1 | Ros Merah

3.1K 283 55
                                    


Dear My Karmila 2 : Ros Merah

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

SEBAIK saja Karmila mengunci pintu rumah. Dia terus meluru ke arah sofa. Beg sandang diletakkan di atas meja kopi sebelum dia mula melabuhkan punggung di atas sofa. Jam di pergelangan tangan kanan dikerling sekilas sebelum matanya galak mengintai keadaan di luar rumah. Dada berdegup kencang. Karmila meramas kemas hujung bajunya.

Memori dua bulan lalu masih lagi terngiang-ngiang di dalam fikiran. Dan, masih segar di dalam ingatannya. Memori pertemuannya dengan lelaki itu, masih menjadi tanda tanya. Siapakah dia?

Karmila menepuk sedikit bahunya yang terkena air hujan tadi. Dia tidak mengeluh sama sekali. Dia malah gembira kerana masih berada di sini. Dari jauh dia memandang kubur Khairul. Terukir satu senyuman di bibir.

Karmila terdiam, senyumannya mati. Kerana ada seseorang sedang melindungi dirinya dengan payung. Dia segera menoleh ke tepi. Karmila kemudian tersentak. Alangkah terkejutnya dia. Lelaki itu pula memandang dirinya dengan riak kosong.

Betul ke apa yang aku nampak ni? Atau hanya khayalan saja?

"K–khairul?" terlepas nama itu ke arah lelaki yang wajahnya amat mirip sekali dengan Khairul. Tinggi juga sama. Semuanya hampir sama. Siapa dia? Tak mungkin Khairul hidup semula?

Akhirnya lelaki itu memberikan senyuman buat kali pertama. Karmila terpana, senyuman amat sama dengan Khairul.

Bermimpikah aku?

"Aku Khairil, kembar Khairul."

Bzzzzz

Karmila tersentak kecil, lamunannya sebentar tadi hilang begitu saja. Tangan terus diseluk masuk ke dalam poket, telefon diambil lalu dia menjawab panggilan.

"Hello?"

Senyap.

Dua saat.

Lima saat.

Sepuluh saat.

Tiada sahutan dari sana. Karmila mengerutkan dahi. Siapa pula yang membuat panggilan?

"Hello? Siapa ni?"

Senyap.

Masih tiada sahutan. Karmila kembali merenung skrin telefon. Ia masih dalam talian. Tetapi kenapa tiada suara yang membalas sapaannya?

"Hello?"

Entah kali keberapa Karmila menyebut perkataan itu. Masih tiada balasan. Timbul persoalan di mindanya, ada lagi ke orang jenis membazir kredit seperti ni?

Karmila sekali lagi memandang skrin telefon.  Talian masih berjalan. Semakin berkerut dahi Karmila. Apa motif orang ini membuat panggilan kepadanya? Sengaja nak menganggu atau apa? Karmila merengus.

Karmila terkejut kecil apabila dia terdengar beberapa ketukan pintu yang cukup kuat. Dia terpaksa menamatkan panggilan. Lalu butang end ditekan sebelum telefon diletakkan di atas meja kopi. Karmila mula meluru ke arah pintu. Pintu dibuka tanpa banyak soal.

"Sorry––"

Karmila terus mati ayat. Figura didepannya dipandang dengan riak cukup terkejut. Dadanya kembali berdegup laju, tinggal masa untuk pecah sahaja.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now