17 | Raja Jatuh Cinta

2K 199 80
                                    


Dear My Karmila 2 : Raja Jatuh Cinta

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

"SIAPA awak?"

Lelaki itu tersenyum kecil mendengar soalan dari Karmila. Matanya jatuh pada bibir Karmila, dan bibir Karmila direnung agak lama. Diusap-usap bibir itu.

Bibir itu berdarah.

Kemudian, matanya jatuh pada sepasang mata milik Karmila.

"I'm your husband, Suri."

"Raja Septian."

Tiba-tiba saja, wajah yang tenang tadi berubah—tegang.

"Apa kau buat pada Suri aku, Megat?"

Dan, kedengaran tamparan yang sangat-sangat kuat. Megat telah ditampar berkali-kali oleh Raja sehingga lelaki itu jatuh terduduk. Karmila menekup mulutnya. Tubuhnya semakin kuat mengigil. Bibir lelaki yang baru dia tahu namanya Megat, telah pecah berdarah.

"Aku tak sengaja. Ma... maafkan aku."

Raja tergelak kecil. Kepalanya digeleng-geleng seperti tidak percaya. Kemudian, kolar baju Megat dicengkam kasar. Lalu Karmila dikejutkan dengan hal lain pula. Lutut Karmila lemah. Tangisannya serta merta pecah. Megat kini terbaring di atas lantai. Dia banyak kali muntah darah. Perutnya ditendang-tendang oleh Raja tanpa belas kasihan.

"Aku pun tak sengaja, Megat."

Kemudian Raja mendekati satu almari dan dia menarik keluar sesuatu. Jantung Karmila seakan mahu pecah. Bulat matanya melihat kayu golf yang ditarik perlahan-lahan oleh Raja ke arah Megat yang sudah terbaring lemah di atas lantai itu.

"Kau tahu, Megat? Aku paling pantang kalau Suri aku disentuh!"

Suara Raja mulai tinggi.

"Dan dia bukan Suri, Raja!"

Suara Megat juga sama tinggi. Jelas terserlah rasa bencinya pada Suri saat nama wanita itu disebut lantang sekali.

"Kau memang dah bersedia nak mati ke, Megat?"

Megat merengus kasar mendengar soalan itu.

"Aku memang nak mati. Tapi, sebelum aku mati. Aku akan pastikan dia mampus dulu, Raja!"

"Diam!"

Megat sudah tidak bersuara lagi. Nafasnya lemah saat wajahnya pula menjadi mangsa tendangan kaki Raja. Dan Karmila, sudah terketar-ketar di belakang. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Dia tidak kuat melihat semua ini. Dia harus hentikan semua ini.

"Raja!"

Cepat-cepat Karmila menyambar kayu golf di tangan Raja saat lelaki itu sudah mula bertindak gila mahu memecahkan kepala Megat pula. Terus dibuang jauh alat itu. Kemudian lengan Raja ditarik lembut. Pandangan mereka bertemu. Tiba-tiba saja lelaki itu kaget melihat Karmila menangis.

"Kenapa menangis ni, sayang?

Karmila membiarkan saja wajahnya disentuh oleh lelaki itu. Dibiarkan juga air matanya diseka dengan tangan itu. Walaupun tubuhnya jelas mengigil kerana terlalu dekat dengan lelaki ini, Karmila tetap kuatkan diri.

"Bagi tahu Raja, siapa buat Suri menangis ni?"

Gila. Boleh dia tanya soalan itu? Sedangkan, dia adalah punca? Karmila cepat-cepat menggeleng.

"Jangan bunuh Megat, saya merayu..."

Karmila menunduk ke bawah, sementara lelaki masih ralit menyapu air matanya yang masih belum berhenti mengalir.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now