34 | Kerana Dia Karmila

2.2K 207 182
                                    


Dear My Karmila 2 : Kerana Dia Karmila

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

KARMILA terbaring lemah di atas katilnya. Dibiarkan tuala basah itu membasahi dahinya yang semakin panas itu. Matanya tertunak pada Irham yang turut sama merenungnya. Tangan lelaki itu jatuh pada tuala di dahinya. Dibetulkan kedudukan tuala basah yang mulai senget itu.

Hari ini, hari baru buat mereka. Tiada cinta. Tiada rindu. Tiada sayang. Semuanya harus dibuang pergi. Semuanya perlu dibunuh sehingga mati. Disebabkan Irham berjanji untuk tidak pergi meninggalkan dirinya jika rasa ini berjaya dibunuh mati. Tapi ternyata Karmila tak akan mampu. Dia tidak mampu membenci apa lagi mengusir lelaki itu pergi dari hidupnya.

"Esok kau akan dihantar pulang, bukan?"

Suara tenang milik lelaki itu kedengaran lembut di gegendang telinganya. Mendengar itu saja sudah mampu membuatkan Karmila kembali menangis.

"Kenapa menangis ni?"

Karmila segera menggeleng.

"Saya tak mahu pergi. Saya tak mahu tinggalkan awak..."

Karmila semakin menangis apabila tiada balasan terdengar dari bibir lelaki itu. Malah lelaki itu terdiam merenung ke dalam matanya.

"Karmila, kita dah janji kan?"

Karmila akhirnya akur dalam tangis sendiri. Sia-sia dia menangis, kerana lelaki itu tetap dengan prinsip hidupnya. Tersentak Karmila apabila lelaki itu mula bertindak menyeka air matanya. Akhirnya lelaki itu mahu menyentuh wajahnya.

"Jangan menangis, Karmila. Aku tak boleh tengok kau menangis. Ia sangat-sangat sakit, Karmila."

Karmila semakin terluka mendengarnya.

"Tiada harapan ke untuk kita berdua, Irham?"

Lelaki itu menggeleng.

"Tiada, Karmila."

Karmila menarik senyum tawar. Perlahan-lahan tangannya naik mengusap wajah itu biar pun Irham sedaya upaya menjauh dari sentuhan tangannya itu. Akhirnya dia berjaya menyentuh wajah itu. Mereka sama-sama menatap. Mereka sama-sama mengusap. Dan, mereka sama-sama terluka.

"Mungkin kalau aku tidak ketemu kamu, kau tak perlu merasa sakit seperti ini, Karmila."

Karmila tersenyum lagi bersama linangan air matanya.

"Mungkin kalau aku tidak bersatu denganmu, kau tak perlu merasa sakit seperti ini, Karmila."

"Mungkin kalau aku dan kamu sama-sama berusaha, kita tak akan merasa sakit seperti ini, Irham."

Karmila memotong. Dan lelaki itu terlihat mula mengukir senyum tawar untuknya.

"Mungkin saja kita memang tidak berjodoh, Karmila."

Dan air mata lelaki akhirnya gugur membasahi wajah. Mengalir cecair jernih itu melintasi kekura tangan Karmila, lalu menyerap masuk ke dalam kulitnya yang semakin sejuk itu. Namun hangat wajah itu menenangkan gelora hatinya yang sudah dilanda dengan ribut yang sangat dahsyat. Mungkin sekarang musim untuk hati dilanda ribut kuat.

"Badan awak panas, Irham."

"Tak apa, aku lelaki."

"Degil betul lah Maskulin ni."

"Mak buyung pun sama degil juga."

Karmila tertawa dalam tangisannya. Ditatap lagi wajah lelaki itu dalam-dalam.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now