7 | Memori

2.2K 272 28
                                    


Dear My Karmila 2 : Memori

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

"WHAT are you doing here?"

Soalan itu terpacul di bibirnya dahulu. Matanya membulat, merenung lelaki itu atas dan bawah.

"I datang sini mestilah sebab nak jumpa you, Karmila." Sebastian mengukir senyum kecil. Dan sudah semestinya, senyuman itu tidak bermakna buat Karmila sekarang.

"Dan, I bersimpati dengan apa yang dah berlaku pada bekas suami you..."

"Dia masih suami I, Sebastian. Hidup atau mati sekalipun, dia tetap suami I," laju saja Karmila memotong. Jiwanya jelas tidak tenang melihat lelaki itu di sini, di depan matanya.

Atas tujuan apa lagi lelaki itu muncul di dalam hidupnya buat kali kedua?

Raut wajah Sebastian berubah kelat.

"I'm sorry, Karmila. I tak sepatutnya..."

"It's okay, Sebastian. I'm okay. Forget about it. And, thanks for this." Karmila memotong lagi. Lalu jari telunjuknya dituju ke arah bingkai gambar yang terukir cantik itu.

"My pleasure, Karmila."

"I tak sangka yang you masih ingat hari lahir I?" soal Karmila, sedikit teruja. Tidak sangka, Sebastian masih ingat tentangnya.

"I tak pernah lupa semua tentang you, Karmila." balasan dari Sebastian membuatkan Karmila kejung. Bola matanya jatuh pada seraut wajah milik Sebastian.

Karmila memilih untuk diam.

"By the way, I baru sampai dari Florence semalam."

Karmila membalas dengan anggukkan kecil. Tiba-tiba saja dia diserang rasa sebak. Memori lima tahun lepas kembali menerjah ruang mindanya.

"And, I ada benda nak bincang dengan you."

Karmila terus memandang Sebastian.

"You nak bincang apa dengan I?"

"Tentang..."

Sebastian tidak menyambung ayatnya, kerana matanya jatuh pada sekeliling galeri milik Karmila. Senyuman manis terukir di bibir lelaki itu.

"... galeri you."

Dahi Karmila berkerut seribu. Sebastian mahu bincang dengannya tentang galeri? Apa dia salah dengar?

"Congratulations, Karmila. Akhirnya impian you untuk ada galeri seni tercapai..."

"Maafkan I sebab..."

Sebastian merenung ke dalam anak mata Karmila.

"... tak ada bersama you untuk capai semua ni. I nak you tahu yang I..."

"It's okay, Sebastian. Cerita lama. Lagi pun, I dah lupakan. No need to remember."

"No need to remember?" Sebastian mengulang semula ayat terakhir Karmila bersama keluhan kecil.

"Back to our discussion, Sebastian. Apa yang you nak bincang pasal galeri I ni?" Karmila langsung tidak peduli dengan keluhan kecil yang keluar dari bibir Sebastian. Yang penting, dia mahu tamatkan perbincangan dan terus pulang. Tidak sanggup dia berhadapan dengan Sebastian buat jangka masa lama.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now