15 | Tidak Percaya

1.8K 211 28
                                    


Dear My Karmila 2 : Tidak Percaya

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

SEMUA mata tertumpu pada kaca televisyen. Masing-masing tidak sabar mahu menunggu berita itu setelah ia termasuk dalam iklan pendek yang menjadi paparan utama untuk berita malam ini. Muzik tema berita itu kedengaran sangat kuat di setiap tempat. Tidak kira di mana-mana saja, berita itu tetap dinantikan oleh hampir semua orang.

Kedengaran riuh-rendah suara orang ramai yang berhenti makan di sebuah restoran ketika mata masing-masing jatuh pada berita tersebut. Siapa saja tidak terkejut selepas mendengar berita itu. Malah ada yang hilang selera makan kerananya. Belum lagi yang berbagi pendapat sendiri tentang kes yang semakin dinantikan orang ramai. Biasalah manusia, suka sekali membuat spekulasi sendiri tanpa mengetahui hujung pangkal cerita sebenar.

"Assalamualaikum dan selamat malam. Saya, Muhammad Asif, melaporkan untuk Berita Utama."

Semua masih menunggu penyampai berita itu menyambung kata-katanya.

"Kehilangan seorang pelukis terkenal negara, Nur Karmila yang hilang pada 23 Julai lalu masih menjadi misteri dan tanda tanya yang tidak dapat dirungkaikan."

"Pelbagai teori yang dikeluarkan oleh netizen, daripada pelbagai sumber. Ada yang mengatakan Karmila telah diculik oleh individu yang tidak dikenali, tidak kurang juga yang mengatakan Karmila telah melarikan diri bersama teman lelakinya. Namun setakat ini, tiada mana-mana pihak yang mengesahkan kenyataan bahawa Karmila mempunyai teman lelaki."

"Ya ke? Aku tak percaya! Mesti Karmila ada teman lelaki. Perempuan cantik macam dia tak mungkin tiada teman istimewa!" Tiba-tiba seorang lelaki di dalam restoran itu bersuara dengan mimik muka tidak puas hati.

"Apa masalah kau? Kau ingat senang ke untuk dia lupakan arwah suami dia? Kau tu lelaki, mana tahu apa-apa!" Sampuk seorang wanita yang duduk tidak jauh dari lelaki itu. Restoran kembali riuh apabila ramai menyokong wanita itu.

"Buat apa nak ingat, lelaki tu pembunuh kot!"

"Senyaplah!"

Senyap. Sunyi. Semua mata kembali melekat pada skrin televisyen.

"Tiada sumber yang sahih sehingga ke hari ini. Namun, Ketua Polis Negara telah mengeluarkan kenyataan mengenai khabar angin yang mengatakan Karmila sudah ditemui."

Selepas itu terpapar satu klip mengenai keterangan Ketua Polis Negara, Datuk Mohd Rafi berkenaan khabar angin itu.

"Buat masa ini kita tidak menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai perkara berkenaan namun akan memeriksanya. Ini adalah pertama kali saya mendengar bahawa Karmila telah ditemui."

Semua mengangguk selepas mendengar keterangan tersebut.

"Kes kehilangan Karmila telah menggemparkan negara apabila gagal ditemui sejak 3 minggu lalu ketika satu pemeriksaan dilakukan ke atas rumahnya. Setakat ini juga, pihak polis tidak menerima apa-apa panggilan berkenaan wang tebusan jika benar Karmila didakwa telah diculik. Pihak polis juga meminta orang ramai supaya mendoakan keselamatan Karmila walau di mana pun dia berada kini, selain memberikan kerjasama jika menerima apa-apa maklumat berkenaan Karmila. Seterusnya..."

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now