Dear My Karmila 2 : Dear My Karmila
"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."
◾◾◾◾◾
DEWAN besar yang terletak di Kuala Lumpur kini dipenuhi oleh puluhan ribu manusia yang datang dari pelbagai negara termasuk Itali, Australia dan Amerika Syarikat. Malah Malaysia telah dibanjiri oleh wartawan dari seluruh dunia memandangkan pada hari ini pihak FBI telah mengadakan satu sidang media terbesar yang mana telah memilih Malaysia kerana misi penangkapan Mr B yang dilakukan oleh kumpulan perisik yang kini diangkat sebagai The Avengers bermula di Malaysia sendiri.
Malaysia kini mendapat liputan meluas di seluruh dunia sebaik saja digemparkan dengan berita penangkapan Mr B yang sebenar. Lakonan dan penyamaran yang dilakukan oleh The Avengers selama lima tahun itu akhirnya mendatangkan hasil buat perisik terbaik FBI itu yang mana anggota mereka kebanyakan berasal dari pelbagai negara. Kerjasama yang tidak berbelah bahagi antara The Avengers sendiri begitu membuatkan ramai orang tersentuh hati.
Di hadapan dewan kini sudah mulai bising dengan kehadiran barisan kumpulan The Avengers yang mereka nantikan itu. Jeritan bergema apabila semua mata jatuh pada kapten kumpulan risikan ini, iaitu Khairul. Khairul yang sedari tadi asyik termenung kini mengukir senyum sambil menunduk hormat kepada semua orang yang terpegun melihatnya.
Selepas itu keadaan semakin kecoh apabila susuk tubuh Khairil pula kelihatan di situ. Ramai menjerit apabila Khairil mula mengambil tempat di sebelah abangnya. Dia turut sama mengukir senyum dan menunduk hormat. Kini banyak mata tertacap pada Khairul dan Khairil silih berganti. Lalu masing-masing memberikan pendapat yang sama, bahawa ternampak jelas berbezaan di antara kembar itu. Kalau Khairul, terlihat sangat manis senyumannya manakala Khairil pula terlihat sangat sinis senyumannya.
Kemudian kecoh lagi apabila susuk tubuh Raja pula melintasi kawasan itu sebelum langkah kaki lelaki itu terhenti di sebelah Khairil. Raja juga menunduk hormat. Kini, ramai pula terpegun dengan wajah tampan milik lelaki itu. Raja mengukir senyum dan menunduk lagi apabila terdengar jeritan dari para-para wanita.
YOU ARE READING
Dear My Karmila 2 [C]
Mystery / ThrillerBuku Kedua Dear My Karmila. Sila baca DMK sebelum anda tertanya-tanya tentang jalan cerita ini :) • • Sebaik saja Khairul pergi, Karmila diganggu dengan kehadiran seorang lelaki yang dia sendiri tidak pasti siapa. Yang penting lelaki itu persis sepe...