5 | Bukan Dia

2.4K 287 45
                                    


Dear My Karmila 2 : Bukan Dia

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

ZARA mengetuk perlahan permukaan meja kerja dengan jari kecilnya. Matanya terpejam rapat, seperti sedang memikirkan sesuatu.

Kalau dilihat pada rambutnya yang sudah sedikit serabai, sudah dapat diketahui bahawa dia sedang dalam masalah.

Fail yang terletak elok di depan matanya lansung tidak disentuh. Fikirnya jelas kusut ketika ini.

Rasa bersalahnya semakin meninggi.

Rasa malunya semakin menebal.

Dan sudah tentu rasa takutnya semakin kuat.

Permukaan meja diketuk lagi.

Zara kemudian memicit kepalanya yang sudah mula merasa sakit. Sambil kepalanya dipicit, kelopak matanya dibuka perlahan. Lalu matanya jatuh pada skrin telefon miliknya yang masih menyala.

"Harap maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba..."

Telefon ditarik dan panggilan segera ditutup. Zara mengeluh lemah.

Ini sudah masuk kali ke sepuluh dia membuat panggilan kepada Karmila.

Sayangnya, semua lansung tidak diangkat oleh Karmila.

"Maafkan aku, Karmila."

Zara meraup kasar wajahnya.

Dia tahu dia sudah salah menilai.

Dan pastinya Karmila tidak akan memaafkan dirinya.

Fail yang masih setia di depan matanya ditarik lalu dibuka perlahan. Zara mengeluh lemah apabila matanya membaca bait-bait ayat yang tertera di helaian yang terakhir.

Berdasarkan hasil siasatan yang tertera di atas, telah disahkan bahawa semua bukti yang dijumpai tidak sepadan dengan suspek pertama iaitu Karmila. Juga, didapati terdapat unsur sabotaj dalam kes penculikan ini.

Ya, Karmila bukan suspek yang dicari.

Karmila hanya dijadikan kambing hitam.

Surat yang disyaki ditulis oleh Karmila untuk Rizman juga bukan ditulis oleh Karmila. Kerana melalui hasil siasatan yang dijalankan ke atas Karmila, ada seseorang yang berani meniru tulisan tangan milik Karmila.

Fail tersebut ditutup kembali. Zara memejamkan mata lalu kedua belah tangan naik memicit kepalanya semula.

Dia jelas merasa semakin kusut dan tertekan. Terdapat banyak persoalan bermain di dalam fikiran.

Siapa yang mahu sabotaj Karmila?

Kerana setahu Zara, Karmila tidak mempunyai musuh. Rakan baiknya itu banyak menghabiskan masa dengan kerja sebagai seorang pelukis sebelum wanita itu ditakdirkan bertemu dengan Khairul.

Tidak mungkin ada yang iri hati dengan Karmila gara-gara kerjayanya sebagai seorang pelukis.

Atau, ada yang cemburu dengan kehidupan Karmila bersama Khairul dahulu?

Tak, tak mungkin.

Siapa saja berani menyimpan perasaan untuk pembunuh seperti Khairul?

Tak, tak mungkin.

Kerana ini bukan kisah cinta yang berkisar tentang orang ketiga yang mahu membalas dendam.

Kisah ini tentang Karmila.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now