21 | Menunggu Sang Hero

1.8K 209 88
                                    


Dear My Karmila 2 : Menunggu Sang Hero

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

"AKU tak makan bekas Khai."

Lelaki itu mula melangkah keluar. Bilik itu kemudian bising dengan gelak tawa sebaik saja mendengar arahan dari lelaki itu.

"Habiskan dia."

Dan, Karmila tidak lagi menjerit. Dia diam. Diam seribu bahasa. Hanya air mata menggantikan suaranya yang mulai meronta-ronta.

Karmila menoleh ke sebelah apabila berasa bahunya dibelai manja oleh seorang lelaki. Mata mereka bertembung. Pandangan sayu Karmila membuatkan senyuman nakal lelaki itu bertambah lebar kerana Karmila langsung tidak marah apabila tubuhnya disentuh begitu. Baru saja wajahnya ditarik mendekat dengan bibir lelaki tak guna itu, Karmila tersentak apabila dia ditarik oleh Sebastian. Lelaki tak guna dengan seorang lagi lelaki yang memegangnya tadi terus menjauh apabila mata mereka jatuh pada wajah Sebastian. Terus bilik itu ditinggalkan oleh dua orang lelaki itu.

"Sial betul."

Kedengaran suara lelaki tak guna itu walaupun cukup perlahan. Nampak sekali lelaki itu marah dengan Sebastian kerana hasratnya mahu menyentuh Karmila terbantut. Namun, itu sedikit pun tidak membuatkan Karmila gembira. Dia tahu, Sebastian pasti punya niat yang sama seperti dua lelaki tak guna tadi.

"Karmila, kau okey—"

Sebastian tersentak, wajah Karmila ditenung dengan riak cukup terkejut. Perlahan-lahan sebelah tangan naik mengesat sisa air liur Karmila. Wajahnya diludah oleh wanita itu. Kemudian wajah Karmila dicari semula.

"Kau ludah aku, Karmila? Hei, sedar tak aku dah selamatkan kau?"

Sebastian semakin tersentak apabila wajahnya diludah lagi oleh Karmila. Sementara Karmila, sudah ketawa kecil mendengar kata-kata lelaki itu. Selamatkan aku? Adakah dia salah mendengar?

"Selamatkan aku? Hei, Sebastian. Kalau betul kau nak selamatkan aku, kau tak akan bawa aku masuk dalam neraka ini!"

Tubuh Karmila berlanggar dengan dinding kerana ditolak oleh Sebastian. Lelaki itu tampak marah dengan Karmila.

"Kau diam, Karmila!"

"Tak! Aku tak akan diam! Tak akan diam!"

Karmila mulai meronta-ronta apabila lehernya tiba-tiba dicekik oleh Sebastian. Malah jeritannya semakin kuat. Kolar baju Sebastian dicengkam.

"Kau syaitan, Sebastian!"

"Kau bunuh Raja!"

Walaupun nafasnya mulai ketat kerana dicekik begitu, Karmila tetap teruskan jeritan biar pun kedengaran sayup-sayup.

"Dan, kau bunuh aku!"

Serentak itu juga, Sebastian melepaskan Karmila. Matanya terbuka sangat luas. Direnung tangannya yang mula terketar-ketar itu. Kemudian pandangan lelaki itu jatuh pada Karmila yang terbatuk kecil sambil mengurut lehernya.

"I'm sorry, Karmila..."

Baru saja tangannya mahu menyentuh leher Karmila yang sudah memerah itu, wanita itu terlebih dahulu menepis. Kemudian Sebastian ditampar kuat. Terdiam seketika lelaki itu. Karmila pula, sudah naik gila. Terus ditampar Sebastian sehingga kemarahan lelaki itu kembali datang. Karmila meronta-ronta apabila tubuhnya dipeluk oleh Sebastian. Karmila semakin menjerit kuat saat matanya jatuh pada rantai besi yang diambil di tepi dinding oleh Sebastian untuk merantai kakinya. Kepala digeleng-geleng. Dia tidak rela!

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now