Dear My Karmila 2 : Karmila"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."
◾◾◾◾◾
KARMILA menyeka air matanya yang mulai jatuh ke pipi. Dia terlalu takut. Habis mengigil seluruh tubuhnya saat bilik itu ditinggalkan. Malah ketika dia berpaling ke belakang, Raja sudah menolak pintu dan hanya memandangnya berlari tanpa henti. Raja langsung tidak mengejarnya. Raja kelihatan berjalan perlahan-lahan sambil menarik kayu golf ke arah yang Karmila pilih untuk melarikan diri. Karmila membelok ke kiri dan dia terus berlalu sehingga tangga ditemui. Tergesa-gesa Karmila menuruni tangga dan dia sambung berlari.
"Ku tak bisa berhenti... untuk mencarimu..."
Kedengaran suara Raja yang sedang bernyanyi kecil. Lelaki itu sepertinya masih berada di tingkat atas. Mendengar Raja menyanyi saja cukup berjaya membuatkan Karmila semakin takut. Gila! Lelaki ini gila!
"Walau kini yang ada, aku tak mau..."
Langkah Karmila terhenti. Kepalanya dipegang. Dia sebenarnya buntu. Ke arah mana dia harus pergi? Perlu ke dia terus keluar melalui pintu belakang? Sempatkah?
"Makcik tak akan sesekali halang kamu untuk lari dari rumah ni. Keluarlah, Karmila. Kamu ada hak untuk lari dari sini."
Karmila meramas rambutnya. Dia tidak dapat membuat keputusan sekarang! Rasa takut yang semakin meninggi itu membuatkan dia tidak dapat berfikir dengan baik! Lagi-lagi sekarang dia diikuti oleh Raja dari belakang!
"Tapi, maafkan makcik. Makcik tak dapat bantu kamu keluar dari sini. Makcik sayang nak tinggalkan kerja ini. Raja terlalu baik pada kami, cuma kadang-kadang saja dia hilang kawalan."
"Kamu cuba lari pada pukul 6 pagi, sebab pada pukul 7 pagi, alarm Raja akan berbunyi."
"Raja buat apa pada pukul 7 pagi, makcik?"
"Dia suka habiskan waktu paginya dengan merenung Suri yang sedang tidur. Raja betul-betul sayang pada Suri."
Karmila nekad! Dia perlu bersembunyi di dalam rumah ini dahulu! Terus kaki diangkat ke satu bilik yang agak besar. Pintu ditutup perlahan-lahan dan Karmila cuba mencari tempat yang boleh dijadikan tempat untuk dia bersembunyi.
"Ku tak bisa berhenti... untuk mencintaimu..."
Kerana terlalu takut mendengar nyanyian kecil itu walaupun masih jauh, cepat-cepat Karmila masuk ke dalam satu almari yang agak kecil dan terlindung dengan satu almari besar di depannya. Jadi, mungkin sukar untuk Raja masuk ke celah almari ini kerana tubuh lelaki itu jauh lebih besar jika dibandingkan dengan dirinya yang sangat-sangat kecil itu. Bilik ini rupanya bilik penyimpanan barang-barang lama.
"Jangan tanyakan mengapa, kerna ku tak tau..."
Karmila menekup mulutnya. Dia mahu menangis. Dia terlalu takut. Sangat-sangat takut. Janganlah Raja jumpa dia di sini! Dia takut kalau Raja lakukan sesuatu padanya! Melihat Raja membawa kayu golf tadi, dia tahu pasti lelaki itu mahu memukulnya sehingga mati!
Seumur hidup, Karmila tidak merasa setakut ini. Selalunya keadaan seperti ini selalu sekali dilihat di dalam filem-filem thriller, ataupun filem horor. Dan dia tidak sangka, dia diberi peluang untuk merasa detik-detik ini! Kalau jadi pelakon pun, dia tak akan mahu lakukan scene seperti ini! Ini gila namanya!
"Seribu wanita menggoda, hanya kamu yang jadi Suri... hatiku..."
Mata dipejamkan. Tekupan di mulut semakin ketat. Karmila menjerit di dalam hati. Air matanya laju mengalir. Debaran di dada semakin menggila. Beginikah rasanya diburu oleh sang psiko?

YOU ARE READING
Dear My Karmila 2 [C]
Детектив / ТриллерBuku Kedua Dear My Karmila. Sila baca DMK sebelum anda tertanya-tanya tentang jalan cerita ini :) • • Sebaik saja Khairul pergi, Karmila diganggu dengan kehadiran seorang lelaki yang dia sendiri tidak pasti siapa. Yang penting lelaki itu persis sepe...