12 | To My World

2.1K 236 75
                                    


Dear My Karmila 2 : To My World

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

"SEDAP pula biskut segera ni."

"Si... Hun?"

Dalam gagap, Karmila cuba membuka suara. Mengigil habis satu badan melihat lelaki itu di sini. Bila masa lelaki ini masuk ke dalam biliknya? Kenapa dia langsung tidak sedar ada orang ekori dia dari belakang? Mujur saja lelaki itu adalah Kim Si Hun. Kalau orang lain?

"Ya, Si Hun lah ni." balas Kim Si Hun dengan selamba. Wajah Karmila ditenung dalam-dalam. Ada satu rasa yang sukar untuk dia ungkapkan setiap kali merenung wajah kecil itu. Yang penting, dia suka melihat Karmila.

Terkebil-kebil Karmila memandang Kim Si Hun. Baru saja dia mahu bertanya lagi, namun jantungnya dahulu menghalang dia untuk bertanya apabila melihat lelaki itu masih menguyah biskut yang diambil di bibirnya sebentar tadi. Karmila mula diserang rasa tidak enak. Kenapa lelaki ini selamba saja buat begitu?

"Makan biskut je, kenyang ke? Tak nak makan benda lain?" soal Kim Si Hun. Laju saja Karmila menggeleng kecil lalu dia mencari kain yang boleh digunakan untuk mengelap lantai yang sudah basah.

"Cari apa tu? Nak Si Hun tolong tak?" lelaki itu masih belum mengalah. Selagi Karmila tidak mahu membuka suara, selagi itu dia mahu bertanya. Sambil bertanya, matanya turut sama bekerja, melihat apa yang sedang dicari oleh Karmila sebenarnya.

Karmila masih lagi mahu menggunakan terma 'geleng' sebagai jawapan untuk berkomunikasi dalam bentuk bukan lisan. Almari mini dibuka satu demi satu, mahu mencari kain yang diperlukan untuk mengelap lantai basah itu. Baru saja Karmila mahu membuka almari mini lain, dia ditegur lelaki itu.

"Kain memang orang simpan dalam almari makanan ke? Tak tahu pula."

Karmila terus naik merenung label yang tertera di depan almari mini tersebut. Tertulis di situ, bahan kering untuk masakan. Terus wajahnya berubah merah. Dalam masa yang sama, gigi diketap dalam diam. Mahu jawab apa ni?

"Tak adalah. Saja cari dalam ni. Saya kadang-kadang terlupa dekat mana saya simpan kain untuk lap apa-apa yang tumpah."

"Kain ini ke yang kau cari?"

Terus Karmila berpaling ke arah Kim Si Hun. Kemudian dia terdiam. Kain yang dipegang oleh Kim Si Hun ditenung. Mana dia jumpa kain itu? Tak nampak pun?

"Jumpa dekat mana?"

Sambil bertanya, dia mendekati Kim Si Hun dan mengambil huluran kain tersebut.

"Dekat sini."

Apabila lelaki itu menunjukkan satu arah, Karmila cuba menahan malu. Betul ke kain ini ada dekat tepi bekas biskut segera yang dia ambil tadi? Kenapa dia tak perasan pula ni?

"Ada orang kata, seseorang itu akan jadi tak tentu arah setiap kali dia bertembung dengan orang yang dia suka. Betul tak?"

Belum apa-apa, Karmila sudah menampar bahu Kim Si Hun dengan kain di tangan. Hilai tawa lelaki itu kedengaran cukup kuat di ruangan dapur mini. Karmila menjeling sekilas.

"Ish, mengarut! Buat apa saya nak suka dekat lelaki macam awak?"

"Tapi aku suka kau," jawab lelaki itu selamba saja. Dan Karmila seperti biasa, hanya menjeling Kim Si Hun dengan hujung mata sebelum dia mula melutut untuk mengelap lantai. Namun, tindakannya terbantut kerana lelaki itu. Mata jatuh pada kain yang diambil oleh Kim Si Hun lalu lelaki itu dipandang.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now