30 | Boy With Love

2K 217 231
                                    

Dear My Karmila 2 : Boy With Love

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

KARMILA terdiam di sebelah Dion. Dijeling sekilas Dion yang sedang khusyuk melakar kanvas putih itu. Malah lelaki itu asyik tersengih kecil setiap kali matanya jatuh pada lukisan yang menarik perhatian Karmila sebentar tadi. Kelengkapan melukis yang diberikan oleh Dion dibiarkan sepi. Karmila menampal kertas A4 miliknya di kanvas putih. Lalu dia cuba memastikan kertas A4 miliknya itu tidak bergerak, paling penting tidak jatuh. Pensel 2B diambil lalu dia menyambung lukisannya.

"Awak pun suka gambarkan perasaan awak melalui lukisan?"

"Hmm."

Karmila terdiam mendengar balasan dari Dion. Dia sebenarnya tak terasa pun Dion macam tak nak layan dia malam ni. Kan lelaki itu sedang sibuk melakar sesuatu di kanvas putih miliknya. Karmila kembali merenung kertas A4 miliknya. Lalu dia memejamkan kelopak matanya. Bayangkan Khairul sedang tersenyum terlakar cantik di mindanya. Lantas membuatkan Karmila menarik senyum kecil. Kemudian kelopak matanya dibuka semula, dan pensel 2B miliknya mulai menyentuh kertas putih itu. Penuh berhati-hati Karmila melukis lekuk bibir Khairul.

Karmila menarik senyum manis saat matanya jatuh pada lukisannya sendiri. Bibir Khairul sudah siap. Indahnya senyuman itu. Seakan memberi kekuatan luar biasa untuknya. Sekilas dia merenung Dion yang masih terdiam melakar di depan kanvas putih itu. Suara lelaki itu tidak kedengaran lagi. Mata Karmila kemudian tertacap pada lukisan wanita bertudung itu tadi. Cantiknya wanita itu. Senyumannya terlalu cantik.

Kerana terlalu teruja mahu melihat lukisan itu dengan lebih dekat, Karmila mulai bangun dari duduknya, lalu mendekati bingkai gambar itu. Tindakannya langsung tak menganggu fokus Dion, malah lelaki itu sepertinya tidak terkesan dengan pergerakan Karmila di bilik itu. Karmila menyentuh permukaan lukisan itu. Cantiknya. Sangat-sangat cantik. Tak tahu pula dia lelaki seperti Dion menyukai wanita seperti itu. Jarang sekali dia mahu jumpa lelaki seperti Dion. Fikirnya, mungkin Dion lebih suka pada wanita-wanita seksi di luar sana.

Tapi, siapa agaknya wanita ini? Kekasih? Atau isteri Dion? Eh, apa benda dia merepek ni? Tak akan lah isteri Dion. Buang tebiat apa lelaki itu tinggal di sini jika dia sudah punya isteri? Mengarut! Karmila cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Sejak akhir-akhir ini, banyak betul perkara merepek dia fikir.

"Kau ada seminggu lagi kan?"

Karmila tersentak mendengar suara Dion tiba-tiba saja menerjah masuk ke dalam gegendang telinganya. Terus dia mengangguk kecil, sambil mengutuk lelaki itu di dalam hati. Selalu betul buat dia terkejut. Tak sama betul perangai dengan Irham.

"Nanti. Lepas aku dan Irham hantar kau balik ke tempat kau semula, aku tak nak tengok muka kau dekat tempat Sebastian lagi. Boleh?"

Karmila terdiam. Agak tersentuh mendengarnya. Mahu saja dia menangis, namun segera diusir rasa itu pergi jauh. Dia seharusnya menjadi lebih kuat dari dulu. Wajah Dion ditatap sekilas sebelum dia mengangguk lemah. Satu senyuman diberikan buat Dion walau dia tahu lelaki itu tak mungkin membalasnya.

"Dion?"

"Hmm?"

Karmila teragak-agak mahu bertanya. Sekilas matanya jatuh pada bingkai itu. Sekilas matanya jatuh pada Dion yang sedang memandang ke arahnya, menunggu dia membalas kata. Err, boleh ke dia tanya? Tak nampak macam sibuk hal orang ke?

"Ni, siapa?"

Laju jarinya menuding ke lukisan itu. Wajah Dion masih dikunci oleh matanya. Berharap Dion akan menjawab soalannya.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now