27 | Rancangan

1.9K 210 205
                                    

Dear My Karmila 2 : Rancangan

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."

◾◾◾◾◾

SAMPAI saja di satu rumah yang agak besar, Karmila seakan mahu menangis. Betul ke dia dah keluar dari istana neraka itu? Betul ke dia akan kembali normal seperti dulu? Benarkah dia dapat pulang ke rumahnya tidak lama lagi? Matanya jatuh pada pagar rumah yang dibuka oleh Irham sebelum kereta yang dinaiki mereka kembali bergerak masuk ke dalam.

Saat itu juga Dion yang sedari tadi asyik tertidur akhirnya terjaga dari lenanya. Karmila duduk diam di belakang, sambil matanya masih pada Dion. Tapi sayangnya, Dion tidak mencari dia di belakang, malah lelaki itu terus keluar dari kereta dan berlalu masuk ke dalam rumah. Sikap dingin Dion sedikit sebanyak membuatkan Karmila semakin rasa bersalah. Tapi kata Irham, Dion tidak marah padanya.

"Karmila? Kau okey?"

Karmila tersentak dari termenung lama setelah ditegur oleh Irham yang sudah pun berdiri di depan pintu kereta. Pandangan mereka bertemu. Perlahan-lahan Karmila mengangguk kecil.

"Jom masuk."

Karmila membiarkan saja pintu kereta itu dibuka oleh Irham. Nafas ditarik kecil dan Karmila mula melangkah keluar. Lalu pandangan matanya tertunak pada kawasan sekeliling. Rumah ini tidak pula terletak di kawasan terpencil seperti Raja dan Sebastian.

Malah, jika benar dua orang lelaki ini sama jahat saja seperti Sebastian, agak mudah untuk Karmila lari kerana ia sangat dekat dengan jalan raya. Tapi, sudah terbukti bahawa Irham dan Dion bukanlah seperti yang dia sangka sebenarnya.

Tapi, ada satu perkara yang membuatkan bulu roma Karmila asyik meremang dari tadi. Kenapa nama tempat ini, Bunohan? Bukankah ia kedengaran seperti Bunuhan? Adakah memang benar tempat ini pernah dijadikan tempat untuk seseorang melakukan pembunuhan? Atau, orang di sini semuanya jahat?

"Irham..."

Karmila berhenti melangkah. Pintu rumah ini direnung lama sebelum matanya jatuh pada Irham yang turut sama berhenti.

"Ada apa, Karmila?"

"Boleh tak saya nak berbual dengan awak dekat sana?"

Telunjuk Karmila jatuh pada sebuah bangku yang terletak di bawah pokok yang rendang. Melihat saja sudah cukup membuatkan Karmila tenang. Sebenarnya, ada banyak perkara dia mahu tahu dari Irham. Kalau tanya pada Dion, mungkin dia juga akan dipanggil anjing seperti Takka.

"Boleh je. Jom."

Balasan lembut dari Irham membuatkan Karmila tersenyum kecil biar pun hanya dia saja tahu senyuman itu wujud di sebalik penutup muka yang dikenakan. Terus langkah dibawa ke kawasan itu. Dalam setiap langkah yang diambil, Karmila mahu menangis. Entah kenapa, dia terasa sangat-sangat bebas sekarang.

Karmila duduk di atas satu bangku yang ditepuk oleh Irham sebentar tadi. Irham juga melakukan hal yang sama. Kini, mereka duduk bertentangan. Karmila dapat melihat Irham, Irham dapat melihat Karmila.

"Irham..."

"Ya?"

Karmila menunduk lemah.

"Kenapa nama tempat ini, Bunohan?"

Soalan dari Karmila membuatkan Irham tersenyum kecil.

"Kenapa? Kau takut dengan tempat ini?"

Karmila mengangguk lemah. Siapa saja tidak takut?

"Bunohan mendapat nama disebabkan satu kes pembunuhan ngeri yang pernah berlaku pada tahun 1950 dulu."

Bulu roma Karmila habis meremang. Pembunuhan?

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now