikan tanpa langsung memandang ke arah lain. Lelaki itu pula merenung Karmila bersama kerutan di wajahnya. Karmila mengetap gigi.

Adakah Khairil pembunuh itu?

Adakah Sebastian dibunuh oleh Khairil?

Walaupun Karmila masih tidak dapat memaafkan Sebastian atas apa yang lelaki itu lakukan terhadapnya lima tahun lalu, itu bukan bermakna yang dia mahu lelaki itu mati. Sebastian punya hak untuk hidup. Dia tak rasa yang Sebastian mempunyai musuh dalam hidupnya. Lelaki itu malah dikenali dengan sikapnya yang sangat baik. Lalu, atas sebab apa Sebastian dibunuh?

"Karmila..." suara lelaki itu mula kedengaran.

"Jangan dekat!"

Cepat-cepat Karmila mengacah pisau miliknya ke depan. Habis mengigil tubuhnya kerana terlalu takut, pada masa yang sama; terkejut. Bagaimana jika lelaki yang berdiri di depan matanya ini adalah seorang pembunuh? Adakah dia juga akan dibunuh pada hari ini?

"Walau dekat mana sekalipun kau berada lepas ni, jangan mudah percaya pada orang yang kau baru kenal. Tolong jangan sesekali. Boleh?"

Terngiang-ngiang suara milik Kim Si Hun di gegendang telinganya. Ya, benar kata Kim Si Hun. Dia tidak boleh percaya pada orang yang dia tidak kenal siapa orangnya.

Dalam tidak sedar kerana asyik terfikirkan perkara yang satu itu, Karmila tersentak apabila Khairil sudah meluru ke arahnya. Karmila terus berundur ke belakang sambil pisau itu masih diacah ke depan. Apabila Khairil sudah semakin dekat dengan tubuhnya, Karmila terus menekan laju pisau miliknya ke depan, memaksa lelaki itu berhenti!

"Karmila..." Khairil semakin mendekat.

"Jangan dekat! Kalau tak, aku tikam kau!" Karmila jadi buntu. Langkah kakinya terhenti. Dia tidak dapat berundur lagi. Dia sudah sampai di hujung dapur, bukan di hujung pintu dapur. Jika tidak, sekurang-kurangnya dia dapat berlari keluar dan meminta bantuan di luar sana.

"Bagi aku pisau itu, Karmila."

Kini, jarak di antara Khairil dan mata pisau di dadanya itu hanya satu inci sahaja. Khairil kelihatan langsung tidak takut melihat mata pisau itu, malah mata lelaki itu masih melekat pada Karmila.

"Si... apa... kau?"

"Kenapa kau tiba-tiba jadi macam ni? Apa yang dah berlaku?" Khairil masih dengan kerutan di wajahnya. Aneh sekali melihat sikap wanita itu saat ini.

Karmila menggeleng.

"Ke... kenapa tanya soalan yang kau dah tahu jawapan di... dia?"

Khairil semakin berkerut. Kemudian matanya jatuh pada pisau yang digenggam oleh Karmila dalam keadaan terketar-ketar.

"Apa maksud kau, Karmila? Sekarang bagi aku..."

Cepat-cepat Karmila melangkah setapak ke depan apabila lelaki itu cuba merampas pisau di tangannya. Pisau ditekan-tekan ke arah Khairil. Selaju itu juga Khairil berundur ke belakang semula, cuba mengelak mata pisau itu dari tertusuk di dadanya.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now