28 | Gay?

2K 208 290
                                    

Dear My Karmila 2 : Gay?

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

MATA Karmila terbuntang luas. Apa yang dia lihat sekarang ini? Tak mungkin Dion dan Irham gay?

"Mampus."

Irham terus melompat dari sofa panjang itu. Raut wajah Irham jelas sekali terkejut, sementara Dion pula selamba saja melihat Karmila yang terdiam kaku di ruangan itu.

"Saya nak bayar balik duit awak hari tu. Terima kasih. Maaf menganggu."

Tanpa melengahkan masa, Karmila terus meletakkan sekeping duit syiling 50 sen milik Dion ke atas meja kopi di depan sofa panjang itu sebelum berlalu pergi.

"Karmila."

Langkah kaki Karmila semakin laju saat namanya dipanggil oleh Irham yang kini sedang mengejar dia dari belakang. Tolonglah jauhkan lelaki ini darinya! Karmila jelas sekali sangat-sangat takut! Bukan takut saja! Malah dia bertambah marah pada dua orang lelaki ini! Apa tiada wanita ke di dunia ini sampai jadi seteruk ini? Ya Allah, sumpah meremang habis bulu romanya melihat Irham di dalam pelukan Dion sebentar tadi!

Disebabkan terlalu takut, Karmila tidak jadi naik ke atas. Dia tidak mahu masuk ke dalam biliknya sekarang. Fikirannya jelas sekali serabut sekarang! Langkah kaki terus dibawa ke arah balkoni yang terletak di tepi rumah ini. Karmila memejamkan mata sambil mengetap gigi saat namanya masih lagi dipanggil oleh Irham yang kini semakin hampir dengan langkahnya.

"Karmila!"

Langkahnya terhenti apabila Irham bertindak menarik lengan bajunya.

"Lepaslah!"

Karmila menarik kasar lengannya dari terus disentuh oleh Irham. Jarak semakin dijauhkan dari lelaki itu.

"Aku bukan gay!"

"Bila masa saya kata awak gay?"

"Tadi!"

"Bila masa?"

Karmila mengerutkan dahinya. Bila masa pula dia kata pada Irham seperti itu? Yang dia ingat, dia hanya serahkan duit syiling 50 sen milik Dion sahaja. Apa benda Irham merepek ini? Seronok sangat ke peluk Dion sampai jadi biul macam ni? Geli tahu tak! Jijik!

"Aku boleh baca mata kau, Karmila."

"Diamlah!"

Hormon Karmila semakin terganggu kerana Irham dan Dion. Tengkingan Karmila membuatkan Irham segera mengangkat kedua belah tangannya. Jangan dibuat main dengan wanita yang sedang sarat hamil. Tindakan Irham membuatkan Karmila mahu saja ketawa. Kenapa pula dengan lelaki ini?

"Percayalah kata aku. Aku bukan gay."

Dengan yakin Irham berkata sambil kedua belah tangannya masih diangkat tinggi.

"Tipu!"

"Aku tak tipu!"

Irham masih belum mengalah. Sementara Karmila sudah mengurut kepalanya. Sakit kepala tengok perkara seperti ini!

"Patutlah dulu masa saya ajak awak tidur dalam bilik tu sekali dengan Dion, awak tolak. Mesti sebab awak ada apa-apa dengan Dion kan?" Tebak Karmila.

"Merepek apa kau ni? Mana ada!"

Irham terus menggeleng kepalanya sambil biji matanya hampir saja terkeluar dari soket mata. Terkejut bukan kepalang Karmila menuduhnya sebegitu sekali.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now