Dear My Karmila 2 : Dia Saifuddin"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."
◾◾◾◾◾
SEPERTI dijanjikan oleh Irham, sebaik saja mereka solat Isyak berjemaah, Karmila dibawa ke balkoni luar oleh Irham. Dion pula, seperti biasa. Tidur di dalam biliknya. Karmila semakin diserang sebak melihat Dion kembali menangis teresak-esak apabila mereka selesai solat Isyak. Mahu saja dia bertanya kenapa, tapi Irham ternyata cepat menghalang. Mungkin emosi Dion semakin terganggu jika dia bertindak masuk campur. Terlalu banyak perkara bermain di fikiran Karmila tika ini. Adakah Dion menangis begitu teruk sekali kerana Uyaina? Atau sebab apa? Atau sebenarnya... Uyaina sudah tiada?
Sampai saja dia di balkoni, Karmila tersentak apabila Irham yang sedari tadi berdiri di depannya tiba-tiba mendekati tubuhnya. Lalu matanya jatuh pada tangan Irham. Ada penutup mata dan kaca mata hitam. Fahamlah dia sekarang. Mungkin Irham tidak selesa bercerita tentang Dion di rumah ini. Karmila mulai merasa gementar. Dia tidak pernah dibawa keluar ke mana-mana oleh lelaki itu.
Berdua pula tu dengan Irham. Mungkin Irham tak merasa sepertinya kerana lelaki itu punya kekasih. Tapi bagi Karmila, ia lain. Sangat-sangat lain. Walaupun tujuan dia dibawa keluar selepas ini sekadar untuk mendengar ada yang berlaku pada Dion sebenarnya, Karmila tetap gementar. Sekilas matanya tenggelam dalam sepasang mata hitam milik Irham yang turut sama tenggelam ke dalam matanya. Indahnya jika mata itu merenungnya dengan rasa yang sama.
Cinta.
"Ikut aku pergi satu tempat, boleh?"
"Ke mana?"
"Rahsia. Tapi sambil tu, aku nak bawa kau keluar jalan-jalan malam ni."
Karmila terdiam. Entah kenapa, dia merasa mahu melompat tinggi mendengar kata-kata Irham sebentar tadi. Lelaki itu mahu bawa dia keluar jalan-jalan! Terasa bunga sakura berterbangan di sekeliling rumah ini! Terus kepalanya diangguk. Tanda setuju dengan pelawaan Irham itu.
"Naik atas. Tukar baju. Aku tunggu dekat sini, okey?"
"Okey!"
Tanpa menunggu lama, Karmila terus menaiki tangga. Sekilas pandangannya jatuh pada Irham yang sudah tenggelam ke dalam skrin telefon pintar milik lelaki itu. Dilihat lelaki itu tersengih kecil merenung skrin telefon itu. Lantas membuatkan senyuman Karmila yang sedari manis tadi berubah kelat. Dibawa jauh pandangannya ke arah lain. Tidak kuat melihat lelaki itu terlalu lama.
Bilik tidurnya didekati dan terus dirempuh masuk bilik itu. Penutup muka dan kaca mata hitam yang diberikan oleh Irham tadi dibaling ke katil. Pintu ditutup rapat dan Karmila sudah tenggelam dalam tangisannya. Entah kenapa hatinya menjadi semakin sakit. Dia tidak mampu membenci lelaki itu, apa lagi bertindak menjauh dari lelaki itu.
Seakan ada magnet kuat milik Irham padanya, membuatkan dia tidak akan pernah mampu membuang rasa yang semakin menebal itu. Tangisan Karmila semakin kuat saat dia mula teringatkan kisah Dion. Kasihan lelaki itu. Meluahkan rasa cinta tapi sayangnya masih belum diterima. Sejenak Karmila berfikir, apa agaknya akan berlaku padanya jika dia bertindak meluahkan perasaannya pada Irham. Adakah dia juga tidak akan diterima oleh lelaki itu?
Karmila menggeleng. Tidak, dia tak akan sesekali bertindak bodoh seperti itu. Daripada membiarkan Irham menjauh darinya kerana luahan itu, lebih baik dia memilih untuk berkawan dengan lelaki itu buat selamanya. Sekurang-kurangnya, dia tak akan hilang Irham. Dia tak mahu Irham pergi meninggalkan dirinya. Kalau boleh, dia mahu lelaki itu kekal bersamanya sebagai kawan rapat.
Bukan sebagai cinta hatinya.
"Khai, hati saya sakit..."
Karmila menangis teresak-esak.
YOU ARE READING
Dear My Karmila 2 [C]
Misterio / SuspensoBuku Kedua Dear My Karmila. Sila baca DMK sebelum anda tertanya-tanya tentang jalan cerita ini :) • • Sebaik saja Khairul pergi, Karmila diganggu dengan kehadiran seorang lelaki yang dia sendiri tidak pasti siapa. Yang penting lelaki itu persis sepe...