9 | Imbas Kembali

2.1K 232 74
                                    


Dear My Karmila 2 : Imbas Kembali

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

KARMILA tersenyum riang. Dia melompat kecil. Kedua belah tangan Sebastian digenggam erat. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar sekarang. Sebastian akhirnya terpilih sebagai pelajar arkitek terbaik!

"Tahniah, Sebastian! I'm proud of you!"

"Tanpa you, I tak rasa yang I mampu capai semua ni." balas Sebastian bersama senyuman manis. Pipi Karmila diusap penuh kasih.

"Jom." Karmila menarik tangan Sebastian. Mereka melangkah ke dewan utama kolej dengan rasa bahagia. Karmila tidak sabar mahu melihat Sebastian menjadi arkitek paling berpengaruh di Malaysia! Pastinya dia adalah orang pertama yang akan bahagia! Dia akan menjerit kepada satu dunia bahawa dia bangga dengannya satu-satunya Sebastian!

Karmila semakin teruja apabila matanya jatuh pada dewan utama yang tidak jauh darinya. Lalu dia dan Sebastian masuk bersama ke dalam. Mereka berpecah kerana masing-masing mengambil tempat yang telah disediakan buat pelajar lelaki dan perempuan.

Sepanjang majlis bermula, Karmila langsung tidak lekang dengan senyuman. Malah diam-diam dia berbalas pandangan dengan Sebastian yang duduk tidak jauh darinya. Kelakuan mereka membuatkan ramai tertarik dan mula berbisik sesama sendiri. Mungkin saja mereka suka melihat pasangan bercinta itu berbalas pandangan dengan comel sekali.

Dalam asyik berbalas pandangan dengan Sebastian, Karmila tidak sengaja bertentang mata dengan seseorang. Karmila memalingkan wajah apabila lelaki berkaca mata besar itu mula mengukir senyum kecil buatnya dan berlalu pergi. Dia kemudian tersenyum riang apabila nama Sebastian diseru oleh pengacara majlis dan dia menangkap susuk tubuh Sebastian yang sedang berdiri dan memberi hormat kepada seluruh isi dewan sebelum dia melangkah keluar dan berdiri di atas pentas.

Sepatah dua kata diberikan oleh Sebastian sebelum dia dihadiahkan anugerah oleh Dekan kolej. Suasana menjadi riuh rendah apabila pihak kolej dengan sukanya mahu menunjukkan rekaan bangunan yang telah dihasilkan oleh Sebastian sehingga mendapat perhatian ramai orang.

Apabila skrin besar dewan memaparkan rekaan bangunan tersebut, senyuman manis Karmila serta merta mati.

Matanya bulat merenung rekaan bangunan yang selama ini menjadi punca dia tidak terurus dan kerap menangis seorang diri kebelakangan ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Matanya bulat merenung rekaan bangunan yang selama ini menjadi punca dia tidak terurus dan kerap menangis seorang diri kebelakangan ini. Itu rekaan bangunan miliknya yang hilang. Tubir mata Karmila mulai hangat. Jantungnya seakan berhenti berdengup. Hilaian ketawa seolah ditujukan untuknya. Tepukan demi tepukan seakan mengejek dirinya.

"Rekaan aku..."

Dalam keadaan riuh seperti itu tiada siapa dapat mendengar luahan darinya. Tiada siapa memahami perasaannya saat ini. Tiada siapa peduli betapa terhirisnya sekeping hati miliknya. Tembakan demi tembakan seakan memahami detak jantungnya yang mahu berhenti. Dunia seakan gelap gelita. Dalam terluka dan tidak mengerti, Karmila memberikan tepukan. Dalam dia cuba menyembunyikan gelora hatinya, matanya menangkap sepasang mata yang merenung dirinya bersama senyuman manis.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now