33 | Belati Tajam

1.8K 204 193
                                    

Dear My Karmila 2 : Belati Tajam

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

"SUDAHLAH, Irham!"

Karmila menarik lagi tubuh Irham saat melihat Saifuddin sudah terbaring di atas lantai kerana ditumbuk tanpa henti oleh lelaki itu. Tangisan Karmila menjadi semakin panjang. Tersekat-sekat nafasnya melihat Irham yang langsung tidak memandang ke arahnya. Karmila mengangkat tangannya, menghalang Irham dari terus bertindak gila memukul Saifuddin yang berada di belakang tubuhnya itu. Lututnya jelas menggeletar kuat. Direnung Irham yang sudah meramas kasar rambutnya.

"Hahahaha..."

Kedengaran tawa kecil milik Saifuddin yang masih terbaring di lantai. Karmila tidak berani memandang ke belakang, bimbang Irham akan menyerang Saifuddin lagi.

"She loves him more than he'll ever know..."

"Saifuddin..."

Karmila memanggil lelaki itu. Dia tak mahu Saifuddin berkata apa-apa lagi. Hatinya terlalu sakit mendengar semua ini.

"And he loves her more than he'll ever show..."

"What a tragedy!"

"Kau!"

"Tolonglah Irham! Jangan!"

Teresak-esak Karmila menghalang lelaki itu dari terus mendekati tubuh lemah Saifuddin di belakang. Karmila menggelengkan kepala walau dia tahu Irham tidak sudi melihat wajahnya lagi. Dia sangat terpukul dengan sikap Irham sekarang. Lelaki ini bukan lagi Irham yang dia kenal dahulu. Lelaki ini asing baginya.

"Berhenti, Irham. Please..."

"Kau tahu, Karmila?"

"Diam, Dion. Diam!"

Bergema suara Irham ke seluruh isi rumah. Tengkingan lelaki itu sekaligus membuatkan Karmila semakin terpukul. Dihalang lagi langkah kaki lelaki itu.

"Please, Irham..."

Karmila melekapkan jarinya ke bibir. Merayu pada Irham supaya berhenti. Merayu pada Irham supaya berdiam. Kemudian Karmila menumbuk dadanya tanda dia benar-benar terluka mendengarnya. Merayu pada Irham supaya tidak menyakitkan hatinya lagi dengan sikap lelaki itu sekarang.

"Kau tahu apa ketakutan paling besar bagi Irham?"

"Saifuddin, berhenti."

Giliran Saifuddin pula dipanggil oleh Karmila. Cukuplah, dia tak mahu dengar apa-apa lagi. Cukuplah untuk hari ini dia melihat lelaki itu bergaduh kerana dia. Cukuplah dia melihat Irham mengamuk seperti ini kerana dia. Dia tak mahu hilang Saifuddin. Dan dia sangat-sangat tak mahu hilang Irham.

"Irham sangat takutkan kehilangan, Karmila! Dia tak boleh terima kehilangan dalam hidup dia! Sebab itu dia lebih rela membenci, menjauhi dari terus berkata mencintai!"

Zap!

"Lebih teruk, dia sanggup berpura-pura yang dia ada orang lain semata-mata tak nak kau berharap pada dia lagi! Dia menjauh sebab kau juga sukakan dia!"

"Kau tak perlu percayakan dia, Karmila! Semua yang dia katakan adalah salah sama sekali!"

"Buktikan!"

Suara Saifuddin bergema lagi. Lelaki itu sudah bangun dari pembaringan, mendekati Irham.

"Kau memang nak mampus, Dion!"

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now