29 | Irham & Dion

2K 210 210
                                    

Dear My Karmila 2 : Irham & Dion

"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila"

◾◾◾◾◾

CAHAYA matahari mulai menusuk masuk ke celah-celah langsir bilik itu, sekaligus membuatkan Karmila terbangun dari tidurnya. Sebaik saja kelopak matanya disajikan dengan terang bilik ini, terus ditarik selimut menutupi seluruh tubuh kecilnya itu. Karmila tak ubah seperti kanak-kanak kecil yang malas mahu ke sekolah.

Baru saja dia mahu terlelap semula, dia diganggu pula dengan perkara lain. Terus ditendang lembut selimut itu menjauh dari tubuh kecilnya. Karmila bangun dari pembaringan dan merengus kecil. Kenapalah masa ni juga rasa haus tu nak datang? Datanglah lepas ni! Karmila memukul lembut bantal miliknya, tanda marah.

Tak boleh ke ada orang tolong ambilkan air untuk dia? Malaslah nak turun! Karmila kembali memukul bantalnya. Namun ianya tak lama kerana Karmila mulai merasa bersalah dengan si kecil di dalam perutnya. Mesti kecewa tengok perangai mama dia macam ni.

"Maafkan mama, sayang. Jom teman mama minum air?"

Karmila mengusap lembut perutnya itu. Terbit senyum manis di bibir. Tak sabarnya nak melihat anak kecil ini dalam pelukannya nanti. Mahu dicium lembut seluruh wajah si kecil ini. Walaupun dia tidak tahu apa jantina anaknya itu, Karmila tidak kisah. Asalkan anak kecil itu adalah anaknya. Perempuan atau lelaki, dia terima semuanya.

Karmila turun dari katil lalu meluru masuk ke dalam bilik air untuk basuh muka dan gosok gigi. Direnung wajah pucatnya di cermin. Muka baru bangun tidur pula tu. Dipulas pili air di sinki kemudian disimbah air bersih itu ke mukanya. Digosok-gosok lembut wajahnya yang sudah dipenuhi dengan buih-buih sabun. Disimbah lagi air ke mukanya. Dipastikan tiada satu pun sisa sabun melekat di wajahnya. Wah, segarnya!

Lalu Karmila mencapai satu berus gigi yang dibelikan oleh Irham. Ubat gigi berperisa strawberi diambil dan dipicit isinya sedikit di atas berus gigi itu. Terus dimasukkan ke dalam mulut. Fokus sekali Karmila menggosok giginya. Mata dipejam rapat, seolah-olah menghayati keseronokan menyerang kaviti yang selalu melakukan jenayah kejam ke atas gigi yang comel ini. Ambik kau! Nyah dari hidup kami!

Berus gigi terus dibaling ke dalam sinki. Karmila menjerit kecil sambil menadah air lalu dimasukkan ke dalam mulut. Terpejam matanya. Cepat-cepat dia berkumur sambil menahan rasa pedas yang semakin mencucuk lidah kecilnya. Benci ubat gigi! Selesai berkumur dan membersihkan gigi, Karmila tersenyum kecil. Terus tangan diangkat tinggi ke atas. Wah, segarnya!

Pintu bilik air dibuka dan Karmila melangkah keluar. Katil didekati dan Karmila terus mencapai tudungnya yang tersangkut di birai katilnya. Disarungkan tudung itu ke kepalanya. Cermin dicari dan Karmila membetulkan tudungnya yang sedikit senget itu. Walaupun nak keluar pergi dekat dapur pun, tudung perlu kemas. Tak boleh senget! Pantang bagi mana-mana wanita jika tudungnya senget sebelah!

Dengan semangat yang tinggi, Karmila terus keluar dari bilik tidurnya. Langkah dibawa ke arah tangga. Sekilas matanya jatuh pada bilik Irham yang masih tertutup seperti semalam. Dah bangun ke Irham? Ke masih tidur? Tiba-tiba saja Karmila tergelak kecil. Lucu pula bila terbayang wajah Irham yang baru bangun dari tidur. Dengan rambut yang serabai, dengan mata kuyu. Mesti kelakar!

Jarang sekali dia melihat imej Irham seperti itu. Irham selalu terlihat kemas orangnya. Lain pula dengan Dion. Dekat mana-mana, mesti akan jumpa masa lelaki itu sedang tidur. Wajah Dion baru dari tidur pun dia dah banyak kali tengok. Dan sejujurnya, Karmila tak pula rasa kelakar tengok wajah Dion saat lelaki itu baru bangun dari tidur. Makin takut adalah.

Lagipun rambut Dion tak panjang pun macam Irham. Kemas je sentiasa. Irham pula, nampak macam mamat jambu sikit, bersama gabungan tampan yang menjadikan lelaki itu nampak menarik sekali walau terlihat sangatlah pendek. Comel apa lelaki pendek. Eh, apa benda dia merepek ni? Karmila terus menepuk dahinya. Digeleng-geleng kepala banyak kali.

Dear My Karmila 2 [C]Where stories live. Discover now