02

4.5K 120 4
                                    

Bab 02

Selesai sahaja solat isyak berjemaah di suarau sekolah, aku dan warkah asrama berjalan menuju ke dewan makan untuk mengikuti taklimat. Buat masa sekarang Leya yang menjadi sahabat aku. Pada mulanya kamk tak berapa nak kamceng dengan perangai lembut dia. Tapi aku abaikan saja.

Melangkah sahaja kaki aku di dewan makan, mata aku meninjau suasana. Agak besar dan luas aku kira boleh muat semua pelajar sekolah sebab masih ada meja kosong yang masih kosong. Ini baru budak asrama. Dihadapan kaunter dewan makam, ada satu pentas serba guna di belakang. Kira macam kaunter makan depan kaunter meja pelajar dan di belakang meja pelajar adalah dewan. So kalau ada sebarang taklimat penting mengenai asrama, disinilah tempat berhimpun.

Kedudukkan meja pula cikgu yang menyusun. Bermakna satu meja berupa meja kantin yang panjang tu mewakili enam pelajar dan disebabkan bilik kami hanya lima orang kesemuanya.

Macamlah aku tak perasan ada bisikan-bisikan setan yang sedang kedengaran sanyup-sanyup di halwa telingaku. Aku tahu pelajar-pelajar lain sedang berbisik pasal aku. Ada yang menjerit kecil, ada yang pandang sinis dan ada yang cuba menghampiri aku. Namun aku hanya buat bodoh sahaja. Macam yang cikgu cakaplah suruh pakai baju kurung. Tak ke pelik pakai baju kurung rambut bob messy. Tomboy manalah yang sesat kat asrama nie.

"Leya, budak baru ke kat sebelah kau tu?" deria pendengaran aku mula berfungsi bila ada suara aneh bertanya kepada Leya yang berada di sebelah aku dan aku yakin suara itu lelaki. Leya yang dengar, terus memusingkan kerusi plastik sedikit. Mungkin nak berikan perhatian. Maka pendengaran aku yang fokus pada taklimat perbincangan pelantikkan jawatan asrama sekolah mula melencong.

"Lah Fizul! Awak tak ingat ke tahun lepas masa sekolah kita jadi tuan rumah perlawanan bola jaring."

"Kau juga yang bagitahu aku benda lepas jangan dikenang. So aku memang lupa lah."

Tercuit juga hati aku mendengar. Ada lagi eh budak pembaris kat sekolah nie. Ingatkan dah pupus.

"Awak nie, kalau saya cakap awak bodoh, awak marah! Nie lah etlet netball mewakili sekolah May Hwa."

"Netball? Muka macam lelaki boleh ke masuk netball?"

Aku hanya diam sahaja melayan. Nak panggil aku tomboy pun aku tak kisah. Sekolah dulu lagi teruk dari ini aku kena. tapi Aku tetap aku. Hanya aku je yang boleh ubah diri aku. Tolong hadam.

Tak lama lepas tu terasa lengan aku dicuit dari belakang diselang selikan dengan panggilan aku dari Leya. Aku mula berpusing ke belakang sedikit. Memandangkan aku malas nak dengar apa yang cikgu tengah berucap.

"Kay. Kenalkan nie Fizul budak aspura." beritahu Leya ramah. Aku kalih pandang kepada budak nama Fizul atas bawah. Hurmmm not bad.

"Hai aku Fizul. Budak kelas akauntan. Esok kalau kau free meh lah join kelas aku."

"Insha-Allah. Buat masa nie aku baru je masuk sekolah. Tak tahu aku duduk kelas mana. Nanti kalau ada masa aku join kau." Ujar aku ramah. Aku masih tak tahu kelas aliran apa yang aku duduki esok. Tahun lepas aku kelas aliran akauntan dan matematik tambahan. Mungkin tahun ini akan sekelas dengan Fizul. Lagilah aku suka.

Perbualan kami terhenti apabila suara cikgu yang berucap mula memulakan sesi pelantikan jawatan asrama sekolah. Jadi cikgu Ahmad selaku warden asrama mula memperkenalkan seorang pelajar sekolah. Rata-rata pelajar sekolah perempuan mula bertepuk tangan dan menjerit melaung si empunya badan yang dikatakan itu.

Dalam Kurungan Razyian. Where stories live. Discover now